Saturday, 1 March 2014

Kerana Dia Bukan Aku

Entah harus bagaimana lagi
Aku mahu mengajar hati ini
Supaya redha menerima takdir ilahi
Yang tersurat untuk diri ini
Bukan aku tidak mengerti
Cuma sukar untuk ku fahami
Mengapa ini yang terjadi…
Maafkan aku andainya aku yang salah
Salah kerana tidak menjagamu sebaiknya
Namun satu harus kau tahu
Sehingga kini kau tetap bertakhta di hati…
Aku tak mengharapkan kau kembali
Cukuplah sekadar kau mengerti
Aku merelakan walau tak sepenuh hati…
Ku yakin ada yang lebih baik menanti
Sayangilah dia setulus hatimu
Jangan sakiti dia seperti mana kau sakiti aku
Hargailah dia yang menyayangimu
Kerana dia bukan aku...


No comments: