Wednesday, 31 July 2013

PR Assignment : 50% Done

Assalamualaikum .

Pejam celik pejam celik , hari ni dah sampai hari yang ke-21 kita berpuasa . Mesti ramai antara korang dah beli baju raya kan ? Sama ada tempah atau just beli yang ready made je senang . Hehe . Aku macam biasa lah , tak pernah tempah baju . Kecik-kecik dulu ada la , sekarang ni malas . Beli je yang dah siap kan banyak pilihan . Hehehe . Suka suka suka !

Okay sebenarnya aku excited sangat sekarang ni sebab 50% of group assignment for PR is done . Kali ni assignment yang diberi agak mencabar sebabnya kitorang kena cari one big private company and kami diarahkan untuk menemubual PR Manager company tersebut . PR stands for Public Relations ya in case if ada yang tak tau :) . Mula-mula tu memang kitorang rasa susah sangat nak set an appointment with the company sebab diorang semua bukan nak layan pun students like us , ye dok ? Dah beratus-ratus e-mail yang kitorang dah sent , ada yang reply tapi unfortunately PR Manager dia ada link dengan government , nak tak nak terpaksa reject and cari company lain . Memang kitorang bising gila lah kat lecturer , nak yang big company je , lepas tu PR Manager nya kena under company tu sendiri tak nak ada link dengan government , PR Manager untuk company government pun buat kerja PR jugak kan ? Huhu stressed !

Company first yang kitorang approach is PHB (Pelaburan Hartanah Berhad) . Tapi sayang sebab PR Manager ada link with government , then REJECTED . Next company is Sime Darby Berhad . Jujurlah aku cakap , Sime Darby macam racist sikit lah . Dia cakap dia tak terima mana-mana student luar yang nak interview company dia sebab diorang dah ada student sendiri yang akan buat semua tu . Sime Darby Nursing & Health Sciences College ke maksudnya ? Untunglah korang kan ! -_-" . Next is NSTP . Ha yang ni lagi sedih . Setiap kali call tak dilayan huhu . Orang yang angkat call tu pulak macam faham tak faham je apa yang kitorang cakap . Hampeh betul . Dua-dua REJECTED . Lepas tu aku try ETIQA Insurance & Takaful pulak , cuba minta tolong mak ngah mana tau dapat kan . Besides , mak ngah kan kerja kat situ . Tapi tu la , sampai ke hari ni takde feedback apa-apa dari ETIQA . Katanya PR Manager busy bulan puasa ni , banyak event nak handle . Hurmmm yolahhh tu ... Sebenarnya banyak lagi company lain , semua kena reject . Last-last dapat company PNB (Permodalan Nasional Berhad) . Ijat yang arrange dengan company ni . Dia minta tolong dengan atok sedara dia . Kiranya macam guna orang dalam . Tak kisahlah tu , janji settle bahagian interview . Yang lain-lain bila-bila masa boleh buat kan . Syukurrrrr .


TEKAN untuk TUMBESARAN

Tu dia , siap buat shooting lagi time interview . Haha . Yang ni wajib sebab nak dijadikan bukti yang kitorang dah buat assignment ni dengan jujur dan jayanya . Apa yang buat aku rasa seronok dengan assignment kali ni ialah untuk pertama kalinya aku keluar dari UiTM selepas 2 bulan terperap je kat sini . Dah 2 bulan aku tak balik rumah , dah 2 bulan aku tak merayap , dah 2 bulan aku jadi pelajar sepenuh masa hahaha . So kali ni dapat company kat KL , berjalan jauh sikitlah kita ~ Hehehe . 

Ouh yeah , one more thing , sekarang ni baru aku sedar kenapa lecturer suruh kitorang cari big company , tak nak company yang kecik-kecik . Aku perasan , setiap kali call diorang nak buat temujanji , diorang akan tanya students masscom ke ni ? Then bila cakap we all students business , ada yang tak puas hati , sampai cakap , "I tak faham . Setahu I masscom students je yang kena buat interview semua ni . You all business students pun belajar pasal PR ke ?" Aku rasa salah satu sebabnya supaya orang luar tak pandang rendah dengan students business . Memang geram bila ada yang mempertikaikan apa yang kitorang buat , seolah-olah apa yang kitorang belajar takde kena mengena dengan course kitorang .

Well hello , not only masscom students je yang belajar pasal selok belok kerja sebagai PR ni okay ? Harap jangan pandang rendah kami student business ni . Bila dapat interview company besar macam PHB ni , aku sendiri dah tak hairan dengan Sime Darby dan ETIQA Insurance & Takaful , sebabnya company diorang ni semua under PHB . Hahaha . :) Faham maksud aku ? *_*

No comments: