Saturday, 1 September 2012

Teman Pengganti - Black ft Malique



Assalamualaikum .


Macam tajuk kat atas ni , aku nak story pasal lagu Teman Pengganti . Lagu ni betul-betul buat hati aku sayu . Mesti ramai dah dengar pasal lagu ni . Lagu ni bagi aku , yang terbaik dari malique . Bukan nak cakap lagu-lagu lain tak bagus , tapi lagu ni buat aku tak dapat tidur . Haha . kenapa eh ? Sebab , aku asyik nak dengar lagu dia je . Bila tak dengar , rasa tak best sangat . Tu yang sampai tak nak tidur tu . Haihhh . Over pulak .

Malique Too Phat , dulu aku tak minat dia sangat . Tapi sekarang , aku concern pasal dia tiba-tiba . Aku nak tau kenapa lagu ni macam ni . Sebab kebanyakkan lagu-lagu Malique semua mengisahkan sesuatu . Bukan nak buat cerita tapi as far as i know , ramai cakap Malique sakit . Betul ke ? 

Then kalau dia sakit , dia sakit apa ? Ada orang cakap dia sakit jantung . Dia rahsiakan penyakit dia dari Mellisa (pelakon Gol & Gincu) , kecintaan aka wife dia . Sakit yang lama dia rahsiakan . Sampai satu tahap , dia dapat rasa yang dia takkan dapat hidup lama bila dia asyik dapat mimpi atau visi yang dia nampak wife dia happy dengan seseorang .

Dia nampak semuanya tapi bukan dia yang berada disisi waktu tu . Means , bukan dia yang bahagia bersama Melissa dalam mimpi tu , tapi orang lain . Malique sangat LOW PROFILE . Lagu-lagu dia semua meletop walaupun dia tak muncul kat media . Langsung tak muncul . Sampaikan Jamal Abdillah sendiri cakap susah nak sampaikan lagu Maafkan Aku bila buat persembahan live tanpa kehadiran Malique .

Dia cakap , Malique tak nak muncul kalau takde urusan penting . Bagi aku , menyanyi tu kan profession dia sebagai retis ? Kenapa dia anggap kehadiran dia buat persembahan bersama J. Abdillah tak penting ? Mungkinkah dia sembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang lain ? Lirik lagu tu , betul-betul kena dengan cara Malique sekarang .

Kepada peminat-peminat Malique , jangan marah laa aku tulis camni . Aku bukan nak jaga tepi kain sesiapa , ni cuma pendapat aku je . (^_^)

Apa-apa pun , aku doakan supaya Malique sihat sentiasa , dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa , dikurniakan kebahagiaan rumahtangga , karier sentiasa maju dan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah .


1 comment:

ahsfantasy24 said...

Lagu-lagu malique ni kadang2
banyak buat kita fikir, best jugak.. ^^

Kesudahan Blog Ceyana Hina Profesion Keguruan - ahsfantasy24.com