Tuesday, 2 April 2013

Adobe Photoshop | Coloring Effect

Assalamualaikum .

Pagi tadi aku dah pun berjaya menjawab soalan peperiksaan untuk subjek CTU241 . 
Alahhh gua goreng je paper tu . Soalan kacang tanah je tengok .
Bila soalan kacang tanah paper tu pulak kena goreng , sah-sah kacang goreng jadinya .
Errrr .. Okay melalut !

Dengan perasaan gembira kerana aku berjaya menjawab soalan tersebut tanpa perlu memecahkan kepala otak , maka aku rasa aku patut meraikannya dengan meng'edit' gambar aku sendiri dengan menggunakan Adobe Photoshop CS5 . Cehh ! Ada kena-mengena ke ?

Kali ni aku cuba buat tambah effect warna pada gambar . Tak susah pun step dia kali ni sebab aku cuma perlu ulang benda yang sama beberapa kali . Tu je . Jom tengok hasilya .

SEBELUM
SELEPAS
Ni picture lama aku . Al-maklum lah nak tangkap gambar sendiri sekarang ni memang malas so aku amik je gambar lama kat FB muahaha . Amacam okay tak ? Banyak lagi nak kena explore ni . Rasa seronok pulak menggode function dia kat dalam tu . Jangan jeles okay . Haha .

Favorite :)

Meh komen ! Nak tau jugak pendapat korang , korang dan korang . Sebelum ni aku ada juga edit gambar dan gambar tu sekarang aku jadikan timeline cover kononnya bosan la guna timeline cover lain , nak jugak buat sendiri . Haha . Bila aku yang buat memang sah-sah lah muka aku terpampang kat situ kan . Sekali lagi jangan jeles . Ohh . Ya memang macam mintak penampo je . Entah siapa lah nak jeles dengan hasil kerja buruk seperti ini . Tekan sini kalau nak tengok .

Takde sape nak ajar korang guna PS ? Jangan risau , pakcik Google sedia membantu ! Google je laa ! Lalalala .

No comments: