Tuesday, 4 March 2014

I Can't Deal With This Anymore

Untuk kesekian kalinya aku menangis. Menangis ni penat kan? perempuan yang menangis tiap-tiap malam tu kuat, sebab dia boleh menanggung penat dan letih akibat menangis. Hurm…



Lepas aku balik dari McD, aku terus naik atas masuk bilik. Aku tau pasti yang baba akan tanya aku macam-macam. Dia akan panggil aku suruh aku duduk depan dia then aku kena jawab setiap soalan yang ditanya. Lama-lama dia akan marah aku and aku akan memberontak macam dulu. No, aku tak boleh. Buat masa ni aku memang tak boleh.

So aku buat keputusan untuk masuk bilik terus. Selalunya aku tidur kat sofa bawah. Mesti baba dapat agak yang aku sembunyikan something dari dia bila aku bersikap macam ni. aku baru je nak lelapkan mata sambil dengar lagu, tiba-tiba handphone bunyi. Ada mesej.. Aku tengok, baba yang mesej. Berdebar-debar hati aku ni. Tak pernah baba mesej aku pukul 2 pagi.

Mesti baba suruh aku turun, dia nak tanya aku macam-macam. Hurm.. Aku bukak, aku baca. Tapi apa yang baba mesej tu jauh tersimpang dari sangkaan aku. Hati aku terusik lepas baca apa yang baba hantar.

"Akak ada problem. Nak bincang. Anggap je baba macam guru kaunseling. Kena bincang kalau nak settle apa-apa problem. Setiap manusia pasti ada buat kesilapan."

Aku nangis. Nangis lagi. tak dapat nak gambarkan perasaan aku bila baba mesej macam tu. All this time, I'm trying my best to hide everything from him. 3 weeks I'm holding everything inside me. Aku tak reply. Aku diam je. Tapi aku menangis sepuas-puasnya.

Then baba mesej lagi.

"Kalau tak nak cakap takpe mesej je pun boleh."

Kenapa baba ambil berat sampai macam ni sekali dengan aku? Aku dah biasa baba akan jadi orang terakhir yang tau if anything happened to me. And dia akan marah aku macam selalu. Tapi bila baba tanya baik-baik macam ni, aku sedih. Sedih sangat.



No comments: