Thursday, 21 February 2013

... Let Me Rest Just For A While ...

Assalamualaikum


Tiba-tiba aku rasa rindu kat arwah mama .
Aku nak kongsi masalah aku dengan seseorang .
And I wish 'seseorang' tu adalah mama .
But yeah . Impossible right ?
Sumpah aku rasa nak menangis .
Aku dah tak larat .
Aku tak kuat .
The only thing I ever wanted is mama to be here .
Why must GOD take her from me .
Aku rindu sangat kat mama :'(
Sometimes aku rasa down gila .
Macam hari ni . . And I need her .
Tiba-tiba aku rasa tak diperlukan .
Tiba-tiba aku rasa jauh dari semua orang .
Tiba-tiba aku rasa terpinggir .
Tiba-tiba aku rasa give up nak hidup .
Ubat-ubat ni . . . really make me feel hopeless .
Aku rasa nak campak semua dalam Tasik TFF tuh .
Setiap kesakitan yang aku rasakan 
Semakin hari semakin membunuh .
Semangat aku semakin hari semakin hilang .
Mana perginya semangat aku yang tak mudah mengalah dulu ?
Entahlah . . .
Aku dah tak boleh kawal emosi aku lagi .
Sampai satu tahap aku rasa nak lemaskan diri aku sendiri .
Walhal aku dah pun lemas dalam kesakitan yang menjalar di setiap inci badan aku ni .
Semua orang jadi mangsa kemarahan aku .
Roommate aku , classmate aku , dan si dia tak terkecuali .
Sumpah aku tak niat nak marah sape-sape .
Jujur aku dah tak mampu nak kawal emosi aku lagi .
Aku penat .
Aku stress .
Kepala aku rasa berat sangat .
Aku nak tidur .
Tidur untuk selama-lamanya supaya aku tak rasa sakit lagi .
Supaya aku tak rasa penat lagi .
Supaya aku tak marah-marah orang lagi .
Hmm mula dah aku merepek .
Yes , I think I just need a rest .
I cannot bear this anymore .
One step ahead , then everything's over . . .
Aku perlu tenangkan diri .
Takpe kalau aku takde mama . . .
At least ALLAH is there for me .
Aku tau aku tak sendiri .
Dear mind , just think positive , will you ?
But still , aku rindukan mama :(
Air mata ni takkan pernah berhenti mengalir .
Kerana rindu ini tak pernah padam .
Hujan menimpa bumi mungkin akan terhenti .
Tapi hujan dalam hati takkan pernah terhenti .
Arrgghhh !!! 
Aku give up . . .
I need someone's shoulder to cry on besides me right now .
GOD , please don't make it harder .
I'm not strong enough to make it through .
Aku dah tak larat .
Mama . . .
Your daughter are dying right now .
She's not going to make it .
She almost give up with her life .
Where there's no you , there's no hope .
And there's no strength to help her going through .
Can I just , GIVE UP ?
Please say yesssss ...
And yeah , aku overdose lagi malam ni .
And I really hope my heart will stop beating .
My mind will stop thinking .
Let me rest . . . just for a while :)



#Hanya luahan perasaan di kala aku stress . Kedengaran hampir berputus asa ya ? Tapi Insyaallah aku masih lagi berfikiran waras .

Monday, 11 February 2013

The Reasons Why

Assalamualaikum

Ah gara-gara tak dapat tidur , aku memerah otak mencari idea untuk update entry yang seterusnya . Nampak macam aku ni gian nak meng'update' kan ? Memang pun -.-" . Lepas ni dah sibuk nak final , so time cuti ni je la aku boleh menyemakkan dashboard korang MWAHAHAHAHAHA .

Memandangkan dua hari lepas aku dah berjanji nak buat surat balasan untuk <<SURAT CINTA>> yang aku terima so inilah dia . Tapi aku tak larat la nak balas satu-satu so aku conclude kan jadi satu je okay .

QUIET / PENDIAM
- Majoriti classmate aku cakap sebelum ni aku seorang yang pendiam . Ada juga yang cakap sekarang pun aku masih lagi pendiam . okay macam ni la . Selain dari budak berempat tu , takde sesiapa pun tahu bahawasanya aku ni seorang yang gila-gila . Siapa budak berempat tu ? Oh ya mereka bestfriend aku :) Hanya mereka yang tahu perangai sebenar aku . Budak-budak lain tak pernah lagi nampak aku menangis macam mana , aku mencarut macam mana , aku gelak macam mana , aku bising macam mana . Yang diorang nampak , aku diam je . Orang lain gelak aku diam . macam orang takde perasaan gitu .
"Boleh tahan jugak kau ni Myra . nampak je pendiam , nampak je baik tapi kadang-kadang setan jugak perangai tuh" KEHKEHKEH . Setan aku setan yang tak nampak (>o<) . Jahat pulak ayat ni . Takpe la haha . So conclusionnya , hanya yang betul-betul rapat dengan aku je akan tau perangai sebenar aku . "Ingatkan pendiam rupa-rupanya boleh tahan jugak minah ni...."

WEIRD / PELIK
- Dalam ramai-ramai tu ada juga yang cakap aku ni pelik . Aku musykil sikit la tang mana yang peliknya kat aku ni ? Nak cakap aku tak makan nasi , makan je . Nak cakap aku cakap bahasa alien dalam kelas , tak pulak . So aku pun tak pasti la pelik macam mana yang dorang maksudkan . Agak-agak dorang pernah nampak aku makan buah jambu dengan asam ke eh ? Sebab kalau aku makan buah jambu asam memang pelik ! Ok ni cuma roommate aku je yang tahu . memang la makan buah jambu dengan asam tu tak pelik pun sebenarnya , tapi yang buat jadi pelik tu , aku punya nafsu kat rasa masam2 asam tu buat aku menjilat-jilat plastik buah tersebut . *ini bukan entry GELI-GELI* . Pelik yang teramat sangat sampai roommate aku terikut-ikut perangai tak semenggah aku ni . Aduhai . Rahsia yang bukan lagi rahsia . haha . Tapi selalunya orang pelik ni susah nak cari ganti . Auwwww .
CLEVER / SMART
- Tak sangka dorang akan cakap aku ni seorang yang pandai *tersipu-sipu ft blushing* . Yang ni tak nak komen banyak lah sebab aku tau aku memang pandai . haha gila perasan minah ni . No actually aku bukannya pandai mana pun . Cuma aku jadi aktif sikit kalau aku tau benda tu . Contohnya macam ni , dalam kelas , aku akan jadi agak hyper bila aku dah tau jawapannya atau pun aku dah tau apa benda yang lecturer tu ajar . So setiap kali lec tanya aku akan jawab . yelah , dah tau jawab lah apehal nak diam pulak kan . *Ooo pandai menjawab !* Hihi . So maybe benda macam ni buat classmate aku fikir "Oh pandai budak ni rupanya" , "dalam diam kepala otak dia berguna jugak" and macam-macam lagi . Tapi nak pandai kena ada usaha , dah usaha berdoa , dah berdoa tawakal pulak . Insyaallah . Yang penting belajar kena rajin *tapi aku ni pemalas je* . Aku akan rasa seronok bila aku mampu jawab soalan lecturer . Tapi aku akan rasa bodoh gila kalau tak dapat jawab walaupun soalan tu soalan peringkat Ph.D yang memang takde sape budak diploma yang boleh jawab pun . Bila kita mendahului orang lain dalam sesuatu perkara , tak dapat nak digambarkan macam mana perasaan kita waktu tu . Yang penting , aku rasa PUAS !


CHILDISH / KEANAK-ANAKKAN
-  Perangai aku yang ni hanya nampak di mata bestfriends aku je . rata-rata selain mereka berempat , takde satu pun yang cakap aku childish . So sifat tersembunyi aku ni hanya akan terdedah jika aku bersama dengan orang yang rapat dengan aku . Errr . Dan aku akui ini jugak lah punca yang selalu berbangkit kalau aku tanya "kenapa awak tinggalkan saya ?" Orang yang keanak-anakkan tu bukan bodoh tahu ? Dia tak bodoh untuk dipermainkan . Dan tak semua yang bersifat keanak-anakkan itu seperti kanak-kanak yang tak matang . Dia cuma kelihatan begitu kerana itu dirinya yang sebenar . :)


HARD HEADED / KERAS KEPALA
- keras ke ? Cuba hentak kat batu kasi tengok luka ke tak ? haha . No . That's not the point . Keras kepala yang dimaksudkan ialah tak pernah kisah apa yang orang cakap pasal aku . Sama ada cakap depan atau belakang . Yes , ini memang melambangkan aku . kau nak cakap negatif atau positif tentang diri aku itu hak kau . Senang je jawapan aku . kutuk ke mengumpat ke benda tu normal . Tapi aku pantang kalau dihina .
So bila ada yang buat hal dengan aku , memang aku akan buat kerasa kepala depan dia . Suka hati aku la . Hihihi . aku tau takde sape pun yang suka orang yang keras kepala . Tapi kadang-kadang keras kepala tu perlu (^_^) supaya orang tak pijak-pijak kita sesuka hati dia . faham ? *Jangan risau , aku baik orangnya :D* . Jangan tak tahu yang orang yang keras kepala ni pun ada kelebihannya :)


TOUCHING / CEPAT TERASA
- Baiklah . Bercakap mengenai touching ni , aku sendiri tak tau aku ni touching ke orangnya ? Tapi yela , kalau dah melampau-lampau memang aku touching . Cuma takde la touching sampai orang nak bagi penampar free tu . Hakhak :) This thing is normal right ? Jangan mintak aku berubah untuk part ni , sebab aku tak pandai menipu bila melibatkan hati dan perasaan ! *Kalau melibatkan benda lain pro jugak lah agagagaga*
CLUMSY / KELAM-KABUT
- kes terbaru , aku dah pecahkan cermin tingkap bilik aku kat UiTM tu dengan hanya menolak cermin tu masa nak tutup tingkap . Hebat jugak aku ni haha . Tolak je pecah . ekekeke . Time tu pulak aku dah terlambat nak pergi kelas . memang KK betul aku ni . Tergaris satu luka kat tapak tangan aku time tu . mula-mula tak perasan . Bila dah keluar bilik nak ke kelas menitik-nitik darah tu jatuh . haihh . Satu lagi parut menghiasi diri ini :) Kalau setakat terlanggar barang atau terjatuhkan barang kira ok lagi . Ni pegang barang pun boleh pecah aku tak tau la nak cakap . memang clumsy ! -.-"

UNFRIENDLY / FRIENDLY
- dua perkara terkait ni , pergi mana-mana pun orang akan pertikaikan . sorang cakap aku peramah , sorang cakap tak . Itu pendapat masing-masing la aku tak nak campur . agaknya yang cakap aku peramah tu sebab aku tak lokek ilmu kot .*blink-blink eyes* Dan yang cakap aku tak peramah tu pulak sebab aku jarang nak senyum kat orang .*sengih-sengih macam kerang wangiii* Aku malas betul kalau aku senyum kat seseorang tapi dia buat bodoh je . Since that aku berhati-hati kalau nak senyum pun . Tapi kalau jumpa orang tua ke , jiran bilik sebelah ke , lecturer ke , makcik pakcik cafe ke , aku takkan lokek untuk tersenyum :) Hihi . Lagi pun , senyum itu sedekah !



NICE
- Kalau tak silap aku nice ni bermaksud orang tersebut menyenangi kita , betul tak ? Bukan senang nak buat orang senang dengan kehadiran kita . Sebab tak semua orang suka kan kita . Jadi aku rasa amat-amat terharu bila ada classmate aku yang senang dengan kehadiran aku . Rasa agak dihargai pun ada jugak (>o<) . err walaupun mungkin sebenarnya dia tak tahu nak letak apa dan jadikan perkataan 'nice' tu sebagai penyelamat . hahax .*tangan ke bahu mata ke atas*

 

KIND / BAIK
- Baik ke aku ? Aku tak pernah terpikir langsung yang aku ni baik . Aku ada je mengumpat orang , mengutuk , dan yang paling teruk aku pernah membunuh . *bunuh nyamuk* Kalau nak kata aku suka tolong orang meniru dalam kelas pun kira baik jugak ke ? Hishhh sakit otak nak jawab .



LOVE SINGING / SUKA MENYANYI
- Obviously aku tau sape yang tulis aku suka menyanyi ni . sape lagi kalau bukan Shiekh yang comel dan baik hati . Since dia takde idea so dia tulis la yang aku suka menyanyi dan dia berharap one day I'll be a good singer . Singer menawan keluarga bahagiaaaa ... *rasa nak gelak guling-guling* Heishhh Sheikh ni nasib baik aku ni memang suka menyumbangkan suara . Tapi dengan Nia sekali dia cakap suka menyanyi tu dah kenapa ? Masalahnya nia tu nak bukak mulut dalam kelas kemain susah lagi . cuma bab jerit menjerit dia pro la . Nia memang sesuai jadi ahli pasukan sorak sebab bila dia bersorak aku yang kat sebelah dia kompem pekak . Hikhik . Ekceli aku memang suka menyanyi :) It's my passion . Cuma aku masih belum berani tunjuk bakat je mwahahahhaa . bakat ke ? *okay sila muntah* .

 

 ANNOYING / MENJENGKELKAN
- Argghhh aku paling menyampah dengan orang annoying ni and how come i can be just like them ? *PENGSANNNN*

 

Selamat pagi ^_^

Assalamualaikum .

Di pagi yang agak hening ni , masih ramai lagi ke yang belum tidur ? Dari tadi ada saja yang menegur aku kat kotak chat tu (^_^) terharu sangat . Bila aku tengok orang lain buat entry baru , takkan nak diam je ? Eh eh . Haha . BW sudah , tinggalkan tapak kaki sudah , komen pun sudah . Tapi aku masih rasa tak puas hati . kenapa erk ? Ouhhh aku tau ! Sebenarnya aku tak boleh duduk diam tengok orang lain sibuk update blog . Aku pun nak jugaaa ! haha muka tak malu memang macam ni (>o<) .

walaupun takde mende nak tulis sebenarnya , tapi atleast boleh menambahkan bahan bacaan untuk korang kan kan kan . mwahahaa . Takpelah . Di sini aku nak menepek satu gambar yang berjaya buat aku tersenyum sepanjang hari walaupun setelah kejadian pagi :) harap mampu buat korang tersenyum juga okay !


Nama diberi : Shrek .
Ibu yang melahirkan : Minah .
Ayah yang membuntingkan : Tak dapat dikenalpasti .
Kegemaran : Bergaduh lepas tu lari ketakutan .
Kejayaan Setakat Ini : Berjaya mencakar muka aku selepas geram diusik . Grrr ...
Kelebihan : Comel dan Garang .
Kekurangan : Terpaksa buat muka sedih @ kesian kalau nak makan . kesian awak ... kalau tak kami tak layan .*GelakJahat*
Cita-Cita : Nak awek satu .
Harapan : Semoga sentiasa comel dan semakin comel .

Sunday, 10 February 2013

Why Hurt A Girl Who Never Hurt You ...

Drafting pukul 7.30 AM .

Assalamualaikum .

Pagi ku dicemari dengan kata-kata hinaan dari seorang hamba ALLAH yang langsung aku tak kenal . Dugaan apa ini ? Kenapa dia menyakiti hatiku seolah-olah aku pernah menyakiti dirinya sebelum ini ? Aku terima teguran kalau itu yang dia maksudkan , tapi aku tak terima sebarang hinaan . Maaf . Mungkin kau rasa aku seorang perempuan yang mengada-ngada ? Tapi kisah apa aku ! lelaki seperti kau tak perlu aku kisahkan ! kekasaran dalam berkata mungkin boleh aku maafkan . Tapi penghinaan yang kau dakwa teguran itu sampai mati aku ingat ! jangan ingat aku seorang perempuan , maka aku akan diam bila dihina . kata-kata maaf kau tak sedikit pun bernilai di mata aku kerana hormat  ku pada kau dah jatuh menyembah bumi . Tinggal aku pijak-pijak lumat baru aku kembalikan perasaan hormat tersebut kepada kau . Tapi rasanya kau tak layak untuk dihormati walau sedikit , walau sebesar zarah sekalipun . untuk apa mengharapkan orang hormatkan engkau kalau engkau sendiri tak menghormati dia ? Aku pendendam orangnya . Sekali aku dihina , seribu kali aku akan menghina . Tapi itu bukan lagi cara ku . Aku takkan menjadi seperti kau . Tapi bukan bermakna aku mudah untuk memaafkan kau . Kemaafan yang kau sebut-sebutkan tu begitu jijik di pendengaranku . kejamkah aku ? Tidak . itu yang layak untuk kau . Seorang hamba ALLAH yang sombong bodoh . Teguran dalam hinaan kemudian tak mengaku . pengecut . Aku benci kau dan lelaki seperti kau . why hurt a girl who never hurt you ?


P/s: Maaf entry penuh emosi di pagi CNY . aku tak tahu mengapa sangat keras hati ni nak memaafkan orang . mama , bantu myra . semakin hari semakin kuat dugaan yang datang . kalau lah mama masih berada di sini , mungkin myra akan menjadi lebih kuat :(

Photo Contest : Aku dan Dia by Blog Paly

Assalamualaikum .

 

Sila << SENYUM >> kalau nak join . Abang paly muka serious sangat lah ! xD hehe jangan mara haaa gurauan semata-mata . Takpe abang jangan risau , muka saya kat bawah ni lagi macam nak mintak penampo ! HAHA xP .


Caption : This picture was taken on previous Saturday , 2nd FEB 2013 ! (having CENDOL at BANDA HILIR after spending time together at WONDERLAND) From left is Uniazatul Umbra Mohd Azam , next to her is Nanie Ahmad , besides her is Maheran Ali Amran , next is Me , Aishah Amira Abdul Rahim and the last girl on my right is Nurul Suhaila Mohd. Suhaimi . We are the five sisters who shared almost everything together at UiTM Alor Gajah , Melaka :) Korang jangan lupa tarikh 21 NOV 2011 ok ! Dah macam-macam kita lalui bersama kan . Pahit manis kelat payau masam semua ada . Everything went great even though there were always have arising problems that need us to be strong and cool towards each other and also towards the 'outsiders' (^_^) . No matter what , we are awesome . kan kan kan ? *Okay sila muntah*

Saturday, 9 February 2013

Jom Buat Surat Cinta !

- INI ENTRY BERGAMBAR -

Assalamualaikum .


Eh uolss . Uolss dah amik baucer buku tak ? Kalau belum amik la cepat-cepat sebab tarikh luput dia bulan 5 ni . Kang tak sempat nak shopping pulakk . RM250 banyak tu weh . Kau nak borong satu kedai buku tu pun mampu tau . Mampu ternganga je la tapi hakhak . So apa khabar korang hari ni ? Harapnya sihat sejahtera la ye . Aku alhamdulillah sihat . Terlebih sihat sebenarnya . Balik rumah ni mesti naik tak turun-turun berat badan aku ni . Aku dah agak da . Pagi tadi timbang , rasa nak pengsan . Baru balik sehari tu . kalau dah seminggu aku tak tau la nak cakap .


Takpe la , kalau sihat tu tandanya aku bahagiakan ? Hakhak . *Bahagia yang sementara cuma . Sebab cuti sekejap sangat lalala ...*

Okay baik la hari ni aku dedahkan pada korang semua tentang satu kebenaran siapa itu aku . Korang tak mungkin kenal aku seperti mana mereka kenal aku kan . Sebab tu aku nak share kat korang semua apa pendapat mereka tentang diri aku . Baik buruk pun aku terima dengan hati terbuka :) Korang boleh try buat surat cinta ni dengan classmate korang atau kawan-kawan korang . Benda ni awesome . Tapi jangan takut untuk jujur . Sebab kalau korang tak jujur tak guna la buat macam ni . And yeah , kami buat pun sebab it was an order from Sir Adi . Nampak tak . Sir Adi lagi .... Hahahha .

Cara-cara permainan :
  •          take a piece of paper , tak kisah la kertas kajang je kertas putih ke . Atau pun note pad korang yang comel2 tu pun boleh .
  •           cut it into small pieces according to the number of your classmate . kalau ada 30 orang , buat la 30 keping . kalau ada 10 orang , buat la 10 je . ramai-ramai lagi best .
  •         write the name of each of your classmate at each paper supaya senang korang nak tulis nanti . takde la tertukar orang pulak !
  •        next , korang kena tulis 3 benda tentang diri each of your classmate . 3 benda tu mesti la tentang diri mereka sebelum ni , sekarang dan akan datang . Faham tak ? means , kena ada past , present and in future . In future tu korang boleh tulis harapan korang untuk classmate korang tu . Apa yang korang nampak kat diri classmate korang tu la yang korang kena tulis . Ingat , kena jujur ! Negative ke positive ke tu tolak tepi . tu hak memasing nak tulis apa ok .
  •    Dah siap tulis ? suruh sorang untuk kutip . Jangan bagi sendiri . Biar surprise sikit . Kumpul sampai semua orang dapat kertas yang ada nama diorang . 
  •        Jangan baca dalam kelas tau . Balik bilik dulu , tenang kan hati dan perasaan , lepas tu nak tido malam tu korang baca la puas-puas haha . Kenapa aku suruh tenangkan hati dan perasaan ? Yela kita tak tau apa yang diorang tulis pasal kita . Jadi kena bersedia untuk segala kemungkinan ok !

Best kan ? Belum cuba belum tahu . kadang-kadang kita tak tahu macam mana kita masa dalam kelas . Kawan-kawan suka ke tak . Kawan-kawan boleh terima diri kita ke tak . So bila buat macam ni , automatik kita boleh tau apa pandangan mereka terhadap diri kita . Yang penting jangan gunakan emosi . Terima je semua tu dengan hati yang terbuka . Dia nak kata negative pasal kita , biar pi lantak dia la . Haha . Sebab aku pun ade je mengutuk orang dalam tu kehkeh . tu bukan mengutuk tapi memberitahu pandangan . tu je . 

So nak tahu tak apa yang mereka tulis pasal aku ?

AND THE STORY BEGINS ...
























Ha amacam ? Dah puas baca ? kehkehkeh . Sebenarnya aku nak tahu sangat siapa penulis misteri surat cinta yang terakhir tu . Sebab dia siap puji abang aku lagi . Amboi amboi , ada pape eh ? WaaKahhKahhKahh ~ :D . Aku tunjuk abang aku paper tu , abang aku pun ape lagi mula la tersengih-sengih macam hape . Adeiii . Hahahaha . Pemes gak abang aku ni sampaikan classmate aku sendiri tahu pasal dia . Yela dia kan perasan awesome (kata dia , bukan aku) . HaaHaaHaa .

Ok lah aku pun dah penat meng'edit' gambar-gambar ni . Esok lusa kalau korang terasa nak buat tu jangan lupa bagitau aku tau ! Sebab aku pun nak tau jugak apa pandangan orang lain terhadap diri korang . Boleh la kita berkenalan dengan lebih mendalam ekekeke . Motif ? Taktauuu . hahahhaa .

Nanti aku akan buat satu entry berkaitan entry ni . Tunggu tau .

Sekian ,
Wassalam :)

Cutiiiiiii !!!

Assalamualaikum .

yay akhirnya cuti jugak ! Masa yang ditunggu-tunggu muncul jua akhirnya . Nak balik dari UiTM tadi pun rasa seksa sangat hahahha . Pagi-pagi lagi bumi Lendu dibasahi hujan lebat . Maaf ya madam , kami skip kelas . walaupun kami sengaja tapi kami terpaksa tau . Takpe nanti kami siapkan resume semua tu ok ! Hihi .

Rasa lega gila bila aku sampai JB pukul 5 petang tadi . Perjalanan tu rasa jauh sangat sampai aku fikir JB tak bagi aku balik tau hahhaa . dah la aku sorang bas pukul 2 petang . budak-budak ni dah balik pukul 11.30 dengan 12.30 tadi . Tercongok la aku sorang-sorang kat Melaka Central sampai pukul 2 tu . Ape la nasib !!


Lepas tu kan , sepanjang perjalanan dalam bas tu rasa macam lama gila . Bila nak sampai . Bila nak nampak signboard masuk kiri untuk ke Skudai . Haishhh . Sandwich Chicken Floss and Mexico Bun dah habis aku telan sorang-sorang pun tak sampai-sampai lagi JB ni . Aku rasa macam makin jauh lagi ada la .

Nampak tak yang sebenarnya hati aku dah sampai kat rumah cuma jasad je masih berada di dalam bas tu haha . Kang kalau aku cakap jasad tanpa roh macam seram-seram sejuk pulak nak baca kan . kehkeh . Yang pasti , aku rasa tak sabar gila nak balik wehhh !!


Setelah 3 jam menempuh perjalanan yang memenatkan dan teramat la jauh (ececehhh...) , akhirnya aku sampai jua di Terminal Bas Larkin . Seronok wehh nampak bumbung terminal ni hahahhaha . Sampai jugak aku . Tu kalau nak balik kampung seronok la . Cuba kalau nak balik Melaka semula , memang rasa nak lari je dari menengok bumbung terminal ni . KahKahKah !

Okay memang kurang sopan bila aku gelak sebegitu . Takpe la korang try gelak guna version yang polite sikit okay . xD

Dah sampai Terminal , aku call baba pulak tak angkat-angkat . rupanya beliau tidur . Aku call abang baru dia angkat . Cepat-cepat aku suruh abang kejut baba to fetch me up at terminal . Tak sanggup lah nak lama-lama kat situ dengan perut yang lapar mcm tak makan setahun je gamaknya aku ni . Oh ya sebelum terlupa , chicken floss sandwich yang aku beli kat MC memang sedap .

Kalau korang pergi MC tu cuba la cari kedai yang jual sandwich . Dia tersorok sikit kat bahagian jualan tiket bas antara negeri tu . Kat stall dia ada macam-macam . Sandwich dia ada chicken floss my favourite , chicken ham , cheese , and ape tah lagi tapi semua sandwich dia ada salad . Sangat sedap ! Aku yang tak makan salad ni pun boleh menelan dengan rakusnya tau hahahha . Harga pulak memang ok . Satu RM2.20 je . Tapi kalau dah rasa , satu tu mana cukup heheh . Kat situ pun ada jual wafer , sweet corn , and air botol . Murah-murah je . Kalau setakat nak buat makan dalam bas tu memang takde hal la . Untuk memudahkan korang cari stall dia , cuba cari bank CIMB . Ha kalau dah jumpa dah dekat sangat la tu . Aku ni pelupa sikit . Setiap kali balik JB beli sandwich kat situ pun masih tak ingat nama stall dia haha .


Tapi mexico bun tu aku beli kat tempat lain tau . Jangan pulak korang cari mexico bun kat stall tu . Memang takkan jumpe la wehh . haha . kalau nak beli mexico bun tu pulak , senang je nak jumpa . Kat dalam MC tu ada satu-satunya Bakery dan dia berada di tengah-tengah bangunan . Senang sangat nak jumpa . Ha beli aje la kat situ kalau nak . Tapi ikut time jugak . Kadang-kadang dia lambat bake roti tu . Kadang-kadang cepat . agaknya dia bake cepat kalau dia tengok ramai customer hari tu . So harap bersabar la ye sebab aku pernah jugak nak beli dulu tapi dia tak bake lagi . Nak tunggu lambat sangat last-last tak beli pun .


So dipendekkan cerita , aku sampai pukul 5 , baba datang amik hampir-hampir pukul 7 petang . dah la petang-petang gitu bumi Johor dilanda hujan renyai-renyai yang kejap-kejap menjadi lebat . hehh . sekejap-sekejap aku pandang jam kat handphone kerek ni . baba tak sampai-sampai lagi . lambatnyaaa .

Aku tau jalan mesti jam nak mampus tu pasal la lambat gila baba sampai . ala tapi baba memang suka buat aku tertunggu-tunggu hahaha . Aku dah masak sangat dah . Jadi aku hanya akan menunggu kalau aku sanggup nak tunggu . Kalau tak aku naik je la bas sampai kat jalan besar dekat rumah aku and tunggu sesape amik aku kat situ . Tu kalau dah tak sabar nak balik sangat la . Kiranya aku masih mampu bersabar lagi hari ni hahaa .

Bila baba sampai , aku masuk dalam kereta and salam cium tangan ayahanda tercinta aku ni . Adik aku ikut sekali pulak . mentang-mentang dia sekolah pagi tahun ni . Kalau tak memang tak dapat la dia nak ikut amik aku haha . So itu je nak story untuk malam ni . Rasanya ni pun dah berjela-jela dah aku bercerita . Entah sape-sape la yang sudi baca kisah tak semenggah aku ni haha . Terima kasih yaa :)

Sekian , wassalam .

Friday, 8 February 2013

If I Die Tonight ... - during class -

Assalamualaikum ...


Okay . Sir Adi memang suka bagi tajuk dan suruh kitorang buat essay about the topic :) And today's topic is "If I Die Tonight" . *Kelas BEL yang sangat BEST*

IF I DIE TONIGHT

Everyone shall taste death . If you're asking what will I do if i die tonight , sharp at 12 midnight , it would be the last thing i wanna do in my life . For sure , it would be the scariest moment in your life as you know when is your time to go . And it is not easy to let go everything that u have in this world . your family , your friends , your love , your life . Generally , kalau tanya orang lain , of  course dorang akan cakap , aku nak spend time with families and friends for the last time . Aku pun tak terkecuali la . Obviously people will do that . Just imagine that  today is your last day with them , apa perasaan korang ? I would gaze their faces deeply because after this there will be no chance for me to look after them anymore . The faces that full of happiness , sadness , love and hatred , aku simpan dalam-dalam dalam hati aku sebab aku akan rindu wajah-wajah ini .

Next , aku nak tunaikan solat terakhir aku untuk hari itu secara berjemaah dengan keluarga aku . Rasanya dah lama aku tak berjemaah dengan baba , abang dan adik . I miss the moment when mama is there for us to 'kerah' us solat berjemaah . That time kami kecik lagi lah :) 

And here's the hard wishes to be fulfill . I would like to do my Haji & Umrah with the one I love . Surely family is at the first place . But , because of the time within left is not enough for me to do Haji & Umrah , I think I can only be dreaming about it . :'(

Not to forget to forgive and be forgiven . I hope people who know me can forgive all my mistakes whether it is intentionally and accidentally happen . I know I have done so much mistakes in my life from then until now . And I know it's hard to forgive people who hurt you badly . But sometimes , it happens for a reason . by the time is running faster than I thought , I can only hope all my mistakes are forgiven . Don't worry about whatever kind of mistakes that you had done to me , because I already forgive and forget about it . :)

By the way , sorry for the broken english from the beginning until the end . Hahaha aku main taram je . lantak lah . Buat sekadar untuk suka-suka je pun kan . Takpe Sir Adi boleh je simpan paper yang penuh dengan grammatically errors tu hahaha . Sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak buat kalau aku ditakdirkan untuk mati malam ni . yela aku ni belum kahwin , nak jugak rasa macam mana perasaan bergelar isteri orang kan ? hahaha . lepas tu nak ada anak sendiri . Cececehhh berangan kemainnnnnn .


Takpe la aku malas nak melalut dengan bahasa Inggeris yang macam mintak penampo tu . So better aku stop sebelum kena tampo ekekeke . mesti tension Sir Adi jadi lecturer aku kan . Takpe la aku rela kalau beliau nak coloring the paper with red ! HAHAHAHA .

Tapi Sir Adi won't know which paper is mine sebab aku tak tulis nama kehkehkeh . Time nak submit tu aku saje je jatuhkan kertas-kertas yang lain sampai Sir Adi tertunduk-tunduk tolong amikkan . So time tu la aku selitkan kertas essay aku wahahaha . Sorry sir , my bad :D lepas ni janji tak buat dah hahahaha .