Thursday, 4 April 2013

Thyroid Illness

Assalamualaikum .

Holloowww everyone . Selamat petang diucapkan kepada uolsss . Dah mandi ? Dah solat ? Dah minum petang ? Alhamdulillah kalau dah :)

So petang ni aku nak membebel sikit pasai cik T a.k.a Thyroid . Hyperthyroidism untuk lebih specific :) Aku tau ramai je kawan-kawan kat luar sana yang suffered penyakit ni kan . Hmmm . Harap bersabar lah ya ?

Sebenarnya hari tu classmate merangkap sahabat baik aku , Nanie , beliau sakit pinggang sebab kena kencing kotor . Disebabkan kitorang ni amat la prihatin , so kitorang sewa kereta nak bawak beliau pergi Hospital Alor Gajah :) . Bila sampai sana , aku terfikir , kenapa aku tak check pasal thyroid aku ni sekali ? Last aku buat checkup tahun lepas , sebelum cuti sem . Dalam bulan 10 . Dan aku tak datang untuk appointment seterusnya untuk bulan 12 tu :D hehe . Alasan ??? Tarikh tu aku sibuk dengan preparation masuk sem baru . Okay annoy gila . Tiap sem bagi alasan sama kat doctor . Nasib baik doctor lain-lain hahaha .

Alkisahnya , aku pun melangkah ke kaunter pesakit luar . Kat situ aku serahkan kad pesakit untuk diorang check . Nasib baik aku bawak . Haha dan2 je bawak sebenarnya terbawak . kehkeh . Sampai kat situ nurse cakap , "eh adik ni appointment bulan 12 , bulan 2 baru awak datang ye" . aku hanya mampu tersengih je huahuahua .

Lepas tu aku tanya dia , perlu ke amik ujian darah lagi sekali ? sebab sepatutnya result ujian darah tu dah keluar dah . Aku tinggal nak tau je apa keputusan . then nurse cakap , "kena amik lagi sekali ni dik ..." pulak !! aku dah menggigil . heartbeat dah laju kemain . aiseymen jangan la kak .. aku dah tak keruan dah time tu . Selalunya aku cepat letih kalau amik darah ni . Kan lepas tu aku nak drive . Haishhh .

Tetibe nurse lelaki kat situ potong cakap akak nurse tu , "pandai je awak takutkan budak ni" sambil belek-belek kad pesakit aku . "Adik dah amik darah kan hari tu ? Hari ni adik jumpa doctor terus lah . Adik amik nombor ni tunggu kat depan bilik nombor 6" Fuhhh lega weh . Melonjak keriangan aku seketika !!

Dalam hati aku geram je dengan akak nurse tu . Saja nak mengenakan aku la tu . Cisss .

Doctor perempuan yang check aku hari tu :) Alhamdulillah lembut je . And macam biasa lah cik doctor potpet2 kat aku . "makan lah ubat dik . awak muda lagi . belajar kat lendu ya ? nanti saya nak awak datang setiap bulan untuk amik ubat . bulan 4 nanti saya nak awak datang lagi ok . kita akan amik darah awak lagi sebab kali ni nak diagnose T4 awak macam mana . sebulan lepas tu ada satu appointment . Datang la ikut tarikh yang awak dapat nanti . Pergi kat kaunter depan sebelum amik ubat ok . Cuba datang ikut time . Boleh ?" aku angguk lelaju .

Hah bulan 4 ? tengah final .... And mungkin dah cuti sem dah time tu . Bulan 5 lak kompem2 aku kat Johor . Haaiishhh maksudnya di sini aku perlu berulang-alik JB-Melaka semasa cuti sem ?? Sangat tak best . -___-" .

"Denyutan nadi awak sekarang 120 tahu ?" 
"Tak normal ke doctor ?" *serious mintak penampar punya soalan
"Eh tak lah . Normal sangat . Orang lain tak lebih 100 tapi awak 120 . Mesti awak suka pecut laju-laju kat highway kan ?"

Sempat lagi doctor ni perli aku .

"Ala doctor , saya tak rasa pun laju..."
"Ish awak ni . Kalau orang normal dah rasa jantung tu macam nak tercabut dari badan dah tau tak . Awak memang la tak rasa . Sebab awak tu sakit ."
"Yela ..."
"Ada rasa menggigil atau menggeletar ?"
*angguk*
"Ada rasa sesak nafas?"
*angguk*
"Ada rasa berdebar-debar?"
*angguk*
"Panas ? Cepat berpeluh ?"
*angguk lelaju*
"Hah so kalau nak sihat makan ubat . Jangan suka hati nak skip ."
*hanya mampu tersengih*

Arghh -____-"

Ini entry tertangguh sebenarnya . Dah berkepuk kat draft tunggu masa untuk publish je . Huhu sekarang dah bulan 4 . Minggu depan dah habis final . Lepas tu ada appointment lagi . Bila lah nak lepas dari semua ni kan .

No comments: