Monday, 1 April 2013

Ingat *** Lagi Tak ?

Assalamualaikum .


Nak story pasal someone .
Aku tak tau nak gembira atau sedih bila dapat berita ni .
Baru tadi member aku IM kat facebook cakap dia kembali .
Kembali ala-ala nak cari aku balik la kononnya .
Hmmm ...










Kenapa ya dia cari aku balik ?
Dah 2 tahun berlalu .
Dah 2 tahun aku cuba melupakan dia .
Tiba-tiba dia kembali ?
Sebenarnya aku bukan marah biasa-biasa dengan dia .
Istilah yang tepat untuk gambarkan perasaan aku pada dia sekarang ni , aku benci dia .
Benci sangat-sangat .
Susah sangat nak lupakan apa yang dia dah buat kat aku .
Aku rasa aku hampir berjaya lupakan dia ( bukan lupakan kesakitan yang dia pernah bagi dulu ) sampailah ude IM aku and bagitau semua ni .
Aku takut dia cari aku semata-mata untuk ulangi semua masa lalu kami .
Dari yang manis sampai lah yang pahit dan payau tahap kritikal .
Kalau lah dia stalk blog aku ni ( mana lah tau kan kan kan ) , aku harap dia faham kenapa .
Aku harap dia sedar & tak lupa kenapa aku benci dia .

Ya Allah , jauhkanlah dia dari hamba sekiranya kehadirannya kali ini hanya untuk mengulangi kesilapan masa lalu kami . Kesilapan dia yang menyakiti hamba dan kesilapan hamba yang mempercayainya . Tetapi sekiranya kehadirannya kali ini adalah sebahagian dari perancangan-Mu untuk kebaikkan hamba , maka hamba redha . Kuat kan hati ini ya Allah . Sesungguhnya hanya kepada Engkau lah tempat hamba meminta pertolongan dan perlindungan . Amin . 

No comments: