Friday, 30 November 2012

Tips : Elakkan Ketegangan Mata


Assalamualaikum .

Tips kali ni sesuai sangat dengan korang yang tak reti nak tengok benda lain selain skrin laptop korang tu . Korang tak rasa ke bila korang kerap sangat habiskan masa depan laptop , mata korang mesti rasa letih , tak bermaya sampai jadi merah dan tegang , kan ? Sebenarnyakan , bila kita menatap laptop berjam-jam lamanya , kita akan lupa untuk berkelip ! Masa ni lah mata kita akan rasa kering dan sakit . Tak percaya ? Cuba buat ! Kalau sakit bagitau aku . Hehe . Kalau tak sakit , tak payah laaaa baca sampai habis . Baca sampai sini cukup . 

Haha eh janganlah merajuk . Aku gurau je laaa . 

Jadi , untuk mengelakkan ketegangan mata berlaku , cubalah ikut langkah-langkah kat bawah . InsyaAllah berkesan ! :)


  • Pastikan setiap satu jam , peruntukkan masa 10 minit untuk berehat dan biarkan mata korang berkelip secara normal . 
  • Make sure korang jangan bekerja di dalam bilik gelap atau dalam keadaan yang gelap kerana kurangnya pencahayaan akan menyebabkan ketegangan mata . INGAT !
  • Kalau korang pakai cermin mata atau kanta lekap macam aku , korang kena pastikan yang cermin mata atau kanta lekap yang korang pakai sesuai untuk melihat dari jarak yang dekat atau jauh .
  • Lastly , tolong jangan biarkan ada cahaya terang atau cerah melatari belakang skrin monitor laptop korang . 
INGAT sikit , mata kita nak guna berapa lama ? Haaa . Kalau nak guna lama , jagalah anugerah Allah beri tu sebaik-baiknya yaa . Share lah dengan kawan-kawan biar sama-sama menjaga anugerah Allah sebaik-baiknyaa :)

P/S : aku copy dari Majalah REMAJA :) Benda baik elok kita kongsi . Sharing is Caring !

No comments: