Friday, 29 November 2013

My New Room!

Assalamualaikum.

Yeahhh baru je lepas kemas bilik! Akhirnya semester ni kami enam orang duduk rumah sewa bersama. Macam tak sangka je, macam mimpi je. Hahaha! Rumah setingkat 3 bilik. Syukur alhamdulillah. Tuan rumah ni Uncle Kumar namanya. Indian. He's such a busy person. Kitorang request nak betulkan kipas ruang tamu, baiki paip dapur and bersihkan semak samun depan dan belakang rumah dah seminggu dah. Janji hari ni esok pun belum tentu datang. Hmm. Sampaikan semua kitorang buat sendiri kecuali kipas. Hahaiii... masa first day sampai tu memang agak kotor la rumah ni. Kotor gila! Aku rasa renter sebelum ni tak pernah kemas rumah kot?

Bekas gula ke apa tah penuh dengan semut! Lepas tu rumah berbau kencing tikus. Ada la sekeluarga tikus masa kemas-kemas dulu berlari-lari ketakutan. Hmm. Lagi satu, ada segayung panties yang dah berbau masam dalam toilet masa mengemas. Hmm tak tau nak cakap lah? Macam pengotor ada juga. Pergi tinggalkan panties buat apa. Adess. Mengucap kengkawan aku masa tu haha. But lets forget about that.

Now aku nak tunjuk bilik aku. Bilik paling hujung dalam rumah ni. Dekat dapur. Ala bilik pembantu rumah gituu. Haha aku ni kira berani sikit la dari bebudak yang lain so ok why not biar aku je yang duduk kat bilik belakang. Lagipun bilik ni muat untuk sorang je.

And, lepas dah siap kemas semua, inilah jadinya bilik aku :)


Amacam? Hahaha... semua brg2 dalam bilik ni aku punya melainkan katil je... Huh uncle tu, nak minta dia provide rak pun susah. Last-last beli sendiri... Langsir pulak takde lagi. Balik JB nanti aku ambil satu langsir bawak Melaka hehe. 

Yes, semua warna biru! Hahaha. ^__^

3 comments:

Marliyana Mk said...

wahhhhh.. selesa je tgk bilik!

selamat menempuhi new semester....

:)

Siti Hajar said...

Mesti semangat kan bila ada bilik baru ;)

Zuraidah Butang said...

wah dah jadi cantik bilik tu..heheh..