Wednesday, 20 March 2013

Adobe Photoshop | 1st Time

Assalamualaikum .

Ehem ehem ! Quick update before masuk kelas mandarin 15 minit lagi . Lepas ni ada oral mandarin , wish me luck okaii ?? :)


Cuma nak mintak pandangan korang tentang gambar kat atas ni . 
Okay abaikan muka aku 

First time aku cuba edit gambar guna Adobe Photoshop CS5 :)
Korang nak try jugak ? 
Google lah tutorial edit gambar using Photshop okaii !!
Hehe malas nak membebel panjang-panjang .
Got to go now ~

Monday, 18 March 2013

Dah Berwajah Baru

Assalamualaikum .

Memandangkan aku baru je bertukar template ( picture window - denim ) maka dengan itu aku rasa aku perlu menukar wajah blog aku ni hehe . Sorry ya kalau baru-baru ni blog aku nampak serabut sikit . Biasalah , tak biasa lagi dengan coding template denim ni . Hope korang jangan bosan yerr bila tengok blog ni asyik bertukar-tukar segala bagai haha . Masih dalam proses lagi :)

Sebenarnya dah berhari-hari aku cuba buat sendiri header blog bersambung dengan content blog . Tapi asyik tak menjadi jer padahal header aku dah sama size dengan content blog dah rasanya . Punya lah penat asyik buat header setiap kali online sebab aku pikir ada masalah kat header aku . Baru hari ni aku tau kenapa :D . Rupa-rupanya aku terlepas pandang dekat coding dan jugak configure header hehe . Yennadeyyy !!

Tapi takpe lah . At least aku dah buat macam-macam header untuk blog aku ni haha lepas ni boleh lah bertukar ganti header . Auww buang tebiat agaknye nak bertukar ganti header setiap masa heheh . Okay gurau jeee . Jangan percaya sangat cakap aku ni . Nampak sangat excited habis lepas berjaya menyambungkan header dengan content dengan jayanya haha . Ecehh . Orang lain dah berzaman pandai benda alah ni . Aku je ketinggalan zaman sikit .

So inilah header terbaru aku :


dan inilah hasilnya :


Header lama :

And one more thing ! First time aku try buat footer sendiri . 
Agak lari tema sikit sebab tiba-tiba ada color orange dengan pink haha . 


Dan ini hasilnya :


Ok tak ? Heee .
Mood : sukahati 

Tuesday, 12 March 2013

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Anugerah Dekan









Sebenarnya bukan gambar-gambar 'sekitar majlis anugerah dekan' tapi lebih kepada gambar-gambar 'pelajar BM111 (3D) yang menerima anugerah dekan' . kehkehkeh . Gambar kitorang je lebih . 

Ekin - Nanie - Naqi - Zul - Ijat - Myra (aku)

Sebenarnya ada lapan orang dari kelas aku yang dapat Dean's List ni . Tapi lagi dua orang tak datang , tak tahu la kenapa ? :)

Harap-harap sem ni dapat DL lagi . Bbasya ! You Can Do It Myra !

Alhamdulillah Dah Berakhir Pun

Assalamualaikum

Akhirnya berakhir sudah Majlis Anugerah Dekan UiTM Alor Gajah tepat pukul 12 PM tadi . Aku kepenatan sebab kena bangun sepagi itu ("-___-) . Baba call aku pukul 7 AM lebih untuk bangunkan aku . Aku pikir baba baru je call . Rupanya bila letak je panggilan , keluar 25 miss called dari beliau hahahhaa . agaknya baba betul-betul call aku pukul 6.30 AM heee sebab semalam aku pesan kat baba kejut aku bangun awal pagi . Takut terlajak . Well , your daughter will never change right ? :D

lepas tu aku boleh pulak tertidur balik ! Serious hampeh ! Lebih kurang 10 minit lepas tu phone aku memekak lagi . Kali ni Nanie pulak yang call . "Bangunnn...." Dia cakap . (-___-") . Ouh . Dia kejut aku bangun ke dia suruh aku tidur balik sebenarnya ? Dengan suara yang antara dengar dan tak , dia berusaha mengejutkan aku . Ecehhhh . tu pun nasib baik aku betul-betul bangun sebab terkejut tengok tiba-tiba nama dia keluar kat phone . Aku lompat terus dari katil double decker aku lepas dapat kejutan dari Nanie , terpandang jam atas meja dah 7.20 , tangan aku sepantas kilat menyambar hanger tuala kat tempat penyidai tepi dinding , tangan sebelah lagi menyambar bakul mandi . Lintang pukang kaki aku lari masuk toilet .

Agak-agak dah basah 1 badan , aku pun keluar . Terus sarung baju kurung kat badan . hahaha . Tak pernah oiii aku kelam-kabut macam ni . Tengok jam dah pukul 7.45 . Dengan tudung tak bergosok . Nak nak pulak baju kurung aku ni takde yang matching dengan tudung yang aku ada . Terpaksa pinjam tudung Ekin , roommate aku yang sopan santun teramat-amat tu untuk matching color dengan baju . Dah siap , aku call Nanie , dia tengah mandi lagi . Aku terus jalan sampai ke jambatan gantung yang bergoyang luar biasa kalau student naik beramai-ramai tu . 7.55 tepat aku sampai situ dan tunggu dia macam patung cendana .

part ni yang buat aku geram sampai rasa nak terjun dalam tasik TTF tuh tahu ! Aku punya la kelam-kabut bersiap cepat , si Nanie boleh berlenggang kangkung lagi . Pukul 8 aku call dia belum habis mandi ! Semalam dia jugak cakap kat aku jangan lambat ! GGGGRRRRR ! Janji manusia pulak ! haihhh . Sementara menunggu makcik ni bersiap , aku perhatikan orang lalu-lalang . Ramai juga rupanya yang nak ke Dewan Bendahara . Masing-masing dress style habis . Walaupun pakai baju kurung , tapi tak tengok lagi cara dia orang bergaya dengan tudung dan kasut macam mana . kalau yang lelaki , uuuuuuu hensem siot ! Dengan seluar slack dia , kot , kasut hitam berkilat , bertali leher . Okay okay . Senang cakap , smart lah . ada jugak yang berbaju melayu \(^_^)/ .

Sekejap-sekejap aku pandang cara aku dressing . err biasa je . Macam ke kelas . Takde pun nak cantik-cantik cam dorang . Tiba-tiba rasa rendah diri . Dan sekali lagi aku rasa nak terjun dalam tasik sebab gara-gara tak nak ditinggalkan makcik tu lah aku kelam-kabut bersiap . kalau bukan sebab nak cepat , aku memang nak guna selendang . Tapi dah lambat nak buat macam mana kan .

Pukul 8.20 baru lah makcik ni muncul . Aku sendiri dah berkira-kira nak tinggalkan aje dia kalau pukul 8.21 dia tak sampai-sampai lagi . Huahuahua .haishh penat jugak nak ulang tayang cerita pagi tadi dalam otak untuk diceritakan balik dalam blog ni . sorry kalau story panjang sangat ! next entry aku share gambar-gambar kitorang okay :)





Monday, 11 March 2013

Esok Hari Penting

Assalamualaikum

Sorry sekarang ni aku busy dengan study and busy update dekat blog baru :)

Klik ---------> SINI & support my new blog please !


So dengar cerita budak-budak ni , esok akan berlangsung satu majlis Anugerah Dekan dekat Dewan Bendahara UiTM Alor Gajah , Melaka . Fuhh detail aku bagi . Ha Nanie cakap kat aku , esok kena bangun awal ! Sebelum pukul 8.00 AM dah kena ada dekat sana . Haiyooooo . Awal gila . Selalunya kelas start pun pukul 8.30 and tu pun selalu lambat !!!

Nanie warning aku , kalau kau lambat aku tinggal !

Hehh macam tau-tau je tabiat aku suka bangun lambat pergi kelas ? Hahahaha . Tapi kan tapi kan , tiba-tiba rasa excited tak sabar nak tunggu esok sebab aku dah lama tak jalan atas pentas ala-ala model ni . Wakakaka ! Fuhh . Walaupun sebenarnya pointer aku sem lepas hanya cukup-cukup makan dapat DL , tapi ada terselit rasa bangga jugak la sebab akhirnya aku berjaya buktikan pada semua yang aku mampu capai tahap yang bagi aku , agak jauh dari kemampuan aku .

So kepada adik-adik semua , belajar rajin-rajin okay ! Tak kisah la korang dapat Dean's List ke , Principle's List ke , yang penting korang kena buktikan kemampuan korang tu . (bajet pandai sangat aku ni) . Okay laa . Doakan aku semoga esok semuanya berjalan lancar . ^_^

Dan semoga aku dapat bangun awal daripada biasa -___-" . Kalau aku dapat bangun awal maknanya aku berjaya buktikan yang aku mampu ! Haha okay fine . Takde motif pun cakap macam tu .

Thursday, 7 March 2013

Freebies : Menu Tab Image

Assalamualaikum .

Hai hai geng ! Salam maghrib untuk semua :) Quick update sebelum aku ke masjid (malam ni ada bacaan yasin & solat hajat sebab nak final ^_^) , aku nak post dulu freebies untuk korang . New Tab ni sangat simple so jangan kutuk !!! :D






So amik la kalau korang berkenan okay ? Don't be shy ! Aku memang buat untuk korang pun . Kehkeh . Okay lah got to go now . Anything just ask me okay ?? Papaii !

Wednesday, 6 March 2013

♥‿♥ Aku , Kau & Persahabatan ♥‿♥


Assalamualaikum .

Tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia

Ops ! Aku rasa lirik lagu ni amat sesuai dengan perasaan blog aku sekarang . Ulang suara ! Perasaan blog ya , bukan perasaan aku . Apa ? Blog takde perasaan ? Eh ni blog aku , aku tau la dia ada perasaan ke tak ! Muahahahaha ! Once aku kata , dia ada perasaan , assume that dia memang betul-betul ada perasaan okay ? Jangan melawan . kehkeh .

Ya sebenarnya aku takde niat nak menduakan blog aku ni . Tapi keadaan yang memaksa . oh yes , AKU LAH MANGSA KEADAAN ITU . Tapi jauh di sudut hati , aku rela jadi mangsa sebenarnya . Nak tau kenapa ? Sebab aku yang cipta keadaan itu ! Ahh dah macam baca blog sasterawan negara lah pulak . Okay straight to the point je lah . Aku dah wujudkan satu lagi blog . Okay to my dearest blog , jangan touching , tahu ? Blog lagi satu tu dicipta sebagai tanda persahabatan aku dengan seseorang . Tapi awak dicipta tanda saya cintakan dunia blogging , faham ? So yeah , aku ada dua blog sekarang and I am happy with that .


So uolsss dijemput hadir untuk memeriahkan blog baru aii . Sila laaaa jangan malu-malu jangan segan-segan . Jom fly ~



Ouh one second please ! Blog tersebut is under construction so belum cantik and cute [ecehhh] . Entry pun baru ciput . Setakat ni belum ada yang menarik but once blog tu dah siap , kitorang akan update macam-macam ! So jangan lupa follow okay ? :D