Thursday, 11 April 2013

TIPS | Semasa Study

Assalamualaikum .


Study study study ! Hehe . mentang-mentang aku tengah cuti sem makin seronok pulak update entry pasal study ni . Nak kasi korang jeles muahahaha . Jom tengok apa tips kali ni . Harap-harap membantu korang okey (^_^)

TEKNIK BELAJAR

1. Menggariskan / mewarnakan fakta-fakta penting


Macam tak biasa pulak buat nota kan ? Dah nama pun nota , kena lah ringkas dan fakta belaka . Baru lah senang korang nak bezakan mana yang penting mana yang tak penting . Nota akan jadi amat-amat berguna di saat-saat akhir sebelum peperiksaan nanti . Buat lah awal-awal ye !

2. Tulis sebanyak mungkin untuk tujuan menghafal

Kalau nak senang dan mudah menghafal serta mengingat , apa kata korang tulis benda tu banyak kali atas kertas . Tulis lah sebanyak mana pun sampai korang yakin yang korang boleh ingat . Aku selalu buat macam ni sebab amat membantu . Cubalah mana tau berguna juga untuk korang kan .

3. Catat dan buat kesimpulan


Mohon beri perhatian dalam kelas supaya senang korang nak catat apa-apa maklumat penting yang keluar dari mulut lecturer atau pun cikgu korang . Kadang-kadang pengetahuan mereka takde yang dalam buku so kita kena peka . Aku suka conteng-conteng tepi nota aku bila lecturer membebel , kalau rasa penting aku catat . Lepas tu nak buat lagi mudah faham , buat lah kesimpulan melalui gambarajah . Buat cantik-cantik . Kalau ada anak panah tu buat lah kaler-kaler supaya senang nak ingat . Bila kita mudah buat gambarajah tu maknanya kita dah faham ! Senang kan ?

4. Membaca satu topik berulang-ulang kali


Ada certain subjek yang susah , amat sesuai la korang gunakan teknik ke-4 ni . Selagi korang tak faham selagi tu lah korang stay kat topik tu . Jangan main tipu lak terus langkau pi topik lain . Baca berulang kali sampai korang faham betul-betul . Kalau bosan nak baca berulang kali , gunakan lah kekreativitian korang tu . Contohnya , relate kan sesuatu topik tu dengan keadaan semasa . 

5. Mencari semua makna perkataan yang sukar difahami


Makin tinggi kita belajar , makin banyak terms yang kita tahu . Walaupun kita tahu terms tu , tapi tak semestinya kita tahu makna terms tu kan . Di situ lah gunanya google ! Muahaha . Kamus pun boleh je . Setiap kali korang jumpa perkataan atau terms yang korang tak faham , highlight kan terus , lepas tu cari maksud dia . Dah cari jangan lupa conteng tepi dia apa maksudnya . Karang terlupa lagi , kena cari lagi sekali . Tak ke leceh camtu ?

6. Manfaatkan masa dan tenaga untuk hasil yang maksimum


Tak guna kalau korang praktikkan macam-macam cara untuk belajar kalau teknik belajar korang tu ditemani oleh unsur-unsur malas , sambil lewa , melepaskan batuk di tangga atau pun lain-lain unsur negatif sebab ianya hanya akan membuang masa korang je ! Masa itu emas , betul ? Jadi manfaatkanlah masa dan tenaga korang dengan sebaik-baiknya . Lepas tu nak rehat , rehat puas-puas . Bila kita buat sesuatu perkara , kita kena beri komitmen 100% okay . :)

TEKNIK MENGHAFAL

1. Pilih waktu yang sesuai iaitu ketika fikiran masih segar dan tidak berkecamuk dengan apa-apa masalah .

2. Menghafal dalam suasana tenang tanpa gangguan luar .

3. Menghafal berulang-ulang kali sehingga benar-benar ingat . Sekiranya pelajaran yang dihafal itu adalah al-Quran , pastikan korang mengulang-ulang ayat yang dibaca sebanyak 5 kali di peringkat permulaan . Apabila semua ayat telah dibaca sebanyak 5 kali , ulang semula hafalan dari ayat yang pertama hingga ayat yang terakhir beberapa kali . Bila korang dah ingat dan hafal , jangan tinggalkannya dalam jarak yang lama sebab boleh menyebabkan korang lupa semula apa yang korang hafal .

4. Gunakan semua pancaindera .

5. Jangan menghafal hanya menggunakan mata dan hati semata-mata kerana ini akan membuatkan korang lambat ingat dan cepat lupa .

6. Di samping melihat apa yang korang hafal , korang hendaklah menyebut dengan lidah , mendengar apa yang disebut dan menulisnya di atas kertas berulang-ulang kali .

7. Hafal point-point penting sahaja .

8. Cuba mengingat gambarajah atau carta .

9. Cuba cari teman untuk berlawan hafal . Korang boleh buat soal jawab dengan teman tersebut kerana ini dapat membantu korang mengingati dan menghafal dengan cepat dan dapat bertahan lama .

Tips  | Sebelum Study

No comments: