Friday, 25 May 2012

UiTM Lendu , wait for me !!

Assalamualaikum .

Image by : tfn

Tarikh pendaftaran untuk semester dua dah makin dekat . Budak-budak Debesters kat FB pun dah kecoh cari buku-buku dari senior masing-masing , tak kisah lah semester berapa pun . Unbelievable gila bila tengok tarikh dah nyawa-nyawa ikan . Mana tak nye , banyak lagi hal yang belum setel . 


Situasi 1 : Aku belum berhenti kerja lagi .
Aku dah bagitau manager last day aku kat TGV 31 May 2012 dan aku harap sangat manager tak banyak soal . Yela masuk kerja tak sampai sebulan dah nak blah . Kalau aku jadi manager memang aku tak amek budak-budak camni hahaha . Tapi jangan risau , insya-Allah cuti sem akan datang aku kerja semula kat sini .  Ouhhhh ya , ramai CRO yang nak quit sebab nak further study . So TGV Tebrau memerlukan CRO baru . Kiranya kerja kosong la ... Ada yang berminat ke ? Kalau ada boleh datang Jusco Tebrau City Tingkat 2 kat TGV Cinemas amek borang ea . Kerja CRO senang je . Datang temuduga dan kena ingat , FIRST IMPRESSION SANGAT PENTING . You never get a second chance to make a first impression !


Situasi 2 : Passport dan Visa belum siap .
Siang tadi baru setel buat passport tapi belum boleh amek lagi . Officer tu kata 1 JUNE 2012 ni baru boleh datang amek . Seminggu ku harus menunggu huhu . Dengan visa yang sepatutnya dibuat sebulan lebih awal dari tarikh ke China tu aku rasa memang tak sempat . Tapi baba cakap boleh buat visa through agency . Kalau through agency siap dalam masa 4 hari je tapi bayar lebihhh ... Biasalah nak cepat bayaran pun mestilah tiptop jugak kan . 


Situasi 3 : Barang-barang belum packing langsung .
Nak belajar , tinggal jauh dari family , barang-barang penting mesti lengkap . Tak boleh tertinggal . Tapi aku takde masa lagi nak packing barang-barang melainkan pakaian . Baju kurung wajib bawak ye adik-adik . Lepas tu , buku-buku part 1 ada dalam kotak . Belum dikemaskini lagi . Buku-buku part 2 belum beli . Hihi ... Sama ada 9/10 JUNE 2012 ni aku dah gerak balik Melaka . UiTM Lendu , i'm cominggggg !

 Hehieee . nampak tak betapa KK [ kelam kabut ] nya aku ! Aku harap kali ni takde kerja aku yang last minute . Macam sem 1 dulu , kerana terlalu KK buat kerja last minute , banyak barang yang tertinggal ! Macam fail-fail untuk setiap subjek , aku terlupa nak bawak . Last-last kena beli baru sebab tak sempat balik rumah amek fail . Rugi kan ? Then , x-ray film aku pun tertinggal . Masa tu sikit-sikit tepuk dahi , satu-satu barang aku tertinggal sampai baba bising . Huhuhu . 

Pengajaran , lain kali jangan buat lagi :D !!

Kisah ku :O

Assalamualaikum .

Sekian lama tak meng'hupdate' blog , akhirnya hari ni aku dapat balik blog kesayangan aku . :)
Baru je balik kerja , dah lepak kat cc ... Padahal pukul empat [ 4 ] pagi ni dah nak gerak pergi KDN Setia Tropika [ ST ] . Nak buat passport punya hal , baba sanggup cuti meniaga . Hehehe .

Pagi tadi aku , adik dan baba dah pergi KDN dah . Tapi around 8.30 am diorang buat announcement yang nombor giliran dah habis . Makkk aiii .. Tak beragak betul . Baru pukul 8.30 PAGI bukan 8.30 MALAM okayyy ... Melampau nye huhu . Penat je kitorang bangun awal pagi tau .

Then , baba cakap pagi ni kena rushing . Kita gerak pukul 4.00 am dari rumah dan terus pergi ST lepas tu tidur dalam kereta . Kenapa ? Tak percaya ke ? Wow , UNBELIEVABLE . Memang itu lah yang baba cakap . hehe . Kitorang sanggup macam ni sebab nak sangat hadir konvokesyen abang . Yeaaaa ... abang dah hampir menamatkan pengajiannya di Beijing . Insya-Allah segulung ijazah bakal abang aku genggam . 

Dah lima thun abang aku merantau kat China , dan dah merata tempat dia pergi . Syok kan belajar kat overseas ? aku pun teringin . huhuhu . Tapi apa kan daya otak tak begitu genius dan cemerlang , redha je la .... terima saja apa yang Allah Ta'ala dah berikan , betul tak ? 

Aku masih kepenatan .... Letih mulut ni cakap Selamat Datang , Terima Kasih Datang Lagi ... Hahaii . Ceteka aku kerja apa ? Teka laaa ... Bukan susah mana pun . Kehkeh ... Kerja kat tempat paling relax dan senang . Duduk dan cakap . Tu je .. tangan bergerak la sekali . Yang penting jangan sampai short . Haaa teka la teka la ...

Aaaapa ? Promoter ? salahhh ...
Cashier ? Salahhh .
Firefighter ? Salaaahhhhh ..

Dah dah tak payah teka ... Takde satu pun yang kena . Haha .
Aku kerja sebagai Customer Relation Officer [ CRO ] atau kalau diterjemahkan dalam BM , Pegawai Perhubungan Pelanggan gitttuuuee ...
Secara rasminya aku telah menjadi warga kerja TGV Cinemas Tebrau City . Tau kat mana ?
Yang duduk JB aka Johor Bahru MESTI TAUUU ..
Tipu cakap tak tahu . Melainkan korang jenis katak di bawah tempurung . Teheeee ... :D

Jujur , mula-mula mintak tolong Abang Wan promote aku kat manager tu aku memang betul-betul nak kerja . Tapi sekarang sejak aku tahu 'Musuh Tradisi' aku pun kerja kat situ , alahaiii terbang sudah semangat berkobar-kobar aku ni . Nak tak nak terpaksa lah pendam perasaan nak menumbuk muka dia yang bajet hensem tu kan . Ya dia seorang lelaki !! Kalau perempuan dapat jugak main tarik-tarik rambut ke tarik-tarik tudung ke .. Wahaha kurang sopan betul ..

Tak tau lah kenapa orang hensem ni dalam hati busuk nak mampus ?
Kau dengan aku , masalah cuma kat sekolah dulu je kan . 
Buat apa kau heret sampai ke tempat kerja . 
Kau ingat aku terhegeh-hegeh sangat lah nak satu tempat kerja dengan kau ?
Bolehhhh blahhhhh . Jadi lelaki jangan terlalu perasan tau .
Nanti jadi auww-auww ... Nak sangat ke ? hihi .

Yang buat aku sakit hati sangat dengan dia tu , dia punya perangai yang tak tau nak hargai orang .
Rasa cam nak terajang-terajang je mamat tu sekuat hati dan kudrat yang ada . 
Jangan berlagak sangat jadi manusia . Tak ke mana pun ...

First time aku jaga bahagian 3D time tu [ besttt tengok Avengers 3D freeeee lalalala ... ] .. cinema 9 nak closing dah ... Aku tidur kat bawah meja untuk mengelakkan CCTV dan aircond kat siling . Tiba-tiba budak cleaner kejut aku suruh jadi budak Floor . Yang jaga Floor time tu mamat tu la !! [ Boleh 'ter'sama shift pulak kan ? bengang .. bengang ... ] Aku pun cari lah budak Floor pakai walkie-talkie yang ada atas meja tu . Tapi sorang pun tak jawab . Last-last , aku bangun cari budak-budak Floor .

Masuk dalam Cinema 6 [ 3D hall ] aku ternampak sorang budak tengah tidur . Sedap je dia tidur kat belakang seat tu kan . Aku kejut la nak tengok budak Floor ke bukan . Rupa-rupanya mamat taguna tu ! Alamakkk .. Yang aku bengang kan sangat , aku kejut selembut yang boleh tau tak ... Kalau aku mamat tu yang tengah tidur aku hempuk je kepala dia biar terbangun terus , takde makna nya nak terpisat-pisat bagai .

Aku still kawal volume suara aku , cakap cara baik tau . Bukan cara kurang ajar . "Cinema 9 nak closing dah . Aku tak jumpa budak-budak lain .. Camne ?" Lebih kurang camtu lah bunyi nya kan . Then mamat tu tanpa ucap 'TQ' terus blahhh . Wow tabikk spring atas kebiadaban kau mat ... Sumpah aku rasa macam nak bakar atau tanam kau hidup-hidup . 

EEeeeeee .. Geram . Chawwww tidurrr .
Wasalam .