Saturday, 9 February 2013

Cutiiiiiii !!!

Assalamualaikum .

yay akhirnya cuti jugak ! Masa yang ditunggu-tunggu muncul jua akhirnya . Nak balik dari UiTM tadi pun rasa seksa sangat hahahha . Pagi-pagi lagi bumi Lendu dibasahi hujan lebat . Maaf ya madam , kami skip kelas . walaupun kami sengaja tapi kami terpaksa tau . Takpe nanti kami siapkan resume semua tu ok ! Hihi .

Rasa lega gila bila aku sampai JB pukul 5 petang tadi . Perjalanan tu rasa jauh sangat sampai aku fikir JB tak bagi aku balik tau hahhaa . dah la aku sorang bas pukul 2 petang . budak-budak ni dah balik pukul 11.30 dengan 12.30 tadi . Tercongok la aku sorang-sorang kat Melaka Central sampai pukul 2 tu . Ape la nasib !!


Lepas tu kan , sepanjang perjalanan dalam bas tu rasa macam lama gila . Bila nak sampai . Bila nak nampak signboard masuk kiri untuk ke Skudai . Haishhh . Sandwich Chicken Floss and Mexico Bun dah habis aku telan sorang-sorang pun tak sampai-sampai lagi JB ni . Aku rasa macam makin jauh lagi ada la .

Nampak tak yang sebenarnya hati aku dah sampai kat rumah cuma jasad je masih berada di dalam bas tu haha . Kang kalau aku cakap jasad tanpa roh macam seram-seram sejuk pulak nak baca kan . kehkeh . Yang pasti , aku rasa tak sabar gila nak balik wehhh !!


Setelah 3 jam menempuh perjalanan yang memenatkan dan teramat la jauh (ececehhh...) , akhirnya aku sampai jua di Terminal Bas Larkin . Seronok wehh nampak bumbung terminal ni hahahhaha . Sampai jugak aku . Tu kalau nak balik kampung seronok la . Cuba kalau nak balik Melaka semula , memang rasa nak lari je dari menengok bumbung terminal ni . KahKahKah !

Okay memang kurang sopan bila aku gelak sebegitu . Takpe la korang try gelak guna version yang polite sikit okay . xD

Dah sampai Terminal , aku call baba pulak tak angkat-angkat . rupanya beliau tidur . Aku call abang baru dia angkat . Cepat-cepat aku suruh abang kejut baba to fetch me up at terminal . Tak sanggup lah nak lama-lama kat situ dengan perut yang lapar mcm tak makan setahun je gamaknya aku ni . Oh ya sebelum terlupa , chicken floss sandwich yang aku beli kat MC memang sedap .

Kalau korang pergi MC tu cuba la cari kedai yang jual sandwich . Dia tersorok sikit kat bahagian jualan tiket bas antara negeri tu . Kat stall dia ada macam-macam . Sandwich dia ada chicken floss my favourite , chicken ham , cheese , and ape tah lagi tapi semua sandwich dia ada salad . Sangat sedap ! Aku yang tak makan salad ni pun boleh menelan dengan rakusnya tau hahahha . Harga pulak memang ok . Satu RM2.20 je . Tapi kalau dah rasa , satu tu mana cukup heheh . Kat situ pun ada jual wafer , sweet corn , and air botol . Murah-murah je . Kalau setakat nak buat makan dalam bas tu memang takde hal la . Untuk memudahkan korang cari stall dia , cuba cari bank CIMB . Ha kalau dah jumpa dah dekat sangat la tu . Aku ni pelupa sikit . Setiap kali balik JB beli sandwich kat situ pun masih tak ingat nama stall dia haha .


Tapi mexico bun tu aku beli kat tempat lain tau . Jangan pulak korang cari mexico bun kat stall tu . Memang takkan jumpe la wehh . haha . kalau nak beli mexico bun tu pulak , senang je nak jumpa . Kat dalam MC tu ada satu-satunya Bakery dan dia berada di tengah-tengah bangunan . Senang sangat nak jumpa . Ha beli aje la kat situ kalau nak . Tapi ikut time jugak . Kadang-kadang dia lambat bake roti tu . Kadang-kadang cepat . agaknya dia bake cepat kalau dia tengok ramai customer hari tu . So harap bersabar la ye sebab aku pernah jugak nak beli dulu tapi dia tak bake lagi . Nak tunggu lambat sangat last-last tak beli pun .


So dipendekkan cerita , aku sampai pukul 5 , baba datang amik hampir-hampir pukul 7 petang . dah la petang-petang gitu bumi Johor dilanda hujan renyai-renyai yang kejap-kejap menjadi lebat . hehh . sekejap-sekejap aku pandang jam kat handphone kerek ni . baba tak sampai-sampai lagi . lambatnyaaa .

Aku tau jalan mesti jam nak mampus tu pasal la lambat gila baba sampai . ala tapi baba memang suka buat aku tertunggu-tunggu hahaha . Aku dah masak sangat dah . Jadi aku hanya akan menunggu kalau aku sanggup nak tunggu . Kalau tak aku naik je la bas sampai kat jalan besar dekat rumah aku and tunggu sesape amik aku kat situ . Tu kalau dah tak sabar nak balik sangat la . Kiranya aku masih mampu bersabar lagi hari ni hahaa .

Bila baba sampai , aku masuk dalam kereta and salam cium tangan ayahanda tercinta aku ni . Adik aku ikut sekali pulak . mentang-mentang dia sekolah pagi tahun ni . Kalau tak memang tak dapat la dia nak ikut amik aku haha . So itu je nak story untuk malam ni . Rasanya ni pun dah berjela-jela dah aku bercerita . Entah sape-sape la yang sudi baca kisah tak semenggah aku ni haha . Terima kasih yaa :)

Sekian , wassalam .

No comments: