Saturday, 9 February 2013

Jom Buat Surat Cinta !

- INI ENTRY BERGAMBAR -

Assalamualaikum .


Eh uolss . Uolss dah amik baucer buku tak ? Kalau belum amik la cepat-cepat sebab tarikh luput dia bulan 5 ni . Kang tak sempat nak shopping pulakk . RM250 banyak tu weh . Kau nak borong satu kedai buku tu pun mampu tau . Mampu ternganga je la tapi hakhak . So apa khabar korang hari ni ? Harapnya sihat sejahtera la ye . Aku alhamdulillah sihat . Terlebih sihat sebenarnya . Balik rumah ni mesti naik tak turun-turun berat badan aku ni . Aku dah agak da . Pagi tadi timbang , rasa nak pengsan . Baru balik sehari tu . kalau dah seminggu aku tak tau la nak cakap .


Takpe la , kalau sihat tu tandanya aku bahagiakan ? Hakhak . *Bahagia yang sementara cuma . Sebab cuti sekejap sangat lalala ...*

Okay baik la hari ni aku dedahkan pada korang semua tentang satu kebenaran siapa itu aku . Korang tak mungkin kenal aku seperti mana mereka kenal aku kan . Sebab tu aku nak share kat korang semua apa pendapat mereka tentang diri aku . Baik buruk pun aku terima dengan hati terbuka :) Korang boleh try buat surat cinta ni dengan classmate korang atau kawan-kawan korang . Benda ni awesome . Tapi jangan takut untuk jujur . Sebab kalau korang tak jujur tak guna la buat macam ni . And yeah , kami buat pun sebab it was an order from Sir Adi . Nampak tak . Sir Adi lagi .... Hahahha .

Cara-cara permainan :
  •          take a piece of paper , tak kisah la kertas kajang je kertas putih ke . Atau pun note pad korang yang comel2 tu pun boleh .
  •           cut it into small pieces according to the number of your classmate . kalau ada 30 orang , buat la 30 keping . kalau ada 10 orang , buat la 10 je . ramai-ramai lagi best .
  •         write the name of each of your classmate at each paper supaya senang korang nak tulis nanti . takde la tertukar orang pulak !
  •        next , korang kena tulis 3 benda tentang diri each of your classmate . 3 benda tu mesti la tentang diri mereka sebelum ni , sekarang dan akan datang . Faham tak ? means , kena ada past , present and in future . In future tu korang boleh tulis harapan korang untuk classmate korang tu . Apa yang korang nampak kat diri classmate korang tu la yang korang kena tulis . Ingat , kena jujur ! Negative ke positive ke tu tolak tepi . tu hak memasing nak tulis apa ok .
  •    Dah siap tulis ? suruh sorang untuk kutip . Jangan bagi sendiri . Biar surprise sikit . Kumpul sampai semua orang dapat kertas yang ada nama diorang . 
  •        Jangan baca dalam kelas tau . Balik bilik dulu , tenang kan hati dan perasaan , lepas tu nak tido malam tu korang baca la puas-puas haha . Kenapa aku suruh tenangkan hati dan perasaan ? Yela kita tak tau apa yang diorang tulis pasal kita . Jadi kena bersedia untuk segala kemungkinan ok !

Best kan ? Belum cuba belum tahu . kadang-kadang kita tak tahu macam mana kita masa dalam kelas . Kawan-kawan suka ke tak . Kawan-kawan boleh terima diri kita ke tak . So bila buat macam ni , automatik kita boleh tau apa pandangan mereka terhadap diri kita . Yang penting jangan gunakan emosi . Terima je semua tu dengan hati yang terbuka . Dia nak kata negative pasal kita , biar pi lantak dia la . Haha . Sebab aku pun ade je mengutuk orang dalam tu kehkeh . tu bukan mengutuk tapi memberitahu pandangan . tu je . 

So nak tahu tak apa yang mereka tulis pasal aku ?

AND THE STORY BEGINS ...
























Ha amacam ? Dah puas baca ? kehkehkeh . Sebenarnya aku nak tahu sangat siapa penulis misteri surat cinta yang terakhir tu . Sebab dia siap puji abang aku lagi . Amboi amboi , ada pape eh ? WaaKahhKahhKahh ~ :D . Aku tunjuk abang aku paper tu , abang aku pun ape lagi mula la tersengih-sengih macam hape . Adeiii . Hahahaha . Pemes gak abang aku ni sampaikan classmate aku sendiri tahu pasal dia . Yela dia kan perasan awesome (kata dia , bukan aku) . HaaHaaHaa .

Ok lah aku pun dah penat meng'edit' gambar-gambar ni . Esok lusa kalau korang terasa nak buat tu jangan lupa bagitau aku tau ! Sebab aku pun nak tau jugak apa pandangan orang lain terhadap diri korang . Boleh la kita berkenalan dengan lebih mendalam ekekeke . Motif ? Taktauuu . hahahhaa .

Nanti aku akan buat satu entry berkaitan entry ni . Tunggu tau .

Sekian ,
Wassalam :)

No comments: