Wednesday, 15 October 2014

Hyperthyroidism | Cari Kerja

Assalamualaikum.

Kembali mewarnai blog yang semakin ditinggalkan ni. Hihi. Tapi untuk malam ni jela. Sebab seriously aku memang dah takde masa nak menaip apa apa kat sini. Sorry guys. Ala sorry untuk apa kan, bukannya orang tertunggu tunggu entry aku pun ye tak.

Hahaha.

Nak dijadikan cerita, yesterday was my first day working at kedai baju. Aku fikirkan senang je kerjanya. Tapi ya Allah, akibat dia sampai ke sekarang aku menanggung kesakitan teramat sangat.

Okay. Correction. Kerja dia memang senang. Kena berdiri je dari pagi sampai malam sebab aku amik full time, then kena layan customers yang datang, then susun baju seluar skirt and whatsoever lah kan. Normal thingy.

But the problem is, aku tak dibenarkan duduk langsung. Bila aku duduk je kena sound. Suruh aku buat itu ini. Aku tak boleh berdiri lama, itu fakta. Sebab? Aku sakit. Ya. Sakit.

Sakit apa? Aku ada hyperthyroidism. Nanti kau Google lah apa penyakit tu kalau tak tahu. Atau boleh je refer dekat previous entry aku yang tak berapa nak pasti bila kali terakhir aku post pasal penyakit ni.

Balik je rumah, aku dah start rasa semacam. Kaki aku sakit nauzubillah. Then badan aku rasa macam penat yang melampau lampau and I don't know how to describe kepenatan tu. Macam nak mintak nyawa je semalam tau tak. Huhu.

Hari ni bangun pagi, mata aku tak boleh bukak langsung sebab aku pakai lens semalam and mata aku kering bila pakai lens terlampau lama. Like seriously nasihat aku kat korang please jangan pakai lens lebih dari 6 jam paling maximum. Untuk yang mata kering macam aku ni memang menderitalah beb.

Aku bangun pukul 6am then mata tak boleh bukak, aku sambung tidur. Pukul 11am aku bangun lagi. Mata aku still sakit lagi. Susah nak bukak. Nak tengok screen hp pun sakit. Badan2 aku pun ya Allah memang sakit sakit bisa satu badan.

Aku sambung tidur lagi. Dalam pukul 2 aku bangun. Dapat call dari 7e suruh datang interview esok (wish me luck ya) then aku terus bangun cuci muka. Mata dah Okay sikit. But still rasa sakit, I don't know why ahhhhh.

Then time nak berjalan tu lah aku hampir tersungkur sebab kaki aku sakit teramat sangat. Peha aku ni rasa cam bengkak. Betis rasa cram. Atas lutut ni rasa macam kena ketuk dengan tukul besi. Perghhhh effect dia.

Serious menangis. Sampai sekarang, pukul 2.05 pagi, kaki aku still sakit. Taubat doh aku nak kerja kedai baju tu lagi. Menyusahkan hidup aku sangat. Muka aku dah pucat elak nak pitam tu pun diorang boleh buat bodoh lagi buat buat tak nampak. Come on lah. Kalau aku pitam, siapa nak tolong??

So aku decide nak kerja yang xbanyak berdiri. Maybe 7e okay. I don't know. Try jelah. Kalau xok juga resign je. Kan?

Hyperthyroidism memang menyusahkan hidup aku Kan? Susah nak cari kerja dengan penyakit macam ni. SUSAH.

Arghhhh taubat nak kerja kedai baju!

Even dah pakai benda alah ni pun mata aku still sakit! Merah makngah orang kata.