Friday, 18 January 2013

UiTM Lendu 'diganggu' !

Assalamualaikum.

Eh dah hampir setengah bulan kita melalui hari-hari di tahun 2013 . Ouh so boring ! Aku tak sedar masa berlalu dengan begitu cepat . Ekceli aku tak tau nak tulis apa lagi kat blog aku ni . Rasa macam dah berzaman jugak aku tak bukak . Banyak benda nak update tapi kemalasan nak menaip tu dah berada di tahap kronik !

Semester kali ni agak berat . Macam-macam hal . Assignment saling crush antara satu sama lain . Nak buat mock la , nak buat research la , nak buat term paper lagi . Stressed wehh ! Ni lagi satu , aku bermasam muka dengan ex-roommate aku atas sebab-sebab tertentu la . Malas la aku nak menaip pasal dia .

Sekarang ni kat UiTM Lendu , Melaka , dah kecoh pasal serangan makhluk-makhluk tak diundang yang menyebabkan hysteria berlaku dengan ganasnya . Mula-mula kolej Tun Perak sebagai pembuka tirai kepada keganasan yang berikutnya . Aku dengar cerita lebih 5 orang kena . Tun Perak tu kolej siswa . Pelik jugak kolej siswa yang kena sebab masa aku part 1 , kolej tu jarang kena ganggu . Ouhh maybe time tu gotam ada lagi kot . Part 1 dulu kolej Tun Ali rajin buat hysteria malam-malam . Tapi dengar cerita , siswa kat Tun Perak buat kerja kotor . Tu pasal kena kacau .

Kerja kotor macam mana tu aku tak pasti la . Ada yang cakap dorang takut nak ke tandas malam-malam , nak senang dorang buang air dalam botol uh pastu baling keluar dengan botol-botol tu sekali . Tapi tak tau la sahih ke tak .

Nak-nak pulak Citrawarna dah makin dekat . Semua kolej sibuk berlatih cheers and hakka sampai dua tiga pagi . Agaknya 'mereka-II' ni rasa terganggu sampaikan dah ramai yang cakap terserempak dengan cik penanggal dan cik pocong bila balik kelas , bila nak pi makan . harus lah waktu malam kan . kalau siang pun dia nak keluar aku suruh baba tukar kan aku masuk UiTM lain . Haha .

Tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah nampak lagi . Boleh pengsan kalau nampak !Pesanan untuk Lendurian sekalian , berhati-hatilah korang ya ~
              
Bila terjumpa hantu, baca doa Al'anuka Bilaknatillah (3x). Sila hafal, takkan bila jumpa hantu baru nak google, mana sempat. :P
             MPP UiTM Alor Gajah ‏@MPPUiTMLendu
Malam ni (18/1/2013) akan diadakan bacaan yaasiin sekampus di kolej2 dan masjid pd jam 9mlm. Semua warga UiTM KAG dijemput menyertai sama .

1 comment:

CikMunBlogger said...

harap semua pelajar uitm lendu tabah :) semua nie ujian .