Wednesday, 19 June 2013

Here's To The Past | Part 2

- Ini entry jiwa jiwa -

Assalamualaikum 


So tepat pukul 12.00 AM , 11 April 2013 , aku pergi rumah dia . Aku sampai sana 45 minit lepas tu sebab ikut bandar . Agak penat actually sebab semalamnya aku baru je sampai JB . Barang-barang baru lepas siap dikemas . Hmm . Sambil drive , aku fikir , betul ke apa yang aku buat ni ?

But then tahu-tahu je aku dah sampai depan rumah dia . Haha funny lah . Aku still ingat jalan ke rumah dia . Lancar je perjalanan aku . Disebabkan aku nervous , so aku drive laju gila malam tu . Thank god nothing happen to me . Sampai je depan rumah dia , dia dah tunggu ...

Dia datang kat kereta and tegur aku , "Hai .. masuk lah . Mama ada kat dalam ," aku pun masuklah jumpa mama . Yeah . Aku panggil mama dia , mama . Dah terbiasa dulu . Hmmm . Bila aku datang rumah dia , rasa macam kembali ke masa silam . Dulu aku selalu datang sini ... Tapi 2 tahun kebelakangan ni aku tak pernah datang lagi . Definitely because aku kecewa . 


Mama tanya aku buat apa sekarang , belajar kat mana , sihat ke tak , macam-macam lah dia tanya . Bila aku bagitau mama yang aku belajar dekat UiTM Alor Gajah , then tiba-tiba mama cakap cucu dia pun belajar kat sana . Baru hari tu dorang pergi sana . Nampak tak yang dunia ni kecil je ? Tapi still , aku tak terserempak dengan dorang pun masa kat sana . Mungkin takde jodoh nak jumpa kat sana kot ...

After citcat dengan mama sekejap , dia ajak aku keluar . So now is the time to reveal the truth , i guess . Dia amik my car key and bawak aku pergi hutan bandar kat kulai . Kitorang lepak dalam kereta kat sana . Masa tu lah aku dengar apa yang aku nak dengar 2 tahun dulu . Benda yang aku rasa takkan pernah keluar dari mulut dia untuk aku . Tapi malam tu , aku dengar semuanya .

" You ingat tak last message you untuk I dulu ?"
"Tak pun . Kenapa ?"
"Seriously you tak ingat ?"
"Yupp . Cakaplah kenapa dengan text I tu ?"
"Takpelah kalau you tak ingat . I just don't want to remember it..."
"Why ? Did it hurt ?"
"A lot .. lepas I baca text you , nampak tak pokok kat depan tu ? Kat situ lah I excident . Lama I duduk kat hospital . Takde sape peduli , takde sape kisah nak datang tengok I ."
"You excident ? Cakaplah I text apa kat you sampai you macam tu sekali ..."
"You said , you hate me ... kenapalah I tak mati je kan ."


Aku diam .. Aku tak tau nak cakap apa . Kitorang berbual tapi masing-masing pandang keluar tingkap . Aku tak berani nak pandang dia huhu .. dan pertanyaan dia lepas tu buat aku berdebar-debar semacam ..

"You nak tau apa yang penting sangat yang I nak cakap dengan you ?"
"Yes of course I nak tau . So apa dia ?"
"I miss you ..."


Ya Allah macam nak gugur jantung aku dengar dia cakap macam tu ...

"You miss me ? Why me ?"
"Because I love you ... with all my heart . Yup , ni lah yang I nak bagitau you . I nak you tahu before terlambat . This is what I wanna tell you sampaikan tak boleh bagitau through the phone ."
"You love me ? since when you rasa you sayang I ? Sebelum ni .. tak macam tu pun ..."
"Since you hilang dari hidup I . But it doesn't matter right . You benci kan I ..."

Aku speechless lagi . Entahlah . Hati aku gembira sangat dengar dia cakap macam tu but in the same time aku tak tau nak percaya ke tak . He's a big liar ! Aku dah banyak kali percaya dia tapi dia musnahkan kepercayaan aku berkali-kali ....

Entahlah .. aku dah serik nak percayakan dia . Ya memang dia fikir aku bencikan dia sebab itu jugaklah apa yang aku beritahu diri aku sendiri . Tapi hakikatnya , aku masih sayangkan dia . Allah nak uji aku lagi agaknya . Bila aku dah boleh terima kenyataan dia bukan milik aku lagi , tiba-tiba semuanya berubah . Tiba-tiba dia datang balik dalam hidup aku .

Tiba-tiba dia kata , "I tau mesti susah you nak percaya semua ni . I dah lukakan hati you sangat-sangat dan sekarang hati you dah pun tertutup untuk I , even untuk mana-mana lelaki sekali pun .. kan ?"

Aku diam . Memang betul pun apa yang dia cakap . Agaknya dulu dia tak sedar dia dah sakitkan hati aku , agaknya baru sekarang dia sedar semua tu . Tapi dah terlambat dah kan ?


Dan aku , suddenly jadi emotional . Aku rasa nak menangis . Aku rasa ini semua hanya mimpi . Mana boleh aku jumpa dia lagi lepas dua tahun kami bawa haluan masing-masing . mana boleh aku dengar kata-kata cinta dan rindu dari dia sedangkan kami dah takde apa-apa . Mana boleh aku maafkan dia macam tu je .

"You tak tahu apa I rasa . Seriously you don't wanna know ."
"I tau apa you rasa . Jangan cakap macam tu . You percaya pada karma ? Karma dah datang pada I . I dah rasa sakit yang I beri pada you dulu ..."
"No you don't . You tak tahu apa I rasa bila you cari orang lain . Tak pernah pun you pikir pasal I kan ? You tahu ke apa I rasa bila I nampak gambar you dengan perempuan lain ? Dengan Lyssa ? You tahu ? Cakap dengan I apa rasanya ?"

See , this is what I mean . Aku tak boleh control dah .

Dia pulak yang speechless . Dia macam nak say something tapi tak terluah . Mungkin berat untuk diluahkan . Biarkanlah . Aku nak dia betul-betul tau apa yang aku rasa dulu . Sakit yang tak tertanggung . Kekecewaan yang menggunung . Biar dia tahu ..

"Sebab sayangkan you I pendam semuanya dalam hati . Pernah ke I tanya you apa hubungan you dengan perempuan-perempuan tu ? Kalau I tanya pun I just tanya 'siapa dia' dan you akan jawab 'kawan I' . Lepas tu I tak tanya apa-apa dah walaupun I dah mula curiga . Sebab cintakan you I pandang sebelah mata je semua kecurangan you pada I . Bodohkan I ?"

Terus dia pandang aku dengan pandangan serba salah . Awak , nak rasa serba salah sekarang pun tak berguna dah ... Semua dah terjadi . Ermmm . Lepas tu aku tanya , dah tak contact dengan Lyssa lagi ke ? Saje nak korek-korek rahsia huhuuu ... perempuan yang rampas dia dari aku , gila kau tak nak tau .

"Tak . Dah setahun lebih I tak contact dengan dia ." Senyap . "Dia tinggalkan I straight after dia tahu ..."
"Tahu apa ? You ada perempuan lain selain dia pulak ke ?"
"Taklah . I ... I ermmm ... I sakit . Hidup I tak lama dah . Sebab tu I nak minta maaf dengan you . I cari semula orang-orang yang I sakitkan hati nya dulu . I takut tak sempat ..."

Aku dah bungkam . Ya Allah . Ujian apa lagi ni ..

Bersambung ...

No comments: