Sunday, 16 March 2014

Freebies | Header *Just Give Me A Reason*

Assalamualaikum.

Okey here we go. Header ni super simple! Aku memang suka sangat lagu Just Give Me A Reason ni. Memang suka sampai hari-hari aku dengar lagu yang sama. Haha sampai adik aku kata, 'BORINGLAHHH!!'. Erkk, so what?? 



Blue : #96e8ff

Pink : # ff8181

Orange : #ffe400

Grey : #a6a1a1

Green : #d2ff20

Yeah. So korang buatlah pilihan dengan bijak. Aku tau header macam ni, takde sesiapa pun nak sebenarnya hahaha tapi kalau korang kesiankan aku, apa kata korang ambil dan guna? Free je la takde tol pun. Hehe ^_^ Nahh, just kidding~!

Okey. Just in case korang nak samakan warna header tu dengan body, kat sini aku letak sekali kod warna untuk memudahkan korang ok. Sebab dia berwarna dekat bahagian bawah tu so aku rasa better korang match the color, alright?

Hujan Turun Akhirnya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!


Berkat solat hajat dan doa yang tak putus-putus dipanjatkan, akhirnya awan mencurahkan hujan dengan kehendak-Nya. Syukur ya Allah. Syukur alhamdulillah. Rasa segar sangat bila bangun pagi, dengar bunyi hujan mencurah-curah, lihat awan berarak mendung mencurahkan hujan selebat-lebatnya.

Harap-harap hujan akan terus turun untuk beberapa hari ke depan dan sekali gus menghalau jerebu-jerebu pergi jauh dari sini. Harap-haraplah! >_<

Kesihatan tekak aku alhamdulillah dah semakin baik. Hari ni masuk hari ke-empat aku mengalami sakit tekak yang teruk. Walaupun tak seteruk hari pertama dan kedua, tapi sakitnya masih terasa. Tak pernah kot aku sakit tekak sampai macam ni. Sampai hilang suara, kalau ada suara pun, entah suara siapa yang keluar bila aku bercakap! Haha~

Garau! Parau!

Dah macam suara lelaki katanya. Kalau angkat telefon tu, memang orang terkejut la dengar suara aku, yang sangat bukan 'aku'. Tak apa. Esok lusa mungkin elok balik macam biasa. Mungkin gara-gara jerebu aku sakit tekak. Kalau jerebu dah hilang, insyaAllah sakit tekak pun akan hilang. Tapi semuanya berlaku atas kehendak-Nya.

Okeylah. Hari ni mood aku memang sangat baik. Ditambah pula dengan masa yang sangat-sangat terluang, aku menyibukkan diri aku buat header dan aku nak letakkan di sini sebagai freebies. Just wait eh?

Aku akan update dalam entry seterusnya. *Just Give Me A Reason*

P/S: Semoga Allah permudahkan urusan pencarian pesawat MH370. Kami di sini menanti kepulangan kamu. 

Tuesday, 4 March 2014

I Can't Deal With This Anymore

Untuk kesekian kalinya aku menangis. Menangis ni penat kan? perempuan yang menangis tiap-tiap malam tu kuat, sebab dia boleh menanggung penat dan letih akibat menangis. Hurm…



Lepas aku balik dari McD, aku terus naik atas masuk bilik. Aku tau pasti yang baba akan tanya aku macam-macam. Dia akan panggil aku suruh aku duduk depan dia then aku kena jawab setiap soalan yang ditanya. Lama-lama dia akan marah aku and aku akan memberontak macam dulu. No, aku tak boleh. Buat masa ni aku memang tak boleh.

So aku buat keputusan untuk masuk bilik terus. Selalunya aku tidur kat sofa bawah. Mesti baba dapat agak yang aku sembunyikan something dari dia bila aku bersikap macam ni. aku baru je nak lelapkan mata sambil dengar lagu, tiba-tiba handphone bunyi. Ada mesej.. Aku tengok, baba yang mesej. Berdebar-debar hati aku ni. Tak pernah baba mesej aku pukul 2 pagi.

Mesti baba suruh aku turun, dia nak tanya aku macam-macam. Hurm.. Aku bukak, aku baca. Tapi apa yang baba mesej tu jauh tersimpang dari sangkaan aku. Hati aku terusik lepas baca apa yang baba hantar.

"Akak ada problem. Nak bincang. Anggap je baba macam guru kaunseling. Kena bincang kalau nak settle apa-apa problem. Setiap manusia pasti ada buat kesilapan."

Aku nangis. Nangis lagi. tak dapat nak gambarkan perasaan aku bila baba mesej macam tu. All this time, I'm trying my best to hide everything from him. 3 weeks I'm holding everything inside me. Aku tak reply. Aku diam je. Tapi aku menangis sepuas-puasnya.

Then baba mesej lagi.

"Kalau tak nak cakap takpe mesej je pun boleh."

Kenapa baba ambil berat sampai macam ni sekali dengan aku? Aku dah biasa baba akan jadi orang terakhir yang tau if anything happened to me. And dia akan marah aku macam selalu. Tapi bila baba tanya baik-baik macam ni, aku sedih. Sedih sangat.



Sunday, 2 March 2014

Ultimate Loser

    When will things get better?


    Lepas satu, satu yang datang. Am I the ultimate loser of my life? Nothing is right. No one is right. Not even me... 

Saturday, 1 March 2014

Kerana Dia Bukan Aku

Entah harus bagaimana lagi
Aku mahu mengajar hati ini
Supaya redha menerima takdir ilahi
Yang tersurat untuk diri ini
Bukan aku tidak mengerti
Cuma sukar untuk ku fahami
Mengapa ini yang terjadi…
Maafkan aku andainya aku yang salah
Salah kerana tidak menjagamu sebaiknya
Namun satu harus kau tahu
Sehingga kini kau tetap bertakhta di hati…
Aku tak mengharapkan kau kembali
Cukuplah sekadar kau mengerti
Aku merelakan walau tak sepenuh hati…
Ku yakin ada yang lebih baik menanti
Sayangilah dia setulus hatimu
Jangan sakiti dia seperti mana kau sakiti aku
Hargailah dia yang menyayangimu
Kerana dia bukan aku...