Sunday, 25 November 2012

Request Edit Blog Oleh Eyra :)


Assalamualaikum semua .

Maaflah lama aku tak update entry terbaru kan ? So far , aku tengah berusaha siapkan edit blog kawan aku . Maybe aku ni takde la teror sangat bab-bab edit blog ni tapi sebab kawan punya pasal so aku berusaha dengan sedaya upaya aku untuk tolong dia .

So nama kawan aku ni Nadirah and lebih mesra dipanggil Eyra saja :) Kitorang dah lama berkawan cuma tak pernah jumpa . Ala macam tak biasa pulak . Zaman sekarang ni benda mustahil pun boleh jadi mungkin . Tak pernah jumpa takpe , yang penting hati ikhlas berkawan . (^_^)

Dia berblog bukan untuk suka-suka macam aku , macam kita semua . Tapi sebab tuntutan assignment ! Lecturer dia nak dia buat satu blog ni untuk dia post and publish semua assignment dia dalam blog . So bagi yang tak pernah ada blog , mungkin agak susah nak belajar semua tu dalam masa sekejap kan . Sama jugak macam aku masa mula-mula ada blog dulu :)

Nak dijadikan cerita , aku offer dia , nak tak aku tolong editkan blog kau ? Then dia dengan hati gumbira sealam semesta pun terus bersetuju dengan offer aku tu . Sebab dia memang tak tahu langsung nak berblog ni . Dengan kepakaran yang tak berapa nak pakar , aku cuba ubah blog dia ikut kemahuan dia .Oh satu perkara anda perlu tahu , Eyra sangat lah CEREWET ! Korang boleh bayangkan kan macam mana nak deal dengan orang cerewet ni ? Hehehe ... Banyak kali jugak aku kena tukar background , divider , and bla bla bla ....

Tapi aku tak kisah pun sebab dia nak yang terbaik untuk blog dia . Nak markah lebih lah katakan . Jadi , secerewet mana kau Eyra , no biggie !

Aku nak printscreen untuk tatapan korang tapi line agak slow hari ni . Aku malas lah nak edit lagi semua tu . So aku bagi link je kat korang ok . And comment sikit lepas tengok :)


Untuk header , aku tak sempat buat lagi . Dia cerewet ok ! Memang tak dapat buat cepat . LOL :) Hehe . Apa-apa pun , gud luck untuk assignment kau Eyra (^_^)

Ouh ya , korang jangan request aku edit blog korang tau . Sebab aku tak yakin ! Huhu . Takut buruk je lepas edit tu ! Kbye :)


No comments: