Sunday, 27 January 2013

No Owner , No Heartbreaks

Assalamualaikum.



Di malam yang sedikit sunyi ni , tiba-tiba 'rindu' tu hadir . Hadir untuk apa ? aku tak pasti . Tapi yang aku tau , 'rindu' tu hadir setelah aku stalker fb beliau . Bukan niat nak menyibuk hal beliau lagi atau apa , sekadar nak tahu perkembangan beliau . Aku tahu , antara aku dengan beliau , dah lama berakhir . Tapi bukan bermakna , aku tak ambil berat lagi pasal beliau . Cinta mungkin dah semakin hilang , sayang mungkin dah semakin pudar , tapi aku sebagai manusia , tak dapat mengelak dari rasa ingin tahu . Bagaimana kehidupan beliau sekarang ? Aku teringin sangat nak tahu . Tapi aku tahu batas-batas yang membataskan .




Fb beliau , tak pernah ada gambar beliau . Tiba-tiba aku tengok , beliau letak gambar beliau . Selama ni , aku tabah stalker fb beliau sebab aku takkan nampak wajah yang pernah menceriakan hari-hari aku dulu . Beliau tak pernah hiraukan fb beliau dulu sebab beliau tak berminat pun dengan fb-fb ni . Aku yang paksa beliau buat fb . Haha . Dan aku je yang rajin update status di fb beliau , menyamar sebagai beliau . Tapi beliau tak marah pun . Sebab beliau memang suruh aku yang update apa-apa . Beliau tak pandai sangat fb bagai ni .


Tapi tadi , aku tersentak . Wajah yang cuba aku lupakan , tiba-tiba ada depan mata . Beliau nampak ceria . Semakin bahagia mungkin ? Mesti ada yang membahagiakan beliau sekarang . Syukur la . Aku bahagia kalau beliau bahagia . Sebab kebahagiaan orang-orang disekeliling aku adalah kebahagiaan aku juga . Begitu juga sebaliknya . Tolak tepi apa yang pernah berlaku antara kami , aku tetap menyayangi beliau . Tapi istilah sayang tu tak lebih dari sayang seorang sahabat kepada sahabatnya walaupun mungkin beliau dah pun melupakan aku . Aku tetap mengambil berat tentang beliau dari jauh .

Beberapa hari lepas , aku sedar sesuatu . Beliau unfriend aku dari fb beliau . Terluka ? Ahh tak penting . Aku sedar kedudukan aku sekarang . Aku rasa beliau telah berjaya buang aku dari hidup beliau . Tahniah awak :) Aku tak kan sedih . Sebab aku dah penat sedih . Semua orang bercerita tentang beliau tanpa mengetahui aku terluka setiap kali nama beliau disebut-sebut .


Mereka tak perlu tahu apa yang aku rasa . Asalkan aku tahu , perasaan tu takkan bertapak lama di hati ini . Aku juga ingin bahagia . Siapa yang mahu menangis , merintih , mengenang masa lalu sehingga ke hari tua ? Mungkin aku masih belum dapat melupakan . Peredaran masa akan merubah segalanya . Insyaallah . Masa yang akan menentukan . Aku hanya perlu bersabar . Ada hikmah di sebalik semua ini . Aku tahu Allah sentiasa bersamaku .


Aku harap , perasaan rindu ini tak melebihi perasaan rindu aku terhadap-Mu ya Allah . Aku tak mahu merindukan hamba-Mu melebihi diri-Mu . Maafkan aku di atas kekhilafan ini .


Selamat malam semua . Semoga mimpi indah malam ini :)

Kalau Aku ...

Assalamualaikum .


Maafkan aku wahai kawan-kawan dan lecturers sekalian . Esok aku nak skip class , one whole day :) . This is what happen when i'm stressed . Bukan aku tak mementingkan pelajaran , tak sama sekali . Tapi aku akan lost focus bila aku stress . so there will be no difference sama ada aku masuk kelas atau tak sebab within the class aku tak boleh tumpukan perhatian . Aku nak spend time dengan family sehingga esok . Esok baru lah aku fly back to UiTM . Aku rindu family aku . Dah lama tak lepaking together with baba , abang and adik . Sometimes bila aku balik , only baba and adik je at home . Kali ni abang ada sekali , so aku nak manja-manja sikit lah dengan dia . Kehkehkeh .

Hello ? Sejak bila aku pandai manja-manja dengan abang ? Macam mintak penampo je ?

Hahaha . Seyez lah . Aku tak pernah pun manja-manja dengan abang aku . Kami asyik bergaduh je . So how come there'll be a chance for us nak manja-manja ? Jumpa je bertekak . Heishhh . Nasib baik masing-masing dah besar panjang . Sorang nak masuk 24 tahun , sorang lagi nak masuk 20 tahun . Uihhh ? 20-series dah ? Aiyoo . I'm grown up already heh ? Almost 20-series and yet , still like budak-budak ? Macam tak caya je . Hahaha .


And to be a lady , ops . A lady ? kinda weird . i used to be my daddy's little girl lah . It's Little Girl okay , even though i'm big enough to be his 'little girl' . Haha , sambung balik ayat tadi . And to be a lady , I need to stay classy . Ouch ? Okay whatever . Aku tau aku dah merepek akibat teringat yang aku hampir mencecah 20 tahun .

Dah macam nightmare je angka 20 tu bagi aku hahahha . No more angka 1 kat depan umur . Hello 2 , Goodbye 1 . Kehkehkeh . Dah tiba masa untuk aku jadi lebih matang , dari segi perangai la terutamanya . I'm not childish , it's just , that's my style . Sometimes , orang cakap aku tak matang . Sometimes , orang cakap aku ni macam adik-adik dorang , yang sangat mengada-ngada and yeah , memang aku adik korang pun kan ?!!! Erghhh !!!


Macam mana la dunia bila aku dah matang nanti ? Hahaha .

Hello kau sape sampai dunia terkena effect dengan kematangan kau tu ? Aku manusia la . Manusia mampu mengubah dunia , tahu ! 

Opss , bermonolog pulak . Aicehhhh . Macam la aku ada kuasa yang mampu mengubah dunia jadi lebih baik ?

Kalau aku ada kuasa tu , musnahlah segala kejahatan yang sedang dan akan berlaku . Semua orang akan hidup dengan aman dan tenteram . Semua negara saling bersahabat . Tiada lagi penindasan dan diskriminasi . Segala jenayah akan dibanteras sehabis mungkin . Takkan ada rakyat yang kelaparan , kesejukkan , dan serba kekurangan . Everybody can live happily forever after !


Tapi diakhir-akhir ayat , aku sedar yang semua tu tak mungkin akan kita kecapi ! Kenapa ? Sebab dunia dah dipenuhi dengan macam-macam crime ! Aku tak nampak lagi cara nak 'bersih'kan dunia ni . Takpe . Slow-slow kita bersihkan hati kita dulu :) Insyaallah , yang penting Allah bersama kita . Harap-harap takkan ada lagi kejahatan yang berlaku bila semua orang dah 'bersih'kan hati mereka .

Bak kata pepatah , sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan ?

(^_^)



Friday, 18 January 2013

UiTM Lendu 'diganggu' !

Assalamualaikum.

Eh dah hampir setengah bulan kita melalui hari-hari di tahun 2013 . Ouh so boring ! Aku tak sedar masa berlalu dengan begitu cepat . Ekceli aku tak tau nak tulis apa lagi kat blog aku ni . Rasa macam dah berzaman jugak aku tak bukak . Banyak benda nak update tapi kemalasan nak menaip tu dah berada di tahap kronik !

Semester kali ni agak berat . Macam-macam hal . Assignment saling crush antara satu sama lain . Nak buat mock la , nak buat research la , nak buat term paper lagi . Stressed wehh ! Ni lagi satu , aku bermasam muka dengan ex-roommate aku atas sebab-sebab tertentu la . Malas la aku nak menaip pasal dia .

Sekarang ni kat UiTM Lendu , Melaka , dah kecoh pasal serangan makhluk-makhluk tak diundang yang menyebabkan hysteria berlaku dengan ganasnya . Mula-mula kolej Tun Perak sebagai pembuka tirai kepada keganasan yang berikutnya . Aku dengar cerita lebih 5 orang kena . Tun Perak tu kolej siswa . Pelik jugak kolej siswa yang kena sebab masa aku part 1 , kolej tu jarang kena ganggu . Ouhh maybe time tu gotam ada lagi kot . Part 1 dulu kolej Tun Ali rajin buat hysteria malam-malam . Tapi dengar cerita , siswa kat Tun Perak buat kerja kotor . Tu pasal kena kacau .

Kerja kotor macam mana tu aku tak pasti la . Ada yang cakap dorang takut nak ke tandas malam-malam , nak senang dorang buang air dalam botol uh pastu baling keluar dengan botol-botol tu sekali . Tapi tak tau la sahih ke tak .

Nak-nak pulak Citrawarna dah makin dekat . Semua kolej sibuk berlatih cheers and hakka sampai dua tiga pagi . Agaknya 'mereka-II' ni rasa terganggu sampaikan dah ramai yang cakap terserempak dengan cik penanggal dan cik pocong bila balik kelas , bila nak pi makan . harus lah waktu malam kan . kalau siang pun dia nak keluar aku suruh baba tukar kan aku masuk UiTM lain . Haha .

Tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah nampak lagi . Boleh pengsan kalau nampak !Pesanan untuk Lendurian sekalian , berhati-hatilah korang ya ~
              
Bila terjumpa hantu, baca doa Al'anuka Bilaknatillah (3x). Sila hafal, takkan bila jumpa hantu baru nak google, mana sempat. :P
             MPP UiTM Alor Gajah ‏@MPPUiTMLendu
Malam ni (18/1/2013) akan diadakan bacaan yaasiin sekampus di kolej2 dan masjid pd jam 9mlm. Semua warga UiTM KAG dijemput menyertai sama .