Thursday, 11 April 2013

Here's To The Past | Part 1

- Ini entry jiwa jiwa -

Assalamualaikum .


Bismillahirrahmanirrahim . Hari ni aku nak story pasal dia . Tapi jujur , aku tak tahu nak mulakan dari mana . Aku confuse dengan segala-galanya . Confuse dengan diri aku , perasaan aku , keadaan yang berlaku dan macam-macam lagi . Aku baru je balik JB Selasa lepas . Tapi semalam aku dah jumpa dia . Yes aku jumpa dia . Tak sangka kan . 


Ingat tak on my birthday hari tu , aku post pasal benda ni . So the day after Ude bagitau aku pasal dia , aku terus call Ude nak dengar dari mulut dia sendiri . And masa aku call Ude tu la , tiba-tiba Ude bagi phone dia kat someone . Yup , someone yang aku tak harap untuk dengar suara dia masa tu sebab aku tak bersedia . Tapi nak tak nak , aku bercakap jugak dengan dia . Dia tanya aku kat mana ? Dia nak datang jumpa aku sebab ada benda yang dia nak bagitau aku . Penting sangat sebab tu tak boleh bagitau through the phone . Aku pulak cakap , aku tak nak jumpa dia . Sebab aku benci dia . Keadaan senyap untuk beberapa minit sebelum aku dengar dia tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan seolah-olah apa yang dia dengar tu merupakan hukuman mati untuk dia . Aku diam . Aku sedih ... Dah lama tak dengar suara dia ...


Then aku suruh dia bagi phone kat Ude balik . Aku marah Ude . Kenapa bagi phone kat dia ? Aku tak bersedia . Jantung aku macam nak tercabut . Because when I hear his voice , my heart beats fast . Hampir dua tahun aku cuba melupakan dia dan tiba-tiba dia muncul balik . Then Ude mintak maaf . Ude cakap dia yang nak sangat cakap dan dengar suara aku . Aku diam lagi . 


Lepas peristiwa tu , berhari-hari aku cuba lupakan suara dia , lupakan dia . Aku tak nak tewas sekali lagi . Cukuplah dulu aku menangis kerana dia . Cukuplah . Aku tak nak penderitaan yang terpaksa aku telan semata-mata untuk mencintai dia kembali menghantui hidup aku . Aku berusaha keras untuk lupakan dia . Tapi bila sampai JB , aku seolah-olah hilang pertimbangan . Dia ada kat JB , aku pulak baru sampai JB . Tiba-tiba hati aku tergerak nak contact dia . Bur I don't have his number . So aku mintak kat Ude . Tapi Ude macam nak tak nak je bagi kat aku . Aku cakap kat Ude , kalau kau tak nak bagi cakap je la aku tak paksa pun . Aku cuma nak tau sangat apa benda penting yang dia nak bagitau aku tu je .


Esok pagi Ude mesej aku nombor dia . Aku berdebar-debar bila dah ada nombor dia . Nak contact ke tak ? Serba salah jadinya . Last-last , aku type satu perkataan , "Dom eh ?" . Dah type aku tak tahu nak send ke tak . Aku pejam mata . Jari aku terus tekan-tekan keypad hand phone . Sedar-sedar je aku dah sent kat dia . Haha . Beraninya aku . rasa nak pengsan pun ada jugak . Bukan ke aku benci dia ? Tapi takpe la , aku berhak untuk tahu segala-galanya yang perlu aku tahu , kan ? So aku tunggu dia reply . Tapi dia tak reply .


Aku pun cakap kat diri sendiri , takpe lah . Maybe takde apa yang dia nak cakap sebenarnya . Maybe dia cuma buat kerja bodoh , saja-saja nak jumpa aku . So aku pun padam nombor dia . Tak nak berharap lagi .  Tapi tiba-tiba malam tu dia call aku . 

"Assalamualaikum . Who's this ?" dia tanya aku ...

Aku jawab , "Waalaikumusalam . It's me ."

Aku saja tak nak bagitau nama aku . Just nak tengok sejauh mana dia kata dia tak pernah lupakan aku . Lepas tu aku dengar dia cakap , "Oh hai . It has been a long time right ?"

Then kami sembang-sembang tapi tak lama . Just sempat tanya khabar je . Tiba-tiba line terputus . Aku pandang hand phone aku lama . Macam tak percaya yang aku berbual dengan dia ? Bukan ke aku benci dia ? Haihh bingung dengan perasaan sendiri !

Tak lama lepas tu dia call balik . Kali ni dia cakap , dia nak jumpa aku malam tu jugak sebab esok dia dah takde . Aku terkejut . Nak jumpa dia ? Memang tak lah kan . Aku takut aku tak dapat nak kawal perasaan aku bila jumpa dia lagi . Aku takut aku lupakan macam tu je apa yang dia dah buat kat aku selama ni bila aku jumpa dia . Hmmm .

Tapi tu la . Setiap kali hati aku dah buat keputusan , minda aku selalu tak sehaluan . Aku akan buat sebaliknya . Tau-tau je aku dah drive ke sana . Kenapa dengan aku eh ? Seolah-olah tak tetap pendirian . aku pun tak faham la . Yang aku tau , dia mampu buat aku jadi serba tak kena . Hanya dia yang mampu buat aku jadi macam ni . :|

Nak tau ke apa yang berlaku bila aku jumpa dia ? Nanti aku sambung dalam part 2 ok . 

No comments: