Wednesday, 19 June 2013

Kesihatan Makin Merosot...

Assalamualaikum .

Aku rasa kesihatan aku agak merosot sekarang ni. Dah dua minggu aku tak boleh tidur. Biasanya kalau aku tak boleh tidur, aku tak akan tidur terus. Insomnia memang susah nak diubati ya? Hihi...

Tiap-tiap malam aku rasa nak menangis. sambil menaip ni pun aku dah terasa nak menangis. Tak tahulah kenapa... Aku takut bila malam semakin hampir, semakin mendekat... Aku takut takkan ada lagi hari esok untuk aku. Aku takut malam ini adalah malam terakhir aku.

Aku perasan sejak aku balik UiTM, tiap-tiap malam aku semput. Lagi-lagi bila nak tidur. Bila dah mula baring untuk tidur, masa itulah aku akan berperang dengan badan sendiri. Aku tak pernah dapat tidur dengan tenang. Pernah sekali, aku panjat katil double decker aku pukul 10 dengan harapan nak tidur awal tapi akhirnya lepas pukul 5.30 baru aku boleh tidur. Selama 7 jam setengah tu aku hanya baring, duduk untuk tarik nafas kemudian baring semula. Kemudian duduk semula dan baring setelah aku rasa oksigen dah memenuhi paru-paru aku.

Nak bagi mudah faham, bila baring nafas aku seolah-olah tersekat. Tak sampai ke paru-paru. Bila tak sampai, badan aku rasa tak selesa, dada aku rasa tertekan, dan aku amat terseksa dengan situasi tersebut. Selain tu, bila menguap pun sama. Pernah rasa menguap separuh jalan tak? haha... aku tak tau nak cakap macam mana. Kalau menguap, kita akan sedut oksigen kan? yeke teori aku ni? Hahaha... Macam aku, oksigen tak sampai.

Dada aku rasa macam kena hempap dengan benda berat setiap kali nak tarik nafas tapi tak sampai. Semput kan, biasalah... Aku letih dengan keadaan ni... Aku nak sihat macam dulu...

Here's To The Past | Part 2

- Ini entry jiwa jiwa -

Assalamualaikum 


So tepat pukul 12.00 AM , 11 April 2013 , aku pergi rumah dia . Aku sampai sana 45 minit lepas tu sebab ikut bandar . Agak penat actually sebab semalamnya aku baru je sampai JB . Barang-barang baru lepas siap dikemas . Hmm . Sambil drive , aku fikir , betul ke apa yang aku buat ni ?

But then tahu-tahu je aku dah sampai depan rumah dia . Haha funny lah . Aku still ingat jalan ke rumah dia . Lancar je perjalanan aku . Disebabkan aku nervous , so aku drive laju gila malam tu . Thank god nothing happen to me . Sampai je depan rumah dia , dia dah tunggu ...

Dia datang kat kereta and tegur aku , "Hai .. masuk lah . Mama ada kat dalam ," aku pun masuklah jumpa mama . Yeah . Aku panggil mama dia , mama . Dah terbiasa dulu . Hmmm . Bila aku datang rumah dia , rasa macam kembali ke masa silam . Dulu aku selalu datang sini ... Tapi 2 tahun kebelakangan ni aku tak pernah datang lagi . Definitely because aku kecewa . 


Mama tanya aku buat apa sekarang , belajar kat mana , sihat ke tak , macam-macam lah dia tanya . Bila aku bagitau mama yang aku belajar dekat UiTM Alor Gajah , then tiba-tiba mama cakap cucu dia pun belajar kat sana . Baru hari tu dorang pergi sana . Nampak tak yang dunia ni kecil je ? Tapi still , aku tak terserempak dengan dorang pun masa kat sana . Mungkin takde jodoh nak jumpa kat sana kot ...

After citcat dengan mama sekejap , dia ajak aku keluar . So now is the time to reveal the truth , i guess . Dia amik my car key and bawak aku pergi hutan bandar kat kulai . Kitorang lepak dalam kereta kat sana . Masa tu lah aku dengar apa yang aku nak dengar 2 tahun dulu . Benda yang aku rasa takkan pernah keluar dari mulut dia untuk aku . Tapi malam tu , aku dengar semuanya .

" You ingat tak last message you untuk I dulu ?"
"Tak pun . Kenapa ?"
"Seriously you tak ingat ?"
"Yupp . Cakaplah kenapa dengan text I tu ?"
"Takpelah kalau you tak ingat . I just don't want to remember it..."
"Why ? Did it hurt ?"
"A lot .. lepas I baca text you , nampak tak pokok kat depan tu ? Kat situ lah I excident . Lama I duduk kat hospital . Takde sape peduli , takde sape kisah nak datang tengok I ."
"You excident ? Cakaplah I text apa kat you sampai you macam tu sekali ..."
"You said , you hate me ... kenapalah I tak mati je kan ."


Aku diam .. Aku tak tau nak cakap apa . Kitorang berbual tapi masing-masing pandang keluar tingkap . Aku tak berani nak pandang dia huhu .. dan pertanyaan dia lepas tu buat aku berdebar-debar semacam ..

"You nak tau apa yang penting sangat yang I nak cakap dengan you ?"
"Yes of course I nak tau . So apa dia ?"
"I miss you ..."


Ya Allah macam nak gugur jantung aku dengar dia cakap macam tu ...

"You miss me ? Why me ?"
"Because I love you ... with all my heart . Yup , ni lah yang I nak bagitau you . I nak you tahu before terlambat . This is what I wanna tell you sampaikan tak boleh bagitau through the phone ."
"You love me ? since when you rasa you sayang I ? Sebelum ni .. tak macam tu pun ..."
"Since you hilang dari hidup I . But it doesn't matter right . You benci kan I ..."

Aku speechless lagi . Entahlah . Hati aku gembira sangat dengar dia cakap macam tu but in the same time aku tak tau nak percaya ke tak . He's a big liar ! Aku dah banyak kali percaya dia tapi dia musnahkan kepercayaan aku berkali-kali ....

Entahlah .. aku dah serik nak percayakan dia . Ya memang dia fikir aku bencikan dia sebab itu jugaklah apa yang aku beritahu diri aku sendiri . Tapi hakikatnya , aku masih sayangkan dia . Allah nak uji aku lagi agaknya . Bila aku dah boleh terima kenyataan dia bukan milik aku lagi , tiba-tiba semuanya berubah . Tiba-tiba dia datang balik dalam hidup aku .

Tiba-tiba dia kata , "I tau mesti susah you nak percaya semua ni . I dah lukakan hati you sangat-sangat dan sekarang hati you dah pun tertutup untuk I , even untuk mana-mana lelaki sekali pun .. kan ?"

Aku diam . Memang betul pun apa yang dia cakap . Agaknya dulu dia tak sedar dia dah sakitkan hati aku , agaknya baru sekarang dia sedar semua tu . Tapi dah terlambat dah kan ?


Dan aku , suddenly jadi emotional . Aku rasa nak menangis . Aku rasa ini semua hanya mimpi . Mana boleh aku jumpa dia lagi lepas dua tahun kami bawa haluan masing-masing . mana boleh aku dengar kata-kata cinta dan rindu dari dia sedangkan kami dah takde apa-apa . Mana boleh aku maafkan dia macam tu je .

"You tak tahu apa I rasa . Seriously you don't wanna know ."
"I tau apa you rasa . Jangan cakap macam tu . You percaya pada karma ? Karma dah datang pada I . I dah rasa sakit yang I beri pada you dulu ..."
"No you don't . You tak tahu apa I rasa bila you cari orang lain . Tak pernah pun you pikir pasal I kan ? You tahu ke apa I rasa bila I nampak gambar you dengan perempuan lain ? Dengan Lyssa ? You tahu ? Cakap dengan I apa rasanya ?"

See , this is what I mean . Aku tak boleh control dah .

Dia pulak yang speechless . Dia macam nak say something tapi tak terluah . Mungkin berat untuk diluahkan . Biarkanlah . Aku nak dia betul-betul tau apa yang aku rasa dulu . Sakit yang tak tertanggung . Kekecewaan yang menggunung . Biar dia tahu ..

"Sebab sayangkan you I pendam semuanya dalam hati . Pernah ke I tanya you apa hubungan you dengan perempuan-perempuan tu ? Kalau I tanya pun I just tanya 'siapa dia' dan you akan jawab 'kawan I' . Lepas tu I tak tanya apa-apa dah walaupun I dah mula curiga . Sebab cintakan you I pandang sebelah mata je semua kecurangan you pada I . Bodohkan I ?"

Terus dia pandang aku dengan pandangan serba salah . Awak , nak rasa serba salah sekarang pun tak berguna dah ... Semua dah terjadi . Ermmm . Lepas tu aku tanya , dah tak contact dengan Lyssa lagi ke ? Saje nak korek-korek rahsia huhuuu ... perempuan yang rampas dia dari aku , gila kau tak nak tau .

"Tak . Dah setahun lebih I tak contact dengan dia ." Senyap . "Dia tinggalkan I straight after dia tahu ..."
"Tahu apa ? You ada perempuan lain selain dia pulak ke ?"
"Taklah . I ... I ermmm ... I sakit . Hidup I tak lama dah . Sebab tu I nak minta maaf dengan you . I cari semula orang-orang yang I sakitkan hati nya dulu . I takut tak sempat ..."

Aku dah bungkam . Ya Allah . Ujian apa lagi ni ..

Bersambung ...

Monday, 10 June 2013

Kesempurnaan

Assalamualaikum . (^_^)

AraaMyra :
Saya tau awak tak sempurna . Tapi , siapa yang sempurna ? Saya juga tak sempurna . Walau apa pun kekurangan dalam diri kita , sentiasa ingat kita juga ada kelebihan . Kekurangan kita mungkin kelebihan bagi orang lain dan kelebihan kita mungkin kekurangan bagi orang lain . kerana itulah kita sebagai manusia secara fitrahnya akan saling melengkapi apabila bersama . Setiap insan dilahirkan dengan sesuatu yang tidak ada pada orang lain . Ya , kita UNIK . Takkan ada orang lain yang boleh meniru dan menjadi diri kita sebaik kita menjadi diri kita sendiri . Kita dikurniakan bakat dan keistimewaan yang tersendiri . Jadi gunakanlah kurniaan Ilahi dengan sebaik mungkin . Setiap bakat dan keistimewaan boleh menutup setiap kekurangan yang terlihat . Mengapa mahu menjadi orang lain sedangkan diri kita cukup apa adanya ? Ada kelebihan yang dapat menutup kekurangan , ada bakat dan keistimewaan yang orang lain tak ada . Masih belum cukup untuk kita mengucapkan syukur kepada Maha Pencipta ? Kita dijadikan cukup indah kerana manusia itu makhluk yang paling sempurna , tetapi tiada manusia yang sempurna melainkan Allah . 


Thursday, 6 June 2013

Aku dan Result

Assalamualaikum .

Sebenarnya ini entry tertunda hehe . Dah terperuk kat draft sejak result semester 3 aku keluar lagi . Lama dah . Berkurun kot . Kemalasan untuk menghupdate entry memang dah berada di tahap yang agak kritikal sekarang ni . Aku pun tak tau la kenapa ? Memang mood swing betul la . Heheh . Okey-okey . Panggilan UiTM dah semakin hampir sekarang . Hidup aku akan kembali semula menjadi seorang pelajar pada hari Ahad ni . Okey sebenarnya kalau ikut kalendar betul-betul hari Isnin tapi ... ah suka hati aku la . Wekkss !!

Masuk semester ke-4 , tak banyak benda yang berubah :) . Ada la beberapa perubahan yang aku dapat rasa tapi sikit je . Firstly , pointer aku . Herk ! Pointer memang berubah setiap sem pun kan ? Ada ke yang tak berubah langsung ? LOL . New semester , new pointer okay ?? So , pointer yang agak mengembangkan otot-otot hidung ini bila sekali lagi aku dapat Dean's List . hehehehehe . Syukur alhamdulillah . Naik pentas lagi kite sem ni erk . Nak sangat tengok sahabat-sahabat aku naik pentas sama-sama . Harap-harap sem baru ni kitorang dapat la naik pentas sampai runtuh pentas tu pun takpe okey haha .

Aku harap , akan ada Dean's List yang ketiga untuk aku semester ni . Amin . ^_^


Kali ni aku tak dapat kolej . Well , nak kecewa tapi salah sendiri jugak . Yang aku boleh terlupa nak mohon kolej tu kenapa ? Hahai . Terpaksalah aku duduk luar . Tun Fatimah dah tak nak aku lagi agaknya . Al-maklumlah dapat penghuni yang pemalas nak ikut aktiviti kolej macam aku ni . Teruk tak teruk ? Hahaha . Takpe , NR ni macam survivor sikit bagi aku . Kawan-kawan takde , pastu apa apa hal kalau sakit nak menapak tu memang jauh , pastu tak tau penerimaan housemate baru nanti macam mana , blablabla ... 

Apa-apa pun aku tak sabar nak balik Melaka . :)