Friday, 29 November 2013

My New Room!

Assalamualaikum.

Yeahhh baru je lepas kemas bilik! Akhirnya semester ni kami enam orang duduk rumah sewa bersama. Macam tak sangka je, macam mimpi je. Hahaha! Rumah setingkat 3 bilik. Syukur alhamdulillah. Tuan rumah ni Uncle Kumar namanya. Indian. He's such a busy person. Kitorang request nak betulkan kipas ruang tamu, baiki paip dapur and bersihkan semak samun depan dan belakang rumah dah seminggu dah. Janji hari ni esok pun belum tentu datang. Hmm. Sampaikan semua kitorang buat sendiri kecuali kipas. Hahaiii... masa first day sampai tu memang agak kotor la rumah ni. Kotor gila! Aku rasa renter sebelum ni tak pernah kemas rumah kot?

Bekas gula ke apa tah penuh dengan semut! Lepas tu rumah berbau kencing tikus. Ada la sekeluarga tikus masa kemas-kemas dulu berlari-lari ketakutan. Hmm. Lagi satu, ada segayung panties yang dah berbau masam dalam toilet masa mengemas. Hmm tak tau nak cakap lah? Macam pengotor ada juga. Pergi tinggalkan panties buat apa. Adess. Mengucap kengkawan aku masa tu haha. But lets forget about that.

Now aku nak tunjuk bilik aku. Bilik paling hujung dalam rumah ni. Dekat dapur. Ala bilik pembantu rumah gituu. Haha aku ni kira berani sikit la dari bebudak yang lain so ok why not biar aku je yang duduk kat bilik belakang. Lagipun bilik ni muat untuk sorang je.

And, lepas dah siap kemas semua, inilah jadinya bilik aku :)


Amacam? Hahaha... semua brg2 dalam bilik ni aku punya melainkan katil je... Huh uncle tu, nak minta dia provide rak pun susah. Last-last beli sendiri... Langsir pulak takde lagi. Balik JB nanti aku ambil satu langsir bawak Melaka hehe. 

Yes, semua warna biru! Hahaha. ^__^

Sunday, 24 November 2013

R.I.P HERO | Abam Iyo

Assalamualaikum.

Berita sedih yang aku terima hari ni bila Papa Hero update status pesbuk mengatakan Abam Iyo dah takde. :'(


8 tahun lepas, kita didedahkan dengan kisah seekor kucing yang dalam kesakitan selepas kedua kaki depannya dipotong individu tak berhati perut, kan? Apalah salah Iyo sampaikan orang tu sanggup buat Iyo macam tu! Erm... Tapi dengan izin Allah, dia ditolong oleh seorang lelaki berhati mulia iaitu PH :)

Terima kasih PH sebab jagakan Iyo dan sayang dia macam anak sendiri. Bukan Iyo je yang beruntung, banyak lagi haiwan-haiwan teraniaya yang mendapat perlindungan PH. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk PH dan keluarga. Iyo pergi dalam keadaan dia tahu dirinya disayangi :)

Beberapa hari sebelum Iyo pergi, PH kata Iyo disahkan menghidap leukemia. Sedih baca status-status PH tentang Iyo. Aku mengharapkan Iyo akan kembali sihat. Bukan aku sorang tapi aku yakin ramai yang mendoakan dan mengharapkan perkara yang sama. Tapi Iyo pergi jua.

Miss you HERO
Aku tau apa perasaan PH dan keluarga sekarang. Sebab aku pun pernah kehilangan kucing kesayangan. Kucing aku tu, Minah nama dia. Baba kata dia sakit dekat sebulan. Tapi kat area tempat aku dulu takde vet. Jadi susah sikit la sebab aku sendiri pun tak tau kat mana ada klinik haiwan. Tapi sekarang dah ada dah. Dan hari tu sempat bawa Shrek (anak Minah) jumpa vet sebab kaki dia luka teruk. Berulat. Semua sebab bergaduh. Cuci luka dan bagi dia ubat tahan sakit je dah seratus lebih. Tapi takpe asalkan kaki dia sembuh.

Masa Minah pergi, aku ada kat rumah kedua aku, UiTM. Lepas sebulan baru aku balik. Masa balik tu memang terasa kehilangan sangat sebab dia dengan aku, kami rapat. :( Aku menangis sebab rindukan dia. Tapi adik aku kata, "Shrek dengan Nami kan ada. Kita jaga diorang baik-baik lepas ni kak."

Minah

Minah dengan anak-anak, Shrek & Nami
Sekarang Shrek dengan Nami dah besar, dah gemuk, dan dah tua. Hehe. Nami dah dua kali beranak. Yang pertama 6 ekor, tapi 3 ekor je hidup. Yang kedua ni, baru minggu lepas lahir, 7 ekor semua. Tapi sekor dah takde. Ada tak sesiapa tau kat mana nak mandulkan kucing? Baba dah bising sebab Nami tak habis-habis bunting. Huhu. Kalau ada yang tau area JB boleh bagitau? :)

Shrek
Nami
Insha Allah next entry aku akan letak cerita tentang anak-anak Nami. Hmm lepas ni mesti rindu diorang semua sebab kejap lagi aku dah balik Melaka.

Maaf sebab cerita dah out of topic. Apa-apa pun semoga PH dan keluarga tabah ye. Menangis baca komen-komen kat pesbuk. Semua sayangkan Iyo. PH jangan risau, PH tolong Iyo kat dunia Insha Allah Iyo akan tolong PH kat akhirat nanti. Allahu.



Friday, 22 November 2013

Tukar Lagi

Assalamualaikum.

Apa khabar? Aku bosan. Ya bosan. Minggu ni minggu terakhir cuti semester. Tak sabar kot nak mula semester baru. Tak sabar nak jumpa adik-adik junior yang mana tahu, bakal jadi pelapis Kelab Inspirasi nanti :) Dan aku tak sabar nak merasa duduk rumah sewa dengan kawan-kawan. Haha. Alhamdulillah ada rezeki dapat rumah kosong and tak perlu risau banyak benda sebab yang pastinya orang-orang yang aku kenal je akan tinggal serumah. Most of us adalah classmate. Ok tipu. Semua classmate. Havoc lah rumah tu nanti huahuahua.

Dan disebabkan bosan juga aku memulakan semua hobi lama aku iaitu menukar segala benda yang ada dalam blog ni termasuk url baru, nama baru, header baru. Sepatutnya tak boleh lah buat macam tu sebab bagi aku Nama Blog tu kira pengenalan kepada blog kita. Kalau asyik tukar je macam mana orang nak kenal blog kita kan? Sebab tu jangan tiru macam aku haha. Sebab tu lah blog aku tak pernah pun dikenali *sobsobs* walaupun sebenarnya aku dah mengabaikan blog aku di tahap kritikal heheh dan sebab tu jugaklah takde siapa nak datang menjenguk blog usang ni. Banyak sebab ok.

So here we go, header baru :


Kenapa Siapa Aku? 
a) sebab tumblr aku pun menggunakan nama yang sama : Siapa Aku. Jangan lupa follow tau.
b) sebab aku rasa nama tu unik. Orang nak kenal siapa pemilik blog tu dan orang tak tau pemilik blog tu pun masih dalam proses mencari diri dia yang sebenar. Awesome tak?
c) sebab nama tu pendek dan padat. 
d) sebab aku malas nak fikir nama lain. HaHaHa..!!! (sebab paling kukuh)

So ada komentarrrr? Oh yer, lepas ni nak buat shoutbox baru yang comel lagi santek. Stay tune okay. Lepas tu baru fikir nak buat apa dengan template ni. Tukar baru. Edit edit edit! 

Xoxo.