Monday, 11 February 2013

The Reasons Why

Assalamualaikum

Ah gara-gara tak dapat tidur , aku memerah otak mencari idea untuk update entry yang seterusnya . Nampak macam aku ni gian nak meng'update' kan ? Memang pun -.-" . Lepas ni dah sibuk nak final , so time cuti ni je la aku boleh menyemakkan dashboard korang MWAHAHAHAHAHA .

Memandangkan dua hari lepas aku dah berjanji nak buat surat balasan untuk <<SURAT CINTA>> yang aku terima so inilah dia . Tapi aku tak larat la nak balas satu-satu so aku conclude kan jadi satu je okay .

QUIET / PENDIAM
- Majoriti classmate aku cakap sebelum ni aku seorang yang pendiam . Ada juga yang cakap sekarang pun aku masih lagi pendiam . okay macam ni la . Selain dari budak berempat tu , takde sesiapa pun tahu bahawasanya aku ni seorang yang gila-gila . Siapa budak berempat tu ? Oh ya mereka bestfriend aku :) Hanya mereka yang tahu perangai sebenar aku . Budak-budak lain tak pernah lagi nampak aku menangis macam mana , aku mencarut macam mana , aku gelak macam mana , aku bising macam mana . Yang diorang nampak , aku diam je . Orang lain gelak aku diam . macam orang takde perasaan gitu .
"Boleh tahan jugak kau ni Myra . nampak je pendiam , nampak je baik tapi kadang-kadang setan jugak perangai tuh" KEHKEHKEH . Setan aku setan yang tak nampak (>o<) . Jahat pulak ayat ni . Takpe la haha . So conclusionnya , hanya yang betul-betul rapat dengan aku je akan tau perangai sebenar aku . "Ingatkan pendiam rupa-rupanya boleh tahan jugak minah ni...."

WEIRD / PELIK
- Dalam ramai-ramai tu ada juga yang cakap aku ni pelik . Aku musykil sikit la tang mana yang peliknya kat aku ni ? Nak cakap aku tak makan nasi , makan je . Nak cakap aku cakap bahasa alien dalam kelas , tak pulak . So aku pun tak pasti la pelik macam mana yang dorang maksudkan . Agak-agak dorang pernah nampak aku makan buah jambu dengan asam ke eh ? Sebab kalau aku makan buah jambu asam memang pelik ! Ok ni cuma roommate aku je yang tahu . memang la makan buah jambu dengan asam tu tak pelik pun sebenarnya , tapi yang buat jadi pelik tu , aku punya nafsu kat rasa masam2 asam tu buat aku menjilat-jilat plastik buah tersebut . *ini bukan entry GELI-GELI* . Pelik yang teramat sangat sampai roommate aku terikut-ikut perangai tak semenggah aku ni . Aduhai . Rahsia yang bukan lagi rahsia . haha . Tapi selalunya orang pelik ni susah nak cari ganti . Auwwww .
CLEVER / SMART
- Tak sangka dorang akan cakap aku ni seorang yang pandai *tersipu-sipu ft blushing* . Yang ni tak nak komen banyak lah sebab aku tau aku memang pandai . haha gila perasan minah ni . No actually aku bukannya pandai mana pun . Cuma aku jadi aktif sikit kalau aku tau benda tu . Contohnya macam ni , dalam kelas , aku akan jadi agak hyper bila aku dah tau jawapannya atau pun aku dah tau apa benda yang lecturer tu ajar . So setiap kali lec tanya aku akan jawab . yelah , dah tau jawab lah apehal nak diam pulak kan . *Ooo pandai menjawab !* Hihi . So maybe benda macam ni buat classmate aku fikir "Oh pandai budak ni rupanya" , "dalam diam kepala otak dia berguna jugak" and macam-macam lagi . Tapi nak pandai kena ada usaha , dah usaha berdoa , dah berdoa tawakal pulak . Insyaallah . Yang penting belajar kena rajin *tapi aku ni pemalas je* . Aku akan rasa seronok bila aku mampu jawab soalan lecturer . Tapi aku akan rasa bodoh gila kalau tak dapat jawab walaupun soalan tu soalan peringkat Ph.D yang memang takde sape budak diploma yang boleh jawab pun . Bila kita mendahului orang lain dalam sesuatu perkara , tak dapat nak digambarkan macam mana perasaan kita waktu tu . Yang penting , aku rasa PUAS !


CHILDISH / KEANAK-ANAKKAN
-  Perangai aku yang ni hanya nampak di mata bestfriends aku je . rata-rata selain mereka berempat , takde satu pun yang cakap aku childish . So sifat tersembunyi aku ni hanya akan terdedah jika aku bersama dengan orang yang rapat dengan aku . Errr . Dan aku akui ini jugak lah punca yang selalu berbangkit kalau aku tanya "kenapa awak tinggalkan saya ?" Orang yang keanak-anakkan tu bukan bodoh tahu ? Dia tak bodoh untuk dipermainkan . Dan tak semua yang bersifat keanak-anakkan itu seperti kanak-kanak yang tak matang . Dia cuma kelihatan begitu kerana itu dirinya yang sebenar . :)


HARD HEADED / KERAS KEPALA
- keras ke ? Cuba hentak kat batu kasi tengok luka ke tak ? haha . No . That's not the point . Keras kepala yang dimaksudkan ialah tak pernah kisah apa yang orang cakap pasal aku . Sama ada cakap depan atau belakang . Yes , ini memang melambangkan aku . kau nak cakap negatif atau positif tentang diri aku itu hak kau . Senang je jawapan aku . kutuk ke mengumpat ke benda tu normal . Tapi aku pantang kalau dihina .
So bila ada yang buat hal dengan aku , memang aku akan buat kerasa kepala depan dia . Suka hati aku la . Hihihi . aku tau takde sape pun yang suka orang yang keras kepala . Tapi kadang-kadang keras kepala tu perlu (^_^) supaya orang tak pijak-pijak kita sesuka hati dia . faham ? *Jangan risau , aku baik orangnya :D* . Jangan tak tahu yang orang yang keras kepala ni pun ada kelebihannya :)


TOUCHING / CEPAT TERASA
- Baiklah . Bercakap mengenai touching ni , aku sendiri tak tau aku ni touching ke orangnya ? Tapi yela , kalau dah melampau-lampau memang aku touching . Cuma takde la touching sampai orang nak bagi penampar free tu . Hakhak :) This thing is normal right ? Jangan mintak aku berubah untuk part ni , sebab aku tak pandai menipu bila melibatkan hati dan perasaan ! *Kalau melibatkan benda lain pro jugak lah agagagaga*
CLUMSY / KELAM-KABUT
- kes terbaru , aku dah pecahkan cermin tingkap bilik aku kat UiTM tu dengan hanya menolak cermin tu masa nak tutup tingkap . Hebat jugak aku ni haha . Tolak je pecah . ekekeke . Time tu pulak aku dah terlambat nak pergi kelas . memang KK betul aku ni . Tergaris satu luka kat tapak tangan aku time tu . mula-mula tak perasan . Bila dah keluar bilik nak ke kelas menitik-nitik darah tu jatuh . haihh . Satu lagi parut menghiasi diri ini :) Kalau setakat terlanggar barang atau terjatuhkan barang kira ok lagi . Ni pegang barang pun boleh pecah aku tak tau la nak cakap . memang clumsy ! -.-"

UNFRIENDLY / FRIENDLY
- dua perkara terkait ni , pergi mana-mana pun orang akan pertikaikan . sorang cakap aku peramah , sorang cakap tak . Itu pendapat masing-masing la aku tak nak campur . agaknya yang cakap aku peramah tu sebab aku tak lokek ilmu kot .*blink-blink eyes* Dan yang cakap aku tak peramah tu pulak sebab aku jarang nak senyum kat orang .*sengih-sengih macam kerang wangiii* Aku malas betul kalau aku senyum kat seseorang tapi dia buat bodoh je . Since that aku berhati-hati kalau nak senyum pun . Tapi kalau jumpa orang tua ke , jiran bilik sebelah ke , lecturer ke , makcik pakcik cafe ke , aku takkan lokek untuk tersenyum :) Hihi . Lagi pun , senyum itu sedekah !



NICE
- Kalau tak silap aku nice ni bermaksud orang tersebut menyenangi kita , betul tak ? Bukan senang nak buat orang senang dengan kehadiran kita . Sebab tak semua orang suka kan kita . Jadi aku rasa amat-amat terharu bila ada classmate aku yang senang dengan kehadiran aku . Rasa agak dihargai pun ada jugak (>o<) . err walaupun mungkin sebenarnya dia tak tahu nak letak apa dan jadikan perkataan 'nice' tu sebagai penyelamat . hahax .*tangan ke bahu mata ke atas*

 

KIND / BAIK
- Baik ke aku ? Aku tak pernah terpikir langsung yang aku ni baik . Aku ada je mengumpat orang , mengutuk , dan yang paling teruk aku pernah membunuh . *bunuh nyamuk* Kalau nak kata aku suka tolong orang meniru dalam kelas pun kira baik jugak ke ? Hishhh sakit otak nak jawab .



LOVE SINGING / SUKA MENYANYI
- Obviously aku tau sape yang tulis aku suka menyanyi ni . sape lagi kalau bukan Shiekh yang comel dan baik hati . Since dia takde idea so dia tulis la yang aku suka menyanyi dan dia berharap one day I'll be a good singer . Singer menawan keluarga bahagiaaaa ... *rasa nak gelak guling-guling* Heishhh Sheikh ni nasib baik aku ni memang suka menyumbangkan suara . Tapi dengan Nia sekali dia cakap suka menyanyi tu dah kenapa ? Masalahnya nia tu nak bukak mulut dalam kelas kemain susah lagi . cuma bab jerit menjerit dia pro la . Nia memang sesuai jadi ahli pasukan sorak sebab bila dia bersorak aku yang kat sebelah dia kompem pekak . Hikhik . Ekceli aku memang suka menyanyi :) It's my passion . Cuma aku masih belum berani tunjuk bakat je mwahahahhaa . bakat ke ? *okay sila muntah* .

 

 ANNOYING / MENJENGKELKAN
- Argghhh aku paling menyampah dengan orang annoying ni and how come i can be just like them ? *PENGSANNNN*

 

2 comments:

ZWAN SABRI said...

Nanti jom kita pi RedBox.. menyanyi sampai lebam.. HAHA

AishaMyra said...

@ZWAN SABRI : boleh aje :D tapi takut Zwan yang lebam dulu . Jangan lupe bawak first aid okay . MWAHAHA xD