Monday, 1 April 2013

It's My Birthday !

Assalamualaikum .

Selamat hari jadi . 
Selamat hari jadi . 
Selamat hari jadi . 
Selamat hari jadi .

Haha nyanyi lagu selamat hari jadi untuk diri sendiri . 
Kau hado ?

01 - 04 - 13
Huhu . Setahun lagi usia aku bertambah .
Rasa makin tua ? Oh tidak . Aku rasa makin muda sebenarnya .
Hari ni genap lah usia aku 20 tahun .
Bermula lah kehidupan di usia awal 20-an .
Hehe . Happy Birthday to me !

Esok ada paper tapi aku langsung tak dapat memahami apa yang aku baca dari semalam .
Maka jalan terbaik ialah tutup buku dan mula nyanyi lagu selamat hari jadi sorang-sorang .
Aku tak pernah sambut hari jadi sorang-sorang . At least , my family were always there for me :)
Tapi tahun ni aku sambut dengan roommate je . Sebab bulan 4 jatuh pada masa aku sedang bergelut dengan kertas peperiksaan . Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku , dapat aku merasa nikmat ni sekali lagi .
Syukur ya Allah .

Terima kasih untuk setiap nafas yang masih dapat aku hirup sehingga ke hari ini .
Terima kasih untuk setiap penat lelah arwah mama , baba dan keluarga aku dalam mendidik aku menjadi insan yang berguna dan berjaya . Terima kasih untuk setiap airmata yang keluarga & rakan-rakan aku tumpahkan untuk diri ini . Terima kasih untuk setiap senyuman yang mewarnai hari-hari aku selama ni . Terima kasih untuk setiap kesedihan dan kesakitan yang diberi kerana tanpa nya aku tak akan menghargai setiap detik terindah dalam hidup ini . Terima kasih untuk setiap pertolongan dan nasihat untuk memimpin dan memandu aku ke jalan Allah . Terima kasih untuk setiap kata-kata makian dan amarah kalian kerana berjaya menyedarkan aku siapa diri ini . Terima kasih untuk setiap kata-kata semangat yang selalunya dapat meniupkan sedikit harapan di hati ini walaupun aku sedar ianya mustahil untuk dikecapi . Terima kasih untuk setiap saat-saat manis yang kita kongsi bersama . Terima kasih kerana sudi jatuh dan bangun bersama-sama aku dikala orang lain memandangkan hina atas kesilapan aku dulu . Terima kasih untuk kasih sayang yang kalian beri kepada ku . Terima kasih untuk cinta yang tak pernah pudar untuk diri ku . Terima kasih untuk benci di hatimu buat ku . Terima kasih . 

*Tiba-tiba rasa nak menangis baca ucapan diri sendiri .


Hanya Allah je yang mampu membalas setiap pengorbanan , kesusahan , kegembiraan , pertolongan , dan kasih sayang korang untuk aku . Aku bersyukur dikurniakan keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan sentiasa berada di sisi walaupun adakalanya aku lebih suka menyendiri sehingga menimbulkan perasaan sedih di hati kalian . Maafkan diri ini . Aku tak sempurna . Aku tak baik . Tapi aku akan berusaha untuk jadi yang terbaik dalam hidup kalian . Hadiah ? Aku tak nak hadiah . Aku cuma nak hubungan kita mendapat keredhaan Allah SWT . Hubungan kekeluargaan , persahabatan mahu pun cinta kasih .
InsyaAllah . Allah akan memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya . Cukuplah sekadar kalian sudi menerima diri ini seadanya dan sudi menjadi sahabat aku dunia akhirat . Itu pun dah lebih dari cukup .
 

Terima kasih ya Allah .


No comments: