Sunday, 24 November 2013

R.I.P HERO | Abam Iyo

Assalamualaikum.

Berita sedih yang aku terima hari ni bila Papa Hero update status pesbuk mengatakan Abam Iyo dah takde. :'(


8 tahun lepas, kita didedahkan dengan kisah seekor kucing yang dalam kesakitan selepas kedua kaki depannya dipotong individu tak berhati perut, kan? Apalah salah Iyo sampaikan orang tu sanggup buat Iyo macam tu! Erm... Tapi dengan izin Allah, dia ditolong oleh seorang lelaki berhati mulia iaitu PH :)

Terima kasih PH sebab jagakan Iyo dan sayang dia macam anak sendiri. Bukan Iyo je yang beruntung, banyak lagi haiwan-haiwan teraniaya yang mendapat perlindungan PH. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk PH dan keluarga. Iyo pergi dalam keadaan dia tahu dirinya disayangi :)

Beberapa hari sebelum Iyo pergi, PH kata Iyo disahkan menghidap leukemia. Sedih baca status-status PH tentang Iyo. Aku mengharapkan Iyo akan kembali sihat. Bukan aku sorang tapi aku yakin ramai yang mendoakan dan mengharapkan perkara yang sama. Tapi Iyo pergi jua.

Miss you HERO
Aku tau apa perasaan PH dan keluarga sekarang. Sebab aku pun pernah kehilangan kucing kesayangan. Kucing aku tu, Minah nama dia. Baba kata dia sakit dekat sebulan. Tapi kat area tempat aku dulu takde vet. Jadi susah sikit la sebab aku sendiri pun tak tau kat mana ada klinik haiwan. Tapi sekarang dah ada dah. Dan hari tu sempat bawa Shrek (anak Minah) jumpa vet sebab kaki dia luka teruk. Berulat. Semua sebab bergaduh. Cuci luka dan bagi dia ubat tahan sakit je dah seratus lebih. Tapi takpe asalkan kaki dia sembuh.

Masa Minah pergi, aku ada kat rumah kedua aku, UiTM. Lepas sebulan baru aku balik. Masa balik tu memang terasa kehilangan sangat sebab dia dengan aku, kami rapat. :( Aku menangis sebab rindukan dia. Tapi adik aku kata, "Shrek dengan Nami kan ada. Kita jaga diorang baik-baik lepas ni kak."

Minah

Minah dengan anak-anak, Shrek & Nami
Sekarang Shrek dengan Nami dah besar, dah gemuk, dan dah tua. Hehe. Nami dah dua kali beranak. Yang pertama 6 ekor, tapi 3 ekor je hidup. Yang kedua ni, baru minggu lepas lahir, 7 ekor semua. Tapi sekor dah takde. Ada tak sesiapa tau kat mana nak mandulkan kucing? Baba dah bising sebab Nami tak habis-habis bunting. Huhu. Kalau ada yang tau area JB boleh bagitau? :)

Shrek
Nami
Insha Allah next entry aku akan letak cerita tentang anak-anak Nami. Hmm lepas ni mesti rindu diorang semua sebab kejap lagi aku dah balik Melaka.

Maaf sebab cerita dah out of topic. Apa-apa pun semoga PH dan keluarga tabah ye. Menangis baca komen-komen kat pesbuk. Semua sayangkan Iyo. PH jangan risau, PH tolong Iyo kat dunia Insha Allah Iyo akan tolong PH kat akhirat nanti. Allahu.



No comments: