Sunday, 27 January 2013

No Owner , No Heartbreaks

Assalamualaikum.



Di malam yang sedikit sunyi ni , tiba-tiba 'rindu' tu hadir . Hadir untuk apa ? aku tak pasti . Tapi yang aku tau , 'rindu' tu hadir setelah aku stalker fb beliau . Bukan niat nak menyibuk hal beliau lagi atau apa , sekadar nak tahu perkembangan beliau . Aku tahu , antara aku dengan beliau , dah lama berakhir . Tapi bukan bermakna , aku tak ambil berat lagi pasal beliau . Cinta mungkin dah semakin hilang , sayang mungkin dah semakin pudar , tapi aku sebagai manusia , tak dapat mengelak dari rasa ingin tahu . Bagaimana kehidupan beliau sekarang ? Aku teringin sangat nak tahu . Tapi aku tahu batas-batas yang membataskan .




Fb beliau , tak pernah ada gambar beliau . Tiba-tiba aku tengok , beliau letak gambar beliau . Selama ni , aku tabah stalker fb beliau sebab aku takkan nampak wajah yang pernah menceriakan hari-hari aku dulu . Beliau tak pernah hiraukan fb beliau dulu sebab beliau tak berminat pun dengan fb-fb ni . Aku yang paksa beliau buat fb . Haha . Dan aku je yang rajin update status di fb beliau , menyamar sebagai beliau . Tapi beliau tak marah pun . Sebab beliau memang suruh aku yang update apa-apa . Beliau tak pandai sangat fb bagai ni .


Tapi tadi , aku tersentak . Wajah yang cuba aku lupakan , tiba-tiba ada depan mata . Beliau nampak ceria . Semakin bahagia mungkin ? Mesti ada yang membahagiakan beliau sekarang . Syukur la . Aku bahagia kalau beliau bahagia . Sebab kebahagiaan orang-orang disekeliling aku adalah kebahagiaan aku juga . Begitu juga sebaliknya . Tolak tepi apa yang pernah berlaku antara kami , aku tetap menyayangi beliau . Tapi istilah sayang tu tak lebih dari sayang seorang sahabat kepada sahabatnya walaupun mungkin beliau dah pun melupakan aku . Aku tetap mengambil berat tentang beliau dari jauh .

Beberapa hari lepas , aku sedar sesuatu . Beliau unfriend aku dari fb beliau . Terluka ? Ahh tak penting . Aku sedar kedudukan aku sekarang . Aku rasa beliau telah berjaya buang aku dari hidup beliau . Tahniah awak :) Aku tak kan sedih . Sebab aku dah penat sedih . Semua orang bercerita tentang beliau tanpa mengetahui aku terluka setiap kali nama beliau disebut-sebut .


Mereka tak perlu tahu apa yang aku rasa . Asalkan aku tahu , perasaan tu takkan bertapak lama di hati ini . Aku juga ingin bahagia . Siapa yang mahu menangis , merintih , mengenang masa lalu sehingga ke hari tua ? Mungkin aku masih belum dapat melupakan . Peredaran masa akan merubah segalanya . Insyaallah . Masa yang akan menentukan . Aku hanya perlu bersabar . Ada hikmah di sebalik semua ini . Aku tahu Allah sentiasa bersamaku .


Aku harap , perasaan rindu ini tak melebihi perasaan rindu aku terhadap-Mu ya Allah . Aku tak mahu merindukan hamba-Mu melebihi diri-Mu . Maafkan aku di atas kekhilafan ini .


Selamat malam semua . Semoga mimpi indah malam ini :)

No comments: