Friday, 5 July 2013

Countdown To Ramadhan - INSPIRASI

Assalamualaikum .


Alhamdulillah . 6 hari lagi Ramadhan bakal menjelma . Hari pertama berpuasa nanti genaplah sebulan aku berada di UiTM Alor Gajah , Melaka . Itu bermakna dah sebulan jugaklah aku tak balik . Serious rindu giler kot dekat baba , abang , adik , dan kucing2 ku sekalian . 

Baiklah . Ada sedikit story yang nak di-mory-kan disini . Hehe hancusss bahasa aku kan ~ Biasalah dah lama tak berblogging memang cenggini . Okay back to story , semalam telah pun berlangsung satu event yang dijayakan oleh kelab Inspirasi bertempat di Dewan Syura Al-Mizan bersebelahan dengan Masjid Al-Hikmah , UiTM Alor Gajah . Nak tahu event apa ? Rugilah korang tak datang semalam . Aku cakap betul ni , sebab penceramah undangan kami kali ini bukan calang-calang orang tau .

'Countdown to Ramadhan' merupakan event ketiga kami untuk semester ni . Alang-alang Ramadhan pun semakin hampir , rugi pulak kalau kita tak manfaatkan peluang yang ada ni kan ? Sebenarnya event ni sebuah event ceramah tentang bulan Ramadhan . Event untuk kita tambah ilmu tentang bulan Ramadhan , apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa bulan Ramadhan , macam mana nak bersihkan hati dan sebagainya . Sangat bermanfaat tau uolss .

Penceramah yang kami undang untuk memeriahkan majlis merupakan seorang juara . Agak-agak juara apa ya ? Susah nak book beliau ni . Sepatutnya event kami berlangsung sehari sebelum semalam tapi disebabkan beliau sibuk maka kami pun terpaksalah anjakkan sehari dari tarikh sebenar . Tapi takpe , asalkan hajat tercapai ye tak ? hehehe . Beliau ialah Nor Adibah binti Rozain . Hah kenal tak ? Siapa yang pernah tengok rancangan Da'i kat TV3 mesti kenal kan ?

Da'i Nor Adibah Rozain
Ni nak ucapkan terima kasih banyak-banyak lah kat kak Adibah sebab sudi bersama-sama kami menjayakan event ni . Terima kasih ye kak Adibah ! Kalau korang nak tahu , kak Adibah datang dari Shah Alam nak bas ke Melaka sebelum Junid ( our Inspirasian ) ambil kak Adibah dekat Melaka Sentral . Dalam pukul 9 ceramah pun bermula . Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun masa kak Adibah on the way ke UiTM dia hampir-hampir accident . Semoga Allah sentiasa melindungi kak Adibah .

Agak-agak lepas ni kalau nak jemput kak Adibah datang lagi ke Melaka , akak sudi tak ? Hehehe . Pintu sentiasa terbuka untuk kak Adibah dan rakan-rakan lain kalau nak datang :) InsyaAllah . Boleh kita rapatkan ukhuwah bersama kan . Kami mengalu-alukan ^_^ . Kalau datang bukan kerana Inspirasi pun tak apa . Jangan risau .

Kak Adibah w/ Inspirasian

Tahniah untuk seluruh warga Inspirasi yang bertungkus lumus menjayakan event ni termasuk untuk aku jugak hahahah . Walaupun penat tapi kepuasan tu lebih utama . Bila event yang kita rancang berjaya , rasa seronok sangat-sangat . Congratulations to Farah Diyanah Farok as Project Manager @ Ketua Projek . It was really exciting ! A big thank you Ustaz Faisal , Wakjo , Wan & all Inspirasian for make it last night . Lepas ni ada lagi event kan korang ? Hehe ... 

Aku sayang Inspirasi . Sayang sangat-sangat . They're just like my family . Oppss , correction . They are my family here . Bila jauh dari keluarga , merekalah keluarga aku . Semoga Inspirasi terus maju dan teguh dalam menyebarkan dakwah Islam kepada seluruh umat Islam khususnya untuk warga UiTM Alor Gajah sendiri . 

Oh ya , sebelum terlupa . Kak Adibah cakap dia teringin sangat nak pergi event ICC (Islamic Clubs Convention) 2013 semester lepas tapi tak berkesempatan pulak . Mungkin untuk ICC yang berikutnya kak Adibah boleh join kami ^_^ .


Bagi sesiapa yang tak tahu ICC tu apa , meh sini aku bagitau . ICC 2013 @ Ijtimak Islamic Clubs Convention 2013 @ Ijtimak Persatuan Islam UiTM SeMalaysia ialah satu Program Islamik di mana semua ahli kelab Islam di seluruh UiTM berkumpul dan mengenal lebih rapat bagi mencapai objektif program bersama . Dan buat julung-julung kalinya , Kelab Inspirasi UiTM Melaka mencetuskan fenomena Islamic event dengan mengadakan ICC 2013 . Semua kelab @ persatuan Islam berkampung di UiTM Melaka okay . Tanyalah diorang , seronok tak event kami . Hehehe . 

Okay sampai sini je celoteh aku kali ni . Rasanya ni pun dah cukup panjang dah . Terima kasih banyak-banyak la pada yang sudi baca entry aku ni sampai habis . Lain kali jangan lupa datang lagi tau ^_^ .

No comments: