Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, v dan kuasa

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah. Tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
Kenapa kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

Tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...      

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.
# apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya.
# setiap kali menyambut hari jadi, kita sibuk nak raikan sebaik mungkin. Tetapi kita telah lupa, dengan bertambahnya umur kita, maka waktu kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
ke satu perjalanan yang jauh.
yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
sesungguhnya mati itu benar.

Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar.
Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kepada masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dengan syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia

Salam Maulidur Rasul to all my friends ^^,
Dari saya dan keluarga Inspirasi.


No comments: