Tuesday, 12 March 2013

Alhamdulillah Dah Berakhir Pun

Assalamualaikum

Akhirnya berakhir sudah Majlis Anugerah Dekan UiTM Alor Gajah tepat pukul 12 PM tadi . Aku kepenatan sebab kena bangun sepagi itu ("-___-) . Baba call aku pukul 7 AM lebih untuk bangunkan aku . Aku pikir baba baru je call . Rupanya bila letak je panggilan , keluar 25 miss called dari beliau hahahhaa . agaknya baba betul-betul call aku pukul 6.30 AM heee sebab semalam aku pesan kat baba kejut aku bangun awal pagi . Takut terlajak . Well , your daughter will never change right ? :D

lepas tu aku boleh pulak tertidur balik ! Serious hampeh ! Lebih kurang 10 minit lepas tu phone aku memekak lagi . Kali ni Nanie pulak yang call . "Bangunnn...." Dia cakap . (-___-") . Ouh . Dia kejut aku bangun ke dia suruh aku tidur balik sebenarnya ? Dengan suara yang antara dengar dan tak , dia berusaha mengejutkan aku . Ecehhhh . tu pun nasib baik aku betul-betul bangun sebab terkejut tengok tiba-tiba nama dia keluar kat phone . Aku lompat terus dari katil double decker aku lepas dapat kejutan dari Nanie , terpandang jam atas meja dah 7.20 , tangan aku sepantas kilat menyambar hanger tuala kat tempat penyidai tepi dinding , tangan sebelah lagi menyambar bakul mandi . Lintang pukang kaki aku lari masuk toilet .

Agak-agak dah basah 1 badan , aku pun keluar . Terus sarung baju kurung kat badan . hahaha . Tak pernah oiii aku kelam-kabut macam ni . Tengok jam dah pukul 7.45 . Dengan tudung tak bergosok . Nak nak pulak baju kurung aku ni takde yang matching dengan tudung yang aku ada . Terpaksa pinjam tudung Ekin , roommate aku yang sopan santun teramat-amat tu untuk matching color dengan baju . Dah siap , aku call Nanie , dia tengah mandi lagi . Aku terus jalan sampai ke jambatan gantung yang bergoyang luar biasa kalau student naik beramai-ramai tu . 7.55 tepat aku sampai situ dan tunggu dia macam patung cendana .

part ni yang buat aku geram sampai rasa nak terjun dalam tasik TTF tuh tahu ! Aku punya la kelam-kabut bersiap cepat , si Nanie boleh berlenggang kangkung lagi . Pukul 8 aku call dia belum habis mandi ! Semalam dia jugak cakap kat aku jangan lambat ! GGGGRRRRR ! Janji manusia pulak ! haihhh . Sementara menunggu makcik ni bersiap , aku perhatikan orang lalu-lalang . Ramai juga rupanya yang nak ke Dewan Bendahara . Masing-masing dress style habis . Walaupun pakai baju kurung , tapi tak tengok lagi cara dia orang bergaya dengan tudung dan kasut macam mana . kalau yang lelaki , uuuuuuu hensem siot ! Dengan seluar slack dia , kot , kasut hitam berkilat , bertali leher . Okay okay . Senang cakap , smart lah . ada jugak yang berbaju melayu \(^_^)/ .

Sekejap-sekejap aku pandang cara aku dressing . err biasa je . Macam ke kelas . Takde pun nak cantik-cantik cam dorang . Tiba-tiba rasa rendah diri . Dan sekali lagi aku rasa nak terjun dalam tasik sebab gara-gara tak nak ditinggalkan makcik tu lah aku kelam-kabut bersiap . kalau bukan sebab nak cepat , aku memang nak guna selendang . Tapi dah lambat nak buat macam mana kan .

Pukul 8.20 baru lah makcik ni muncul . Aku sendiri dah berkira-kira nak tinggalkan aje dia kalau pukul 8.21 dia tak sampai-sampai lagi . Huahuahua .haishh penat jugak nak ulang tayang cerita pagi tadi dalam otak untuk diceritakan balik dalam blog ni . sorry kalau story panjang sangat ! next entry aku share gambar-gambar kitorang okay :)