Wednesday, 11 April 2012

Susulan Gempa Bumi di Acheh , Sumatera Indonesia .



Assalamualaikum .

Acheh , Sumatera Indonesia telah dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitude dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Acheh yang juga turut dirasai di kawasan Lembah Klang , Kuala Lumpur , Petaling Jaya dan Shah Alam serta Pulau Pinang , Perlis dan Perak .

UPDATED : - Ombak Tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. 

- "Doakan kami student Malaysia di sini selamat . Sekarang dalam operasi menyemlamatkan diri . Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah . Untuk muslimin , mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota .

Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta .

Doakan kami . air sedang naik ke tanah tinggi ." (sumber : Abdullah Hakimi)

- Kelajuan ombak sekitar 800km/j sedang menuju ke Malaysia . 

- Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter . Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda Banda Acheh sebentar lagi adalah 756km/j .

SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU , JAUHKAN DIRI DARI PANTAI .


Roads in Acheh after Earthquake

Keadaan di sekitar kompleks Queensbay Mall , Penang .

Turut dilaporkan di Pulau Pinang , ratusan penghuni hotel di Pulau Pinang cemas melarikan diri .
"Lima kali goyang , semua penghuni hotel dan warga sekitar berhamburan di jalan raya" - Andi Asrun  .

Keadaan di Gurney Plaza , Penang .

Ribuan pengunjung sebuah pusat membeli-belah dekat Seberang Jaya berpusu-pusu keluar sebaik merasai gegaran kira-kira jam 4.50 petang , gegaran dipercayai berlaku akibat susulan gempa bumi berukuran 8.9 magnitude dilaporkan berlaku 500 kilometer di barat daya Acheh Indonesia . (Foto : Danial Saat . 11/04/2012)

*segala perkembangan terbaru yang diupdate adalah berdasarkan status updated di facebook oleh orang ramai . So jangan percaya 100% . Berserah kepada Allah , Insyaallah kita akan selamat .

2 comments:

Aalia Shahira said...

semoga awak dan rakan2 awak berada dalam lindunganNYA.doakan kami di Malaysia sama.banyak2kan berdoa :)

AishaMyra said...

@Aalia Shahira , ouh sy pun kat malaysia juga . hehe . kita berdoa sama2 semoga dah takde gempa bumi dalam waktu terdekat ni . ^^