Wednesday, 19 June 2013

Kesihatan Makin Merosot...

Assalamualaikum .

Aku rasa kesihatan aku agak merosot sekarang ni. Dah dua minggu aku tak boleh tidur. Biasanya kalau aku tak boleh tidur, aku tak akan tidur terus. Insomnia memang susah nak diubati ya? Hihi...

Tiap-tiap malam aku rasa nak menangis. sambil menaip ni pun aku dah terasa nak menangis. Tak tahulah kenapa... Aku takut bila malam semakin hampir, semakin mendekat... Aku takut takkan ada lagi hari esok untuk aku. Aku takut malam ini adalah malam terakhir aku.

Aku perasan sejak aku balik UiTM, tiap-tiap malam aku semput. Lagi-lagi bila nak tidur. Bila dah mula baring untuk tidur, masa itulah aku akan berperang dengan badan sendiri. Aku tak pernah dapat tidur dengan tenang. Pernah sekali, aku panjat katil double decker aku pukul 10 dengan harapan nak tidur awal tapi akhirnya lepas pukul 5.30 baru aku boleh tidur. Selama 7 jam setengah tu aku hanya baring, duduk untuk tarik nafas kemudian baring semula. Kemudian duduk semula dan baring setelah aku rasa oksigen dah memenuhi paru-paru aku.

Nak bagi mudah faham, bila baring nafas aku seolah-olah tersekat. Tak sampai ke paru-paru. Bila tak sampai, badan aku rasa tak selesa, dada aku rasa tertekan, dan aku amat terseksa dengan situasi tersebut. Selain tu, bila menguap pun sama. Pernah rasa menguap separuh jalan tak? haha... aku tak tau nak cakap macam mana. Kalau menguap, kita akan sedut oksigen kan? yeke teori aku ni? Hahaha... Macam aku, oksigen tak sampai.

Dada aku rasa macam kena hempap dengan benda berat setiap kali nak tarik nafas tapi tak sampai. Semput kan, biasalah... Aku letih dengan keadaan ni... Aku nak sihat macam dulu...

No comments: