Sunday, 16 March 2014

Hujan Turun Akhirnya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!


Berkat solat hajat dan doa yang tak putus-putus dipanjatkan, akhirnya awan mencurahkan hujan dengan kehendak-Nya. Syukur ya Allah. Syukur alhamdulillah. Rasa segar sangat bila bangun pagi, dengar bunyi hujan mencurah-curah, lihat awan berarak mendung mencurahkan hujan selebat-lebatnya.

Harap-harap hujan akan terus turun untuk beberapa hari ke depan dan sekali gus menghalau jerebu-jerebu pergi jauh dari sini. Harap-haraplah! >_<

Kesihatan tekak aku alhamdulillah dah semakin baik. Hari ni masuk hari ke-empat aku mengalami sakit tekak yang teruk. Walaupun tak seteruk hari pertama dan kedua, tapi sakitnya masih terasa. Tak pernah kot aku sakit tekak sampai macam ni. Sampai hilang suara, kalau ada suara pun, entah suara siapa yang keluar bila aku bercakap! Haha~

Garau! Parau!

Dah macam suara lelaki katanya. Kalau angkat telefon tu, memang orang terkejut la dengar suara aku, yang sangat bukan 'aku'. Tak apa. Esok lusa mungkin elok balik macam biasa. Mungkin gara-gara jerebu aku sakit tekak. Kalau jerebu dah hilang, insyaAllah sakit tekak pun akan hilang. Tapi semuanya berlaku atas kehendak-Nya.

Okeylah. Hari ni mood aku memang sangat baik. Ditambah pula dengan masa yang sangat-sangat terluang, aku menyibukkan diri aku buat header dan aku nak letakkan di sini sebagai freebies. Just wait eh?

Aku akan update dalam entry seterusnya. *Just Give Me A Reason*

P/S: Semoga Allah permudahkan urusan pencarian pesawat MH370. Kami di sini menanti kepulangan kamu. 

No comments: