Wednesday, 10 April 2013

TIPS | Sebelum Study

Assalamualaikum


Siapa masih belajar angkat tangan ! Okey kalau korang angkat tangan maknanya korang dah masuk ke tempat yang betul . Hehe . Hari ni aku nak share tips untuk sesiapa yang bergelar pelajar & masih belajar . Tips untuk hari ni ialah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum belajar ! Menarik tak ? :)

Ada 5 perkara yang kita perlu perhatikan sebelum sesi belajar bermula . Jom semak sama-sama !

1. Memilih masa yang sesuai 


Ini bergantung kepada individu ye . Takde formula khusus yang boleh korang jadikan panduan tetap . Ia mestilah berdasarkan kesesuaian . Kalau ikut cara aku , aku akan belajar pada waktu pagi dan tengah malam . Waktu petang , memang aku takkan bukak buku langsung kecuali kalau ada kelas hehehe . Nak buat revision ke , nak buat assignment ke , aku akan buat antara dua waktu tu . Aku selalu ada kelas pagi dan petang so waktu malam lah yang paling ideal untuk aku belajar kan ? Tapi berdasarkan kajian , waktu pagi adalah waktu yang paling baik untuk belajar .

2. Memilih subjek yang sesuai dengan masa yang teratur


Contohnya korang buatlah jadual , belajar subjek susah pada waktu pagi dan subjek ringan pada waktu malam atau pun sebaliknya . Jangan belajar semua subjek sekali gus pulak sebab otak kita bukan robot yang boleh masuk semua benda sekali gus . Biar kita belajar sikit-sikit tapi masuk kat kepala daripada belajar semua sekali tapi satu apa pun tak melekat . Betul tak ? Aku akan belajar subjek yang perlukan aku membaca dan menghafal pada waktu pagi sebab pagi-pagi otak kita fresh lagi . Bila dah petang otak kita akan penat dan cepat letih serta lesu . Untuk subjek kira-kira pulak , aku suka buat waktu malam hingga ke tengah malam . Tapi sebelum tidur , aku akan cuba baca & hafal topic yang tak terlalu berat supaya esok pagi otak aku dah berisi sikit . Takde la kosong je kan ! 

3. Memilih tempat belajar yang baik dan selesa


Jauhi dari belajar sambil berbaring atas katil atau pun atas sofa . Sebab ? Nanti korang mengantuk ! Elok je niat nak study , tapi bila baring pap ! terus tertidur . So elakkan ok ! Korang boleh ubah selera belajar korang dengan belajar kat tempat yang dapat berikan ketenangan , hilangkan mengantuk atau pun berikan korang semangat baru . Contohnya korang belajar lah dekat masjid ke , taman ke , kat tepi padang bola ke . Alang-alang belajar tu boleh cuci mata sikit . Ecehh ! Haha . Selain tu , korang boleh belajar sambil berdiri atau pun berjalan . Cuba apply cara ni bila korang mengantuk . InsyaAllah hilang rasa mengantuk tu .

4. Belajar dalam keadaan berwudhu


Kita nak belajar kan ? Kita nak hati kita tenang semasa belajar kan ? Jadi cara paling baik , ambillah wudhu sebelum mula belajar . Selain tu , carilah tempat dan persekitaran yang bersih dan nyaman supaya takde gangguan semasa kita sibuk belajar .

5. Mulakan belajar dengan membaca doa


Yang ini paling senang kan ? Jangan kan belajar , nak buat apa pun , sentiasalah ucapkan bismillaahirrahmaanirrahiim .

Jadi apa tunggu lagi ? 
Belajar rajin-rajin tau . 
Jangan malas-malas okay .

Tips | Semasa Study


No comments: