Friday, 16 November 2012

Kalau Tak Ikhlas Tak Payah Tolong . Macam Aku Heran ! :(



Assalamualaikum .
Ha nampak tak tajuk kat atas tu . Panjang pulak tiba-tiba . Tadi aku type macam kecik je hahaha .

Dah lama rasanya aku bercuti . Ha jeles tak ? Okay tak payah nak jeles sangatlah kan . Sebab kurang dari dua minggu lagi aku dah nak masuk semester baru . Dah mula belajar . dah mula Stress Tension & Pressure . kui3x . Aku agak tak sabar sebenarnya ni nak masuk semester baru . Nak belajar benda baru . Nak jumpa kawan-kawan lagi (^_^) . Woohooo . Cepat lah bulan Dec !!!

Okay sebenarnya aku nak cerita pasal budak kat tempat keje aku ni . Faham-fahamlah kalau kerja panggung wayang ni , bila public holiday jer memang loading ramai gila . And macam yang dah dijadualkan , semalam aku bukak kaunter kat Candy Bar . Agak kelam-kabut sikit . Messy dengan barang-barang . Ade stuff yang tak cukup bagai . So memang chaos gila !!! 

And this guy yang dapat jaga floor kena panggil dengan supervisor which is Sir David untuk tolong ready kan stock mineral water kat setiap kaunter Candy Bar . Hello , we don't have time nak masuk stor and angkat berkotak-kotak mineral yang berat tu sebab customer serious ramai gila . Back-up pun still kelam-kabut . So that's way David panggil kau . Bukan aku yang mintak tolong tau . It's DAVID . Not ME . 

Yeahh , aku dengan this guy memang anti betul . Kitorang tak boleh bersemuka . Dah 6 tahun kitorang bermusuhan . 6 tahun bukan sekejp brader . Lame tau . Sejak dari zaman sekolah lagi . Kau ada ? Haha kalau takde amik la musuh aku tu . Aku tak nak ada musuh especially dengan dia , mamat sengkek tu . Huhu .

Setiap kaunter dia kena sediakan 2 kotak mineral water . Yang buat aku sakit hati dengan dia tu , tiba kaunter aku je dia boleh hempas kotak tu macam haram . Eh hello brader . Kalau tak ikhlas tak payah tolong lah . Aku tak heran pun dengan kau . Aku tak perlukan bantuan kau pun okay . Bila takde customer nanti pandai lah aku amik sendiri . EEeee sakit betul hati aku .

This guy memang tak pernah nak menyenangkan hidup aku . Asyik nak menyakitkan hati aku kalau bersua . aku pelik betul , aku ada kacau hidup dia ke selama ni ? Sumpah macam bodoh je hempas-hempas kotak mineral . Macam bodoh tau ??  -.- Kaunter lain kau letak elok je kaunter aku kau terus jadi macam haram kan . Entah kenapalah aku boleh satu tempat keje dengan kau !!! Stressed !!

BTW , time aku tengah stalker facebook someone , aku ternampak satu video kelakar ni . Memang cantik lah . Ringan sikit beban dalam hati aku ni . Video ni sumpah laka-laka ( bahasa akak angkat aku kat work place ! Haha ) Jom layannnnn . Ouh one more thing , kelmarin staff meeting memang ohhhsemmm . Aku boleh pulak TERmenang lucky draw bernilai RM559+ . Kau ada ? haha !

video

No comments: