Friday, 30 November 2012

"End Year Giveaway by FD"


Yeahhh dah lama tak join GA ni . Tiba-tiba bersemangat aku nak join GA . Korang MUST join okay . IT'S A MUST . Kenapa ? Sebab banyak gila hadiah untuk dimenangi ! Haha itulah niat utama aku . Ngeh3 ... Serious rugi kalau korang tak join :) <DIANA> kata kalau penyertaan melebihi 100 dia nak tambah lagi hadiah ~ Cool ! If nak join just click kat D tu okay :) D means Diana lahhh ~ Auwww .

HADIAH-II YANG SAYA NAK TUNTUT :
. Satin Shawl
. Long Necklace
. Souvenir dari Russia
. CD filem
. Topup 5 + Review Blog + Bloglist Kekal
. Novel
  Hadiah misteri 
. Domain selama dua tahun

Ha kalau dah suruh listkan hadiah rase macam nak list semua sebenarnya tapi macam melampau pulak kalau aku list kan semua kan . So , itu je la yang termampu . Mwahahahhahhahaaa . ehem kalau ada penambahan hadiah boleh ke nak buat penambahan dalam list hadiah jugak ? weeeeee ~ Guroo je okeh . xD

HADIAH-II NYA :

. Long necklace (1 pemenang )
. Novel (1 pemenang)
. Simple header (1 pemenang)
. Hadiah misteri (1 pemenang)
. Topup 5 + Review Blog + Bloglist Kekal (1 pemenang)
. Topup 5 (1 pemenang)
. Bloglist selama sebulan (1 pemenang)
. Header transparent (1 pemenang)
. Cursor nama (1 pemenang)
. Pashmina (1 pemenang)
. Satin shawl (1 pemenang)
. Cursor nama (2 pemenang)
. CD filem (2 pemenang)
. Hadiah misteri (2 pemenang)
. Keychain Angry Bird (3 pemenang)
. Set pen (4 pemenang)
. Bloglist selama sebulan (5 pemenang)
. Souvenir dari Russia (10 pemenang)

Tiba masa untuk tag kawan-kawan :)

@Awak
@Awak
@Awak

Aku tak tau lah mampu ke nak menang hadiah-II tu sebab selama ni pun aku tak pernah menang mana-II GA mahupun contest ! Sobsobs . Harap-II menang lah ea ^_^

Ouh yeaa . Cik Dianaa cakap ada penambahan hadiah iaitu Domain selama 2 tahun . Nak jugak boleh ? Boleh laa boleh laa , kui3 .. and yeah , kalau korang pun nak , korang kena bagitau sebab kenapa korang nak domain tu ok ? Kalau korang tanya aku , ni jawapan aku ~

Domain memudahkan orang cari blog kita . Tak payah tulis panjang-panjang . Jimat masa . Hehe ...

Tips : Elakkan Ketegangan Mata


Assalamualaikum .

Tips kali ni sesuai sangat dengan korang yang tak reti nak tengok benda lain selain skrin laptop korang tu . Korang tak rasa ke bila korang kerap sangat habiskan masa depan laptop , mata korang mesti rasa letih , tak bermaya sampai jadi merah dan tegang , kan ? Sebenarnyakan , bila kita menatap laptop berjam-jam lamanya , kita akan lupa untuk berkelip ! Masa ni lah mata kita akan rasa kering dan sakit . Tak percaya ? Cuba buat ! Kalau sakit bagitau aku . Hehe . Kalau tak sakit , tak payah laaaa baca sampai habis . Baca sampai sini cukup . 

Haha eh janganlah merajuk . Aku gurau je laaa . 

Jadi , untuk mengelakkan ketegangan mata berlaku , cubalah ikut langkah-langkah kat bawah . InsyaAllah berkesan ! :)


  • Pastikan setiap satu jam , peruntukkan masa 10 minit untuk berehat dan biarkan mata korang berkelip secara normal . 
  • Make sure korang jangan bekerja di dalam bilik gelap atau dalam keadaan yang gelap kerana kurangnya pencahayaan akan menyebabkan ketegangan mata . INGAT !
  • Kalau korang pakai cermin mata atau kanta lekap macam aku , korang kena pastikan yang cermin mata atau kanta lekap yang korang pakai sesuai untuk melihat dari jarak yang dekat atau jauh .
  • Lastly , tolong jangan biarkan ada cahaya terang atau cerah melatari belakang skrin monitor laptop korang . 
INGAT sikit , mata kita nak guna berapa lama ? Haaa . Kalau nak guna lama , jagalah anugerah Allah beri tu sebaik-baiknya yaa . Share lah dengan kawan-kawan biar sama-sama menjaga anugerah Allah sebaik-baiknyaa :)

P/S : aku copy dari Majalah REMAJA :) Benda baik elok kita kongsi . Sharing is Caring !

Selamat Tinggal Kenangan


Aku belajar melupakan kisah silam 
Yang sarat dengan dendam
Dari api yang makin padam
Aku belajar mengharungi hari ini
Yang penuh teka teki
Kerana waktu belum lagi terhenti
Aku belajar mengharungi hari esok
Memang banyak lagi tersorok
Memanggilku untuk menjenguk
Aku berlari jauh tak bertepi
Tak aku peduli kaca dan duri
Yang melukai diri
Aku melangkah dalam keadaan pasrah
Tak ku hiraukan silamku musnah
Ia mengajarku menjadi tabah
Aku belajar mencintai dan dicintai
Menerima dan memberi kasih sayang
Tawa dan tangis
Setiap detik setiap hari
Dari semua yang ku pelajari
Selamat tinggal kenanganku . . .

Sumber : Majalah REMAJA 

Thursday, 29 November 2012

Kotak Komen Hilang


Assalamualaikum .

Okay kali ni aku nak tanya korang , cuba korang tengok blog aku ni , kotak komen kat bawah tu hilang ke ? Huhu dah ada beberapa orang cakap yang kotak komen aku takde . Agak lah kan . Pening jugak aku macam mana boleh hilang sebab certain blogger still boleh komen takde masalah pun . So aku cuba ushar blog sendiri tanpa sign in . Aku dah try and aku tengok kotak komen tu takde lah terbang pi mana . Stay jugak dia kat situ . Adeh fening lah @.@

Tapi takpe . Sebab aku sayang korang , aku cuba carik jalan penyelesaian okayy ^_^ 

Sunday, 25 November 2012

Request Edit Blog Oleh Eyra :)


Assalamualaikum semua .

Maaflah lama aku tak update entry terbaru kan ? So far , aku tengah berusaha siapkan edit blog kawan aku . Maybe aku ni takde la teror sangat bab-bab edit blog ni tapi sebab kawan punya pasal so aku berusaha dengan sedaya upaya aku untuk tolong dia .

So nama kawan aku ni Nadirah and lebih mesra dipanggil Eyra saja :) Kitorang dah lama berkawan cuma tak pernah jumpa . Ala macam tak biasa pulak . Zaman sekarang ni benda mustahil pun boleh jadi mungkin . Tak pernah jumpa takpe , yang penting hati ikhlas berkawan . (^_^)

Dia berblog bukan untuk suka-suka macam aku , macam kita semua . Tapi sebab tuntutan assignment ! Lecturer dia nak dia buat satu blog ni untuk dia post and publish semua assignment dia dalam blog . So bagi yang tak pernah ada blog , mungkin agak susah nak belajar semua tu dalam masa sekejap kan . Sama jugak macam aku masa mula-mula ada blog dulu :)

Nak dijadikan cerita , aku offer dia , nak tak aku tolong editkan blog kau ? Then dia dengan hati gumbira sealam semesta pun terus bersetuju dengan offer aku tu . Sebab dia memang tak tahu langsung nak berblog ni . Dengan kepakaran yang tak berapa nak pakar , aku cuba ubah blog dia ikut kemahuan dia .Oh satu perkara anda perlu tahu , Eyra sangat lah CEREWET ! Korang boleh bayangkan kan macam mana nak deal dengan orang cerewet ni ? Hehehe ... Banyak kali jugak aku kena tukar background , divider , and bla bla bla ....

Tapi aku tak kisah pun sebab dia nak yang terbaik untuk blog dia . Nak markah lebih lah katakan . Jadi , secerewet mana kau Eyra , no biggie !

Aku nak printscreen untuk tatapan korang tapi line agak slow hari ni . Aku malas lah nak edit lagi semua tu . So aku bagi link je kat korang ok . And comment sikit lepas tengok :)


Untuk header , aku tak sempat buat lagi . Dia cerewet ok ! Memang tak dapat buat cepat . LOL :) Hehe . Apa-apa pun , gud luck untuk assignment kau Eyra (^_^)

Ouh ya , korang jangan request aku edit blog korang tau . Sebab aku tak yakin ! Huhu . Takut buruk je lepas edit tu ! Kbye :)


Sunday, 18 November 2012

Freebies Header Bersambung Dengan Body



Assalamualaikum . 

apa khabar uols hari ni ? Aku doakan semuanya baik-baik aje okay . Ekceli tadi aku tengah buat header . Try and error sajeee :) But then aku terpikir nak letak kat sini sebagai freebies untuk korang . suka tak ? Opkoz suka kan ! Amboiii . Hihi . Before aku bagi , aku nak credit doodle yang comel gilaa ni : P E A R L . Aku adore sangat doodle yang dia buat ! Tak caye tengok sendiri haaa . Semua ada 7 warna berlainan and korang boleh pilih mana yang korang suka orait .




Header dah siap transparent untuk memudahkan korang ye . Aku guna size 800 x 300 . Korang boleh edit size dia untuk fit kan ke blog korang sendiri takde masalah pun :) Header ni sesuai untuk korang sambungkan dengan body blog korang . Tu la function sebeno awan nano tu okehh .

NotaKaki : 
Nak amik picture , right click and save image .
Nak tukar size picture pastikan ada photoscape and follow the instruction at Gades.Butterfly .
Nak tau size blog korang , TEMPLATE - CUSTOMIZE - ADJUST WIDTHS . Kat entire blog bar tu lah size blog korang okay !

Gud luck ! Sila komen kalau suka :P Walaupun tak lawa tapi kalau dah amik sila credit yaaa ^^

#Oh yaa time korng view header tu macam ada dashed line dekat awan nano tu right ? aku pun tatau kenapa begitu haha . Tapi kalau dah save image otometik benda tu takde dah :) Jangan risau ek .

Freebies : Header



Assalamualaikum .

Nak freebies tak ? Okay ni first time aku buat freebies . Jangan gelak okay . buruk . Haha . Kalau nak amik and jangan lupe credit okay , kalau tak nak takpe . Sobsobs . :) Kbye . Nak tidur ^^ .


Header ni dah siap transparent tau . Tinggal amik , and tampal kat atas blog korang tuh . Sorry tak lawa . Cuma ini jer yang termampu . Aku bagi satu dulu . Ada masa nanti aku bagi yang lain :)

Selamat pagi semua . Tidur dulu okay ! Esok kerja pukul 10 !! 

Staff Meeting at TGV Cinema



Assalamualaikum .

Selamat pagi semua . Masih ada yang duduk menghadap laptop masing-masing pagi-pagi ni ? Awat tak tido lagi ? Kalau tak boleh tido jum baca entry aku ni . Kali ni aku nak story pasal event kat tempat kerja aku pada malam Rabu lepas . :) Tapi sorry gambar takde tau . sebab semua gambar pada kawan-kawan . aku mane la ada camera , waima henpon berkamera pun takde . sobsobs !!

Okay ceritanya cenggini . Sharp pukul 7.20 pm aku sampai kat Jusco Tebrau City untuk menghadirkan diri dalam staff meeting di mana itu kali pertama aku datang staff meeting ni . Hoho kantoi :P Actually meeting start pukul 8 tapi aku kan staff yang punctual so aku datang 40 minit awal . Haha tu bukan punctual gila . Okay whatever ~

First of all , we all need to be in Cinema 7 untuk sesi meeting with manager . Sir Rahim yang baik hati dan handsome yang handle meeting . He's the one who standing in front and lead the meeting . Dia cakap tentang PUNCTUAL datang kerja . Yeahhh aku lah tu . Choiii :P . Ekceli banyak lagi tapi aku macam malas nak type panjang2 haha . 

Next , Sir David manage the lucky draw session . Dia pegang nombor lucky draw untuk diberi kepada kami semua . Part ni paling best . Hadiah tempat pertama dalam RM600++ okay . Juling mata aku time tu tengok price tag comforter siap dengan cadar as hadiah pertama tu . Dah lah lawa gila . Kaler pink lak . Even aku tak berapa nak suka kaler pink , tapi blog aku pink okay . Hahaw . Hadiah pertama goes to budak India . Tinesh nama dia :) 

Hadiah kedua pulak berharga RM559.90 . Hamboiii memang tau harga dia siap sen sen lagi . Sah sah lah hadiah tu aku yang menang . Auwww ! First time menang lucky draw seumur hidup , memang jakun sikit time tu . kehkehkeh . Menggigil badan aku time nombor bertuah disebut oleh Sir Rahim . I Lap You lah sir !! Haha . Aku dapat comforter jugak . Cuma comforter sahaja lah . Tapi syukur alhamdulillah . Bangga mak . Tak rugi aku datang meeting . Hahahahah . suka suka ! Comforter yang serious comfortable gila !! jangan jelly :D

Other staffs ada yang dapat pillow , baju lepas mandi tu , and macam-macam la . Semua jenama Jean Perry . Thanks TGV and Jean Perry :)


Next , kitorang bergerak menuju ke Arena Prima . apakah ??? Okay . Arena Prima ni tempat budak-budak berlatih & main futsal serta badminton . Tempat dia memang terceruk sikit sampaikan aku tak pernah tahu tempat ni wujud . Haiyaaa . Buat malu je haha . Sesat pulak time nak pergi situ . isk isk . Kat sini , half of us main futsal especially the boys and another half main badminton termasuk our managers . Seronok gila . Spending time with them like a big family yang sangat bahagia :) Ouh lupa nak cakap , untuk futsal , we all match dengan staffs TGV Bukit Indah . Hello , terror jugak mereka . Hehe .

Pukul 1 baru we all balik rumah masing-masing . penat jangan cakap tau . Dah lama tak bersenam lah katakan . Hehe . Tapi serious , salah satu moment terindah dalam hidup yang aku takkan lupa sampai bila-bila . Hope boleh join lagi lepas ni . Tapi tu la , next week aku dah nak balik Melaka . Bye bye TGV :(

- Bulan DEC dah start classes . Wish me luck -


Friday, 16 November 2012

My First Time :)



Assalamualaikum .

Akhirnya . Berkat si budak comel iaitu adek Ukhti Azza buat tutorial camner nak buat header transparent terus aku try & error , Okay tuto beliau memang dah lama pun hohoks . Aku je baru jumpe -.- Nape tak jumpe dari dulu je kan senang . Haishh . Okay sekarang nak tanya sikit komen korang semua pasal header tak berapa nak lawa aku nih . Cun tak ? haha . Dah mengaku tak lawa lagi tanya cun ke tak . Masuk air betul .

Ek biasalah excited pulak tengok header aku ni macam comel je kan . Haa puji artwork sendiri . Seyez tak malu :P


Takpe la tak lawa pun . at least aku try , simple je ni sebab aku takut tak menjadi pulak kalau nak buat macam yang aku nak sangat selama ni . Practice make perfect :) Lepas ni boleh try lagi . 

Okay blog adek zaza memang best . Haha tiba-tibe promote blog beliau ye . 
Ala kite give and take lah sikit kan . Lepas ni memang kerja aku nak buat header je lah . Ayoyoo ... Susah kalau dah tau buat ni , asyik nak mencuba je >_<

Sekian .

Pssttt . Kalau awak baik , comel , hensem , rajin2 la tekan Churp Churp saye kat tepi tu . Tapi jangan lupe bagitau okay so that saye boleh tekan Churp Churp awak pulakk :)

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih



Assalamualaikum .


Okay nampak tak banner yang malatopp kaler pink ala-ala comel kiut miut gitu ?? *Ting2x kenyit kenyit mata sikit . Mana tau menang hahahah :D

Baikkllaaahhhhhh . dah lama aku tak join segala bagai segmen semenjak aku bergelar student semula ni kan . So as a start , kali ni aku nak join segmen dari Blogger Emas Putih . So just click the link given kalau nak join sekali yaww :)

Hadiah dia nyatakan di situ , adalah bahawasanya sesiapa yang bertuah akan mendapat top-up RM10 dari beliau . Tak cukup best lagi ? Ha bukan seorang je yang dapat tau . Akan ada 3 blogger bertuah yang pastinye dapat top-up free lepas ni .

Untung lah korang . Dah dapat top-up tu calling2 lah yek . kih3 . :)
Due date : 13.11.12/00.00am - 26.11.12/11.59pm (2 Weeks)

Best Wedding Proposal Ever !!



Assalamualaikum .

Morning all . Mulakan hari anda dengan senyuman okay ! :D 
*senyum sampai nampak gigi . and say cheese !

Pulak . sape nak tangkap gambar . Ah takde-takde . Senyum jer cukup lah okay :) Eh korang , pernah tak korang terbayang macam mana pasangan korang melamar ? Mwehehe . Especially for girls la kan . Takkan kita orang perempuan pergi melamar orang lelaki ! Ewah-ewah . Walaupun zaman dah moden , tapi jangan lah sampai macam tu sekali .

So here's the video tentang the best wedding proposal ever . Gila romantik , penuh dengan kejutan and it was epic ! Kalau aku jadi perempuan tu , peh memang memori paling berharga dalam hidup aku lah . Entah berapa banyak duit yang dia habiskan untuk plan nak propose girlfriend dia nih (^_^)

Aku pun mula la berangan . Who knows future husband aku romantik gila macam ni , auww :D haha . Okay stop dreaming . kalau dia buat camtu , perghh tak dapat aku bayangkan , dengan dancers dia lagi , memang ohsemm habis ! Dah aku pun tak nak membebel banyak sangat . Lets take a look at this video :)

video

Kalau Tak Ikhlas Tak Payah Tolong . Macam Aku Heran ! :(



Assalamualaikum .
Ha nampak tak tajuk kat atas tu . Panjang pulak tiba-tiba . Tadi aku type macam kecik je hahaha .

Dah lama rasanya aku bercuti . Ha jeles tak ? Okay tak payah nak jeles sangatlah kan . Sebab kurang dari dua minggu lagi aku dah nak masuk semester baru . Dah mula belajar . dah mula Stress Tension & Pressure . kui3x . Aku agak tak sabar sebenarnya ni nak masuk semester baru . Nak belajar benda baru . Nak jumpa kawan-kawan lagi (^_^) . Woohooo . Cepat lah bulan Dec !!!

Okay sebenarnya aku nak cerita pasal budak kat tempat keje aku ni . Faham-fahamlah kalau kerja panggung wayang ni , bila public holiday jer memang loading ramai gila . And macam yang dah dijadualkan , semalam aku bukak kaunter kat Candy Bar . Agak kelam-kabut sikit . Messy dengan barang-barang . Ade stuff yang tak cukup bagai . So memang chaos gila !!! 

And this guy yang dapat jaga floor kena panggil dengan supervisor which is Sir David untuk tolong ready kan stock mineral water kat setiap kaunter Candy Bar . Hello , we don't have time nak masuk stor and angkat berkotak-kotak mineral yang berat tu sebab customer serious ramai gila . Back-up pun still kelam-kabut . So that's way David panggil kau . Bukan aku yang mintak tolong tau . It's DAVID . Not ME . 

Yeahh , aku dengan this guy memang anti betul . Kitorang tak boleh bersemuka . Dah 6 tahun kitorang bermusuhan . 6 tahun bukan sekejp brader . Lame tau . Sejak dari zaman sekolah lagi . Kau ada ? Haha kalau takde amik la musuh aku tu . Aku tak nak ada musuh especially dengan dia , mamat sengkek tu . Huhu .

Setiap kaunter dia kena sediakan 2 kotak mineral water . Yang buat aku sakit hati dengan dia tu , tiba kaunter aku je dia boleh hempas kotak tu macam haram . Eh hello brader . Kalau tak ikhlas tak payah tolong lah . Aku tak heran pun dengan kau . Aku tak perlukan bantuan kau pun okay . Bila takde customer nanti pandai lah aku amik sendiri . EEeee sakit betul hati aku .

This guy memang tak pernah nak menyenangkan hidup aku . Asyik nak menyakitkan hati aku kalau bersua . aku pelik betul , aku ada kacau hidup dia ke selama ni ? Sumpah macam bodoh je hempas-hempas kotak mineral . Macam bodoh tau ??  -.- Kaunter lain kau letak elok je kaunter aku kau terus jadi macam haram kan . Entah kenapalah aku boleh satu tempat keje dengan kau !!! Stressed !!

BTW , time aku tengah stalker facebook someone , aku ternampak satu video kelakar ni . Memang cantik lah . Ringan sikit beban dalam hati aku ni . Video ni sumpah laka-laka ( bahasa akak angkat aku kat work place ! Haha ) Jom layannnnn . Ouh one more thing , kelmarin staff meeting memang ohhhsemmm . Aku boleh pulak TERmenang lucky draw bernilai RM559+ . Kau ada ? haha !

video

Monday, 12 November 2012

AD For The First Time !


Assalamualaikum .
Salam 1 Blogger dan salam 1 Malaysia ^^

Macam biasa , kata-kata aluan aku untuk readers sekalian , maaf dah lama tak update . Kerja part time je pun tapi penat nye mcm kerja full time . Huhu . Tu yang sampai takde masa langsung nak update . Okay kali ni aku ada cerita menarik sikit nak conteng kat sini . 3 hari yang lepas bersamaan dengan 9 Nov 2012 , semua pelajar diploma UiTM seluruh negara dah pun mengetahui keputusan peperiksaan mereka . So amacam ? Bangga tak dengan result korang ? atau dalam hati rasa tak puas hati sangat ? Okay first of all , jangan salahkan orang lain kalau result korang tak memuaskan . Semuanya berpunca dari diri kita sendiri tau . Yang nak berjaya bukan diorang , tapi kita . KITA . K I T A . Paham ??

Okay rileks rileks . Aku tau korang rasa macam nak baling batu je dekat si penconteng blog ni kan ? Haha . Jangan ... Jangan tak baling . Hehehe . Kalau boleh baling la batu belah batu bertangkup ke , terus kena telan senang . Kehh3x . Okay berhenti merepek !

Sebenarnya aku nak habaq ni , keputusan result aku banyak peningkatan (^_^) Happy tak ? Haruslah ... Dan yang buat hati aku bertambah-tambah ceria tu , aku dapat AD aka DL . ahh sama je dua-dua . AD for Anugerah Dekan . Translate kan jadi la DL which is Dean's List . Bangga ? Haruslah . Tapi nak diingatkan ye , aku bukan nak riak . Cuma nak berkongsi kejayaan aku ni dengan korang . Mana tau , tiba-tiba adik-adik ke kakak abang kat luar sana terinspirasi bila tau aku berjaya dapat AD kan ? Cehhh sape aku nak menginspirasikan orang ? haha . Biaselah first time dapat AD memang jakun macam ni . haha kutuk diri sendiri lebih baik :D

Orang cakap , student UiTM senang je nak dapat DL ni . Aku sokong , memang tak susah pun . Usaha , Doa , Tawakal . Usaha lebih , lebih la pointer korang . Tapi , nak capai usaha yang maximum tu yang susah . Kita ni manusia yang selalu leka dengan hal-hal dalam hidup kita . Otak kita selalu diserabutkan dengan benda-benda yang kurang penting . contoh paling mudah , orang lain bercinta , kita pun nak bercinta jugak . Dah syok bercinta , lupa pasal pelajaran . Kalau dulu ke hulu ke hilir dengan buku , sekarang ke hulu ke hilir dengan kekasih . Lupa terus harapan mak ayah kat kampung , hantar kita belajar jauh2 untuk kebaikkan kita . 

Tak salah nak bercinta kat kampus . Tapi jangan sampai mengabaikan pelajaran . Kalau korang boleh bahagikan masa bila nak dating , bila pulak nak study , no hal lah ! Tapi kalau tak pandai , sebaiknya kita tumpukan perhatian pada pelajaran kita dulu okay ? Jodoh tak ke mana . Haha ayat paling power untuk pasangan bercinta nih :D

Contoh kat atas ni bukan untuk orang lain semata , tapi untuk diri aku jugak . Masa sem 1 , aku leka sangat bercinta . Sampai terabai pelajaran aku . Lepas tu , bila bergaduh je ha mula lah takde mood nak pergi kelas . Belajar pun tak masuk dalam kepale . Assignment pun bertangguh . Bila jadi macam tu , memang susah dik oi . Tapi bila aku masuk sem 2 ni , aku betul-betul nekad nak belajar dari kesilapan . Takde dah istilah bercinta selagi aku belum berjaya . Fuhhh matlamat jangka panjang tu . Kau ada ??? keh3x .

Mengaku je la yang kau sebenarnya ditinggalkan si dia , tak gitu ?

Tapi apa-apa pun , bercinta ni bukan penghalang total untuk kejayaan kita , banyak lagi faktor lain yang jadi penghalang . Sekali lagi aku tekan kan di sini , TAK SALAH NAK BERCINTA . Tak salah tau . Tapi yang salahnya , kita tak pandai bahagikan masa dan kawal tahap bercinta kita tu . Okay ayat ni memang kena kat vatang hidung aku . Hamek kau . Huh .

So , tahniah untuk semua classmate aku . Aku bangga dengan korang :) So much improvements than last sem . Aja aja fighting BM 111 3D ! Wow 3D ? Ohsemmm lah kelas kita sem 3 nih . :P